Saturday, December 29, 2007

Kenangan yang pahit lebih bermakna dari mimpi yang indah


Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. Andai hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya... Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... Moga akan kembali ceria kehidupannya nanti...

Wednesday, December 19, 2007

orang yang MENCINTAI kamu..


1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu.

2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa seadanya, di hati dan matanya kamu selalu yang terhebat.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini.

5. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah lupa, kerana saat itu ialah saat yang paling berharga untuknya. Dan saat itu, matanya pasti berkaca. Kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

6. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya. Berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kamu tuturkan padanya dan akhirnya kamu musnahkan? Pasti kamu lupa, tetapi bukan orang yang menyintai kamu.

7. Orang yang menyintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu, kesukaan kamu, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

8. Orang yang menyintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

9. Orang yang menyintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

10. Orang yang menyintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seorang kekasih.

11. Orang yang menyintai kamu sering melakukan hal-hal SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam sehari atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

12. Orang yang menyintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuatkan kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan berjanji tidak akan melakukannya lagi.

13. Orang yang begitu menyintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta...

***Pernahkah ada orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut...

CINTA aka LOVE


Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu, janganlah merasa tersisih. Tiada salahnya menyintai seseorang kerana Cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang.


Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu Cinta, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakannya.


Bagaimana kamu mengurus Cinta begitulah kamu mengurus dirimu dan setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.


Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita dan tiba-tiba Cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan, relakanlah Cinta itu pergi. Kerana setiap yang berlaku ada maksud tersembunyi ... Dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti.


Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih Cinta. Kerana Cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa. Kamu hanya perlu menerima kehadiran Cinta itu dengan segala misteri di dalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hatimu. Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia.


Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ia pernah singgah di hatimu ...