Wednesday, July 29, 2009

Jalan-jalan Lagi

Esok aku akan terbang ke Sabah, negeri di bawah bayu. Walaupun baru tahun lepas aku melawat negeri ni, seolah-olah aku terpanggil untuk pergi lagi. Kalau tahun lepas aku pegi dengan my sisters and friends, berbeza tahun ni cuma ahli keluarga sahaja yang join. Walaupun tak semua members of family yang dapat join, tapi must be interesting coz my mom also follow. Ini kali ketiga aku ke Sabah. Ketiga-tiganya pergi dengan promosi tambang murah AirAsia. hehehe. Kalau harap nak naik MAS, tak kuasa aku nak pegi.


Mengikut ketua rombongan kitorang merangkap
abang ipar aku, hari pertama kitorang akan terus pergi ke Kundasang. Stay kat sana dalam 2 hari. AKu suka tempat ni coz sejuk. Pastu dapat tengok pemandangan Gunung Kinabalu. Walaupun hasrat nak menakluk Kinabalu still tak tercapai, dapat tengok je pun jadilah. Then akan ke Kota Belud on the 3rd day. Akan cuba untuk menunggang kuda kat sana mungkin. Maybe stay kat sana 2 hari kot. Aku pun tak sure sgt plan diorang. I follow... je. The 5th and the 6th day kitorang akan stay di KK. Maybe nak g pulau and shopping. Harap2 cuaca okey, coz last year tak dapat pegi pulau sbb cuaca tak mengizinkan.


Dan yang lebih specialnya, kali ni aku akan sambut birthday kat sana. Hehe.. Birthday yang ke berapa ??? Sshhhh... rahsia. Dah tua dah pun. Sape2 yang rasa nak bagi hadiah tu tunggu aku balik minggu depan ek. Tak pun korang leh courier je. Huhuhu.. So ihope i had a great time and lebih enjoy from last year. Daaa ...

Thursday, July 16, 2009

MUSIM itu MUSIM ini

Sekarang ni tengah hangat dengan macam-macam musim. Masa ni lah musim buah durian, manggis, rambutan dan macam-macam lagi. Kalau kat kl ni, tepi-tepi jalan ni penuh dengan gerai jual durian. Ada yang 5 biji RM10, ada yang 3 biji RM10 dan ada gak 2 biji RM10. Selain tu, kat opis aku ni dah start musim promosi biskut raya. Boleh kenyang la asyik merasa biskut itu, biskut ini. Tapi odernya haram!!! Tapi aku kagum pada makcik and kakak2 yang buat bisness biskut raya ni. Bagus betul marketing strategy dorang ni kan.

Disebabkan kita pun dah masuk bulan Rejab, dah nak sampai hujung dah pun sebenarnya, kaum hawa pun start la dengan musim mengganti (qada) puasa yang tinggal tahun lepas atau tahun-tahun yang selepas selepasnya tu. (Korang dah bayar fidyah ke blom? Jgn lupe wei). Tak kurang juga pada sesapa yang mengambil peluang buat puasa sunat Rejab. Rajin korang kan. Salute la. Aku pun tak ketinggalan sama memeriahkan musim mengganti puasa ni. Bila dah sampai masa-masa kecederaan camni, mulalah timbul rasa menyesal tak ganti puasa awal-awal lagi. Setakat ni aku masih berbaki hutang 5 hari lagi puasa yang belum diganti. Baru buat dua hari rupanya. Huhuhu.. Seksa babe. Tapi korang jangan ingat kaum perempuan je yang ada tinggal puasa tau. Pada kaum lelaki, cuba ingat-ingat balik, ada tak korang terkucil puasa tahun lepas? Dah
tu kalau ada, korang apa lagi, tak reti-reti nak ganti???


Hari ni nak masak apalah agaknya untuk juadah berbuka? Dah lama jugak dapur rumah aku tu tak berasap. Lagipun aku dah tak larat sebenarnya makan kat luar ni. Sedap tak seberapa, mahal pulak tu. Tapi kalau sudah ada penyakit M (Malas) tu memang payah la. Errmmm ... okeylah, aku nak selak-selak dulu buku resepi yang aku dah terbitkan tapi tak pernah aku
buat uji jadinya tu. Errkk... pada sesiapa yang berpuasa tu, selamat berbuka la ye.



p/s: Sedar tak sedar dah sebulan lebih aku tak update blog aku ni kan. Rasa lemau sungguh nak mengupdate. Banyak benda mau cerita sebenarnya. Tapi mood tadak mari la.. hehehe