Thursday, March 27, 2008

Sayembara Fiksyen Sains

PELUANG TERBAIK BUAT PENGKARYA TANAH AIR
JEMPUTAN MENYERTAI SAYEMBARA FIKSYEN SAINS DAN TEKNOLOGI ANJURAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA – KUMPULAN UTUSAN
HADIAH YANG DITAWARKAN:
Pemenang Pertama : Wang tunai RM 15,000.00 watikah dan trofi
Tempat kedua : Wang tunai RM 7,500.00 watikah dan trofi
Tempat ketiga : Wang tunai RM 5,000.00 watikah dan trofi
Saguhati ( 5 pemenang) Wang tunai RM 2,500.00 watikah dan trofi
Syarat-syarat Penyertaan
Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia. (Kecuali sekretariat/urusetia sayembara adalah tidak dibenarkan).
Karya mestilah asli, bukan saduran, hasil karya sendiri dan ditulis dalam bahasa Melayu.
Penyertaan terbuka kepada individu atau berkumpulan. Sesebuah kumpulan yang dibenarkan hendaklah tidak melebihi 3 orang ahli kumpulan.
Karya mestilah belum pernah disiarkan atau diterbitkan oleh mana-mana penerbitan.
Karya haruslah menepati ciri-ciri genre novel cereka sains dan teknologi.
Peserta boleh menghantar seberapa banyak karya. Tiada had penyertaan sama ada bagi peserta individu atau berkumpulan.
Peserta dikehendaki memberikan maklumat dan butiran diri dengan mengisi borang penyertaan yang boleh dimuat turun daripada laman web .... atau diakhbar rasmi. Tidak dibenarkan mencatat sebarang maklumat, sama ada ditulis atau dicetak, pada mana-mana halaman manuskrip.
Peserta hendaklah menyertakan 2 keping gambar berukuran passpot bersama penyertaan.
Karya haruslah ditaip kemas, langkau 2 baris dengan font jenis Garamond bersaiz 14 poin diatas kertas putih bersaiz A4. Kepanjangan karya mestilah tidak kurang daripada 150 halaman.
Manuskrip mestilah dijilid dengan kemas, menggunakan jilid sikat dan diberi kulit plastik, depan dan belakang. Judul yang jelas mestilah dicetak pada halaman pertama manuskrip. Manuskrip yang telah diterima untuk bertanding tidak akan dipulangkan kepada penulis.
Karya yang menyertai sayembara ini, tidak dibenarkan menyertai mana-mana sayembara yang seumpamanya sehingga keputusan penuh pemenang diumumkan secara rasmi.
Karya yang telah menyertai sayembara ini tidak dibenarkan diterbitkan oleh mana-mana pihak sebelum keputusan penuh pemenang diumumkan secara rasmi.
Keputusan panel hakim adalah muktamad.
Penganjur mempunyai hak pertama untuk menerbitkan karya yang terpilih.
Sebarang penyertaan hendaklah diterima oleh penganjur sebelum atau pada 30 November 2008. Semua penyertaan akan diberi tanda terima.
Penyertaan yang tidak memenuhi atau melanggar syarat sayembara akan ditolak.
Manuskrip lengkap berserta borang penyertaan yang sudah diisi hendaklah dikirim ke alamt yang berikut:
Sekretariat Sayembara Novel Cereka Fiksyen Sains & Teknologi
Penerbit UTM34 – 38
Jalan Kebudayaan 181300 Skudai
Johor Darul Takzim
U/P : En. Yosman Mohd. Bain

Wednesday, March 26, 2008

Mengantukssss

ADUH!! Tengah-tengah wat editing ngantuk la plak. Ni sume gara-gara makan nasi tengah hari tadi. Licin sepinggan aku bedal. Camne nak kurus. Tadi masa buat editing novel tak de la pulak berat mata ni. Bila time buku general tetiba lak mata aku terasa berat. Mesti dah banyak syaitan yang dok beetenggek kat kelopak mata aku ni.
Mengantuknya.....

Tuesday, March 25, 2008

Dilema HUJAN dan KURUS


Cuaca yang tak menentu sekarang ini, telah menyukarkan misi aku. Misi yang telah lama dirancang. Cuma pelaksanaanya saja yang tidak berapa lancar. Memandangkan berat badan yang agak bertambah kebelakangan ini menyebabkan aku melancarkan satu misi penting dalam jangka masa pendek ini. Misinya ialah untuk menguruskan badan. Hehehe... memang dasar makhluk yang bergelar wanita, mereka amat sensitif dengan penambahan berat badan. Apabila terasa sahaja seluar yang dipakai agak ketat, menggelupurlah mereka. Kecoh mengatakan yang mereka sudah gemuk. Aku bukan cerita pasal orang lain. Tapi cerita pasal diri aku sendiri. Memang macam tu lah sejak azali. Pantang berisi sedikit, aku menggelupur.


Untuk menjayakan misi menguruskan badan aku ni, aku mengambil langkah yang paling menjimatkan kos. Apa lagi, JOGING la. Tu jer cara yang tak payah keluarkan modal. Dulu sebelum insiden patah tangan, aku join kelas YOGA. Masa tu memang kurus. Aku pun cukup kagum dengan keupayaan YOGA yang dapat menurunkan berat badan aku ni. Tapi sejak mendapat kecacatan kekal ni, aku tak boleh nak melakukan pose-pose YOGA. So apa yang boleh aku buat hanyalah dengan berjoging. Tapi disebabkan hampir setiap petang sekarang ini hujan, maka ia agak mengganggu proses menguruskan badan aku. Hai... apa lagi cara yang boleh untuk aku buat tuk menjayakan misi aku ini. Hmmm.. mungkin aku akan mengamalkan DIET. Tapi tak jalan la. Aku ni pantang nampak makanan masalahnya. Tapi tak mengapa. Demi untuk KURUS, akan aku usahakan juga.


DOAKAN USAHA AKU BERJAYA!!..
*** Suke gambar ni. Time ni agak langsing. Heheh... perasan!

Monday, March 24, 2008

Di Sebalik Tabir DIANA

D - Delightful
I - Inspirational
A - Adventurous
N - Nice
A - Appreciative

Benarkah apa yang dikatakan ini. Rahsia di sebalik nama. Apakah kesemuanya benar dan bersesuaian tentang peribadi aku. Diri sendiri tidak dapat menilai. Tapi mungkin orang lain boleh memberikan komen tentangnya. Kalau betul, best jugak jadi DIANA ni ya. Berbunga-bunga perasaan. Hehehe. Walau apapun yang dikatakan dek orang lain, U MUST BE PROUD OF URSELF.

Monday, March 17, 2008

SEBELUM cahaya

ku teringat hati
yang bertabur mimpi
kemana kau pergi cinta
perjalanan sunyi
engkau tempuh sendiri
kuatkanlah hati cinta

ingatkan engkau kepada
embun pagi bersahaja
yang menemanimu sebelum cahaya
ingatkan engkau kepada
angin yang berhembus mesra
yang kan membelaimu cinta

kekuatan hati yang berpegang janji
genggamlah tanganku cinta
ku tak akan pergi meninggalkanmu sendiri
temani hatimu cinta

ingatkan engkau kepada
embun pagi bersahaja
yang menemanimu sebelum cahaya
ingatkan engkau kepada
angin yang berhembus mesra
yang kan membelaimu cinta

ku teringat hati
yang bertabur mimpi
kemana kau pergi cinta
perjalanan sunyi
engkau tempuh sendiri
kuatkanlah hati cinta

ingatkan engkau kepada
embun pagi bersahaja
yang menemanimu sebelum cahaya
ingatkan engkau kepada
angin yang berhembus mesra
yang kan membelaimu cinta

Tuesday, March 11, 2008

Siri Tahukah Anda


Taj Mahal merupakan salah satu binaan yang terkenal di dunia yang dibina semata-mata bagi mengabdikan sebuah cinta yang suci seorang suami terhadap isterinya. Taj Mahal yang terletak di Agra, Uttar Pradesh, India adalah sebuah monumen tinggalan Kerajaan Moghul. Bangunan indah tersebut diselaputi batu marmar putih berkilauan. Di dalam bangunan tersebut bersemadinya permaisuri Maharaja Shah Jehan, Mumtaz Mahal. Shah Jehan amat menyintai isterinya lantas memerintahkan agar Taj Mahal dibina sebagai tanda cinta setianya kepada Mumtaz. Pembinaan Taj Mahal mengambil masa sehingga 20 tahun itu berjaya disiapkan pada 1653. Pembinaannya juga telah melibatkan ribuan tenaga buruh.


***Mahal sungguh rasa kasih dan CINTA seorang suami terhadap isterinya. Tapi zaman sekarang ni ada lagi ke spesies lelaki yang sanggup buat mcm apa yang Shah Jehan buat ni... Kalau ada, beruntungnya wanita yang dapat jejaka tu...

Monday, March 3, 2008

Takde Citer Besh

Dah lama tak mengupdate blog aku ni. bukan aper lately ni nak kata bz takda la sangat, cuma penyakit MALAS aku dah datang kot.

Bukak blog ni pun aku rasa cam malas jer... kena badi ke ape, aku pun taktau. Keje makin hari cam makin banyak, so kena la bagi fokus lebih sikit, kalau tak camne nak capai target wei..

Kalau tak nanti aku yang kena target ngan boss plak... kalau mood aku dah stabil nanti aku akan update la blog ni apa yang patut k.. sian hang KOIBITO...

Sabau je la...