Monday, February 11, 2008

Menceriakan Hari Kekasih

Oleh Ahmad Syukran Zainuddin (dipetik daripada KOSMO)

Sama ada anda diraikan atau meraikan orang lain, bagaimana jika anda terpaksa meraikan Hari Kekasih ini sendirian? Apa yang boleh anda lakukan?


MENJADI hari yang paling romantik, Hari Valentine sememangnya dinanti penuh ghairah oleh setiap pasangan yang asyik bercinta. Pelbagai agenda yang dirancang, makan malam yang diterangi cahaya lilin malap atau sekadar berjalan di tepi pantai.
Memang ramai yang berpendapat tidak perlu menunggu Hari Kekasih untuk mengekspresikan rasa kasih terhadap yang tercinta. Namun, tarikh 14 Februari ini seakan menjadi satu tarikh keramat untuk mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin.
Persoalannya, apa yang boleh anda lakukan sekiranya anda keseorangan tanpa orang tersayang di sisi? Mungkin ada yang langsung tdak kisah, jalani kehidupan macam biasa seperti tiada apa yang berlaku.
Biarpun begitu, bagi mereka yang peka, ada sesuatu yang boleh anda lakukan. Anda masih boleh memanjangkan mesej Hari Valentine iaitu CINTA.

Antara lima cara untuk menggembirakan HARI KEKASIH anda:
1. Hantarkan kad Hari Kekasih kepada seseorang yang benar-benar memberi inspirasi kepada anda. Nyatakan juga betapa dia sangat bermakna buat anda.
2. Buat sendiri kad Hari Kekasih dan hantarkan kepada ahli keluarga yang anda sukai dan sudah lama tidak bersua muka.
3. Hantarkan bunga atau coklat kepada seseorang yang anda tahu tidak mempunyai kekasih, tanpa perlu menulis nama anda pada kadnya.
4. Buatkan satu bakul berisi makanan seperti coklat dan hantarkan kepada keluarga yang telah melalui saat-saat sukar. Ia pasti dapat serba sedikit menceriakan mereka.
5. Bawa sepupu atau anak saudara yang masih kecil menikmati aiskrim kegemaran mereka.

Sama ada kita sedar atau tidak, memberi sesuatu yang baik adalah cara terpantas untuk menggembirakan diri sendiri.

Apa jua pemberian yang datang dari hati yang ikhlas pasti akan dapat dirasai. Ia memberi dua kegembiraan, satu kepada penerima dan satu lagi terhadap anda yang memberinya.





p/s: Marilah kita sama-sama ungkapkan rasa kasih dan sayang kepada orang yang kita cintai sebelum terlambat ...

Monday, February 4, 2008

KUKU - Ambil Iktibar


Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.


The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm ataupun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.


Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh ataupun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepung dll. Apa ilmu pun yang diajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.
Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bankrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.


Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.


Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.


***Lepas baca jer artikel ni aku terus potong kuku panjang kat jari kelingking aku. Heheh.


Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Ali sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad SAW berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari


1. jari manis
2. jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari


1. jari tengah
2. jari telunjuk


Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat olehAllah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.


Perhatian: Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.


p/s: Saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah SWT Nabi SAW memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi SAW senang je kita dapat pahala.