Tuesday, November 3, 2009

Perut ...


Perut...
Mengapa kau bising-bising... Meronta-ronta minta diisi. Tidak letihkah kamu menghadam makanan. Pagi, tengah hari, petang sudah kuisi sepenuhnya. Apa lagi yang kau mahu. Malam pun kau minta dipenuhi juga keinginginanmu. Tidak takutkah engkau jika makanan yg kuisi itu mendatangkan kesakitan bagimu. Oh perut... bagaimana lagi untuk aku mengajarmu. Bawak-bawaklah bersabar wahai sang perut. Tahukah engkau aku begitu malas untuk keluar mencari makanan untuk mengisi tembolokmu. Tahukah engkau, aku juga malas untuk memasak di dapur. Lagipun di luar sana hujan. Lagilah aku liat mahu keluar sang perut. Aku hanya mahu berehat. Tak usahlah kau bernyanyi-nyanyi mengganggu rehatku wahai sang perut. Dengarlah rintihanku ini wahai sang perut. Diamlah kamu di dalam itu ya perut.