Thursday, April 17, 2008

TRIP TO KAPAS ISLAND


Pakej percutian menarik ke Pulau Kapas Terengganu.
Tarikh: 17-19 Mei 2008

Bayaran Pakej: RM 335 seorang

Pakej termasuk

A. Pengangkutan:
Bas dari KL ke Terengganu (Pergi dan Balik)
Bot dari jeti ke Pulau Kapas (Pergi dan Balik)

B. Makan:
2 x sarapan
2 x makan tengahari
1 x makan malam
1 x BBQ

C. Aktiviti:
Snorkling
Jungle Treking
Berkano

Jika Berminat, Sila Hubungi: CIK DIANA: 012 3998840 atau EN HISYAM: 016 2179155







Wednesday, April 16, 2008

KURUS: Kuatkan Iman, Tekadkan Azam

Hari ni bermulalah episod aku untuk diet. Kali ini aku betul-betul serius. Bukan sekadar omong-omong kosong lagi. Bos aku telah menjadi inspirasi untuk aku memulakan misi crash diet. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, bos aku telah dapat mengurangkan 1.5 kg dalam masa satu minggu sahaja. Ada betulnya juga, hari ini saja dia dah melaram pakai kebaya ketat. Tercabar pula rasanya. Heheh. Sebagai langkah pertama, aku hanya akan mengambil salad sahaja untuk makan tengahari juga malam. Di samping itu aku akan mengambil buah-buahan kalau terasa lapar. Walaupun ada suara-suara sumbang yang menggoda aku untuk makan, tetapi aku akan kuatkan iman dan bertekad untuk tidak terpedaya dengan godaan mereka untuk aku menjamah nasi. Semoga rancangan aku berjalan dengan lancar.
p/s: Seksa tau tengok orang sedap je makan nasi. Tapi takpe la, nak kurus kena la seksa sikit.

Monday, April 14, 2008

A Song For Mama - Sorry Mak...

You taught me everything
And everything youve given me
I always keep it inside
Youre the driving force in my life
There isnt anything
Or anyone I can be
And it just wouldnt feel right
If I didnt have you by my side
You were there for me to love and care for me
When skies were grey
Whenever I was down
You were always there to comfort me
And no one else can be what you have been to me
Youll always be you always will be the girl
In my life for all times


Mama, mama you know I love you
Oh you know I love you
Mama, mama youre the queen of my heart
Your love is likeTears from the stars
Mama, I just want you to know
Lovin you is like food to my soul


Youre always down for me
Have always been around for me even when I was bad
You showed me right from my wrong
Yes you didAnd you took up for me
When everyone was downin me
You always did understand
You gave me strength to go on
There was so many times
Looking back when I was so afraid
And then you come to me
And say to me I can face anything
And no one else can do
What you have done for me
Youll always be
You will always be the girl in my life

Lovely Weekend...

Lumut Waterfront
Last weekend aku sempat pegi jalan2 makan angin. Agak kembung jugaklah perut. Aku dengan adik dan sorang kawan aku pegi lepak kat Teluk Batik dan Lumut Waterfront. Setelah sekian lama tak menjejakkan kaki ke Teluk Batik, semalam sampai gak aku kat sana. Orang ramai macam biasalah, memang sesak. Dari hujung ke hujung, Teluk Batik dipenuhi orang ramai yang mengambil kesempatan berkelah bersama keluarga sempena hujung minggu.

Kat sini aku ada attachkan beberapa gambar yang sempat aku amik masa gi jalan-jalan ari tu.

Dolphin ni mesti derhaka kat mak dia. Tu sebab kena sumpah jadi batu. Hehe

Aksi yang agak merbahaya dari dua orang stuntwomen. DUN TRY THIS AT HOME!! Kekeke

Aksi agak terlampau. Gila punya orang!!



Tuesday, April 8, 2008

Antara CINTA dan SAHABAT: Mana Lebih Penting?

Hari ni aku dikejutkan dengan satu email yang dah lama aku tunggu balasannya. Dari seorang sahabat yang memang dah lama aku jejaki. Koordinat terakhir dia yang aku tahu ialah di Brazil. Katanya dia mengikut teman lelakinya yang berbangsa Nigeria ke sana dengan tujuan yang aku sendiri tak pasti.

Kami memang dah berkawan sejak di bangku sekolah lagi. Memang dia seorang kawan yang cukup baik dan cukup rapat dengan aku. Tapi nasib kurang menyebelahinya, itupun mungkin disebabkan sifatnya yang kurang pertimbangan apabila membuat sesuatu keputusan. Bak kata pepatah, ikut hati mati, ikut rasa binasa. Dia sendiri mengakuinya bahawa "she's blind because of love". Dan sekarang dia menyesal atas apa yang telah terjadi.

Ada apa dengan CINTA. Cinta semata tak menjanjikan apa-apa. Bolehkah cinta itu beri kita makan, pakai dan segalanya. Bahagiakah hidup dengan hanya bercinta? Apa yang mereka kejarkan sangat untuk bercinta? Bukan sebab aku tak percayakan cinta. Tapi disebabkan cinta jugaklah dah berapa ramai wanita terpedaya dan akhirnya tak tau nak jadi apa. Butakah mata hati apabila bercinta? Hilang semua pertimbangan. Lupa keluarga, lupa sahabat, lupa tanggungjawab, lupa segalanya? Itukah yang dikatakan nikmat bercinta?

Bagi aku CINTA aku hanyalah untuk Mak aku yang ada kat kampung tu. Tu baru CINTA sejati namanya. CINTA yang tak boleh dibelah bagi. Dedikasi CINTA aku hanya untuk dia (Mak). CINTA kepada adik beradik aku. CINTA pada kerja aku. CINTA kepada diri aku sendiri.

Aku tak dapat info lebih lanjut tentang apa yang terjadi sebenarnya kepada sahabat aku ni. Walau apa pun yang berlaku pada dia, aku tetap setia jadi sahabat yang sejati. Aku tak mahu tengok kawan-kawan aku GAGAL dalam hidup. Bagi aku tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan. Yang penting di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Monday, April 7, 2008

KL International Bookfair Memang PANASSS!!!

Semalam 6 April, aku ditugaskan menjaga booth UP&D sempena KL International Bookfair. Aku sampai sedikit lewat kerana terpaksa beratur panjang untuk mencari parkir. Nasib baik dapat parkir di hentian Putra yang berhadapan dengan PWTC. Kalau tak jenuh juga aku nak mancari parkir kosong. Bayangkan pukul 10 pagi empat dewan utama PWTC sudah dibanjiri ulat-ulat buku. Menjelang tengah hari pengunjung semakin ramai sehingga aku dapat rasakan sukar untuk menyedut oksigen. Dewan yang berhawa dingin juga dirasakan panas kerana terlampau ramai pengunjung yang membanjiri PWTC.


Semalam juga penulis buku "Jahitan Asas Sulaman Riben" iaitu Puan Suzana Mustafa memenuhi jemputan aku untuk membuat satu demonstrasi di booth UP&D. Alhamdulillah, sambutan yang diberikan juga menggalakkan. Terima kasih Puan Ann.


Kaki aku terasa sengal kerana sepanjang hari berdiri. Pelbagai gaya dan gelagat dapat ditonton. Walaupun terasa sedikit penat, namun aku tetap enjoy. My sister bersama anak sulungnya juga tak terkecuali berkunjung ke pesta buku. Dia telah tewas di tangan salah seorang penjual buku dari GROLIER. Melayang duitnya seribu lebih membeli salah satu produk dari GROLIER. Tapi tak mengapalah. Kalau untuk tujuan kebaikan apa salahnya. Semalan juga aku sempat berkunjung ke booth company lama aku. Jumpa pula dengan En Anuar ex-boss di Karisma Publications, tapi tak sempat bersembang lama coz dia pun agak sibuk melayan tetamu.


Punya la lama aku kat sana semalam, tapi tak berkesempatan tuk beli sebarang buku pun. Mungkin hari Jumaat nanti aku akan ronda semua booth di sana. Nak jamu mata dan kalau ada yang berkenan boleh la beli.

Sesi Bertemu Penulis - Masakan Nyonya Melaka



Masyarakat Baba Nyonya yang juga dikenali sebagai kaum Peranakan begitu masyhur dengan pelbagai masakan tradisional yang begitu enak dan menarik serta mempunyai banyak persamaan dengan masakan kaum Melayu. Resepi masakan ini dihasilkan turun-temurun oleh kaum Baba Nyonya Melaka. Masakan ini merupakan resip masakan Baba Nyonya popular yang dihidangkan setiap hari.



Kaum Baba Nyonya amat mementingkan adat resam dan juga cara penyediaan masakan yang asli. Buku ini disediakan oleh Puan Khoo May Hwa dan Puan Judy Tam Shu Mee yang berketurunan Baba Nyonya Melaka. Dengan adanya resepi dati buku ini, generasi muda dapat menikmati masakan nyonya yang asli dengan penyediaan yang betul. Teknik masakan juga diterangkan dengan terperinci dan amat mudah untuk disediakan. Adalah diharapkan juga resepi masakan nyonya tidak lenyap begitu sahaja pada masa akan datang dan generasi muda dapat mewarisinya sebagai sebahagian adat dan budaya kaum Baba Nyonya.



Sesi bertemu penulis buku ini akan diadakan pada Jumaat 11 April di Pesta Buku Antarabangsa, PWTC. Temui mereka di booth KUMPULAN UTUSAN pada jam 1 petang. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Anda juga berpeluang untuk merasai hasil resepi Baba Nyonya yang dihasilkan sendiri oleh penulis. Jemput datang beramai-ramai.

Friday, April 4, 2008

Jahitan Asas Sulaman Riben


Keindahan bunga dapat diaspirasikan dengan jahitan sulaman riben. Hasil jahitan yang menarik boleh dijadikan hiasan di sudut ruang rumah. Lahirkan kreativiti anda dengan menjadikan buku ini sebagai aspirasi jahitan.


Buku ini menyediakan panduan asas jahitan sulaman riben. Panduan langkah demi langkah diberikan berserta dengan gambar rajah yang mudah difahami. Terdapat juga pelbagai jenis rekaan jahitan sulaman riben yang boleh dijadikan rujukan. Malah ia boleh dijadikan sumber pendapatan jika anda benar-benar berminat.


Dijemput memeriahkan sesi demonstrasi bersama penulis buku "Jahitan Asas Sulaman Riben", Puan Suzana Mustafa di PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa pada jam 3 petang. Kunjungan anda dialu-alukan.

Wednesday, April 2, 2008

Kawin Paksa or Paksa Kawin


Alkisah ni berlaku masa kursus motivasi dan bina semangat di PD. Semua ni gara-gara Abg Sam (graphic designer kitorang) yang mengutarakan idea tuk mengenakan pakaian pengantin sedondon dengannya. Tak pasal-pasal aku terpaksa jadi pengantin perempuan malam tu. Sudahlah kena berlakon histeria untuk persembahan jabatan. Tak ke haru. Nasib baik kain yang aku pakai tak tertanggal. Kalau mak aku tahu ni, mesti kena bebel. Mesti dia cakap "Amboi-amboi, dah gatal sangat nak kawin ke?" Tapi ok gak, hehehe mana tau mungkin tak berpeluang dah lepas ni. Jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan. Tak gitu?
Gambar tu pose aku bersama Zul a.k.a Si Cantik Manis. Zul memang sporting habis malam tu. Seksi gitu... Walau apapun, we all sume enjoy that nite. Bukannye senang nak dapat suasana macam ni...







Berat Badan - CAM TAK CAYA JER


Ari ni aku timbang berat badan kat salah satu alat penimbang rakan sepejabat. Alamak!! Apsal dah bertambah berat ni? Nak kata senang hati tak juga. Kak Yam (officemate) bertanya berat badan aku? Aku kata "60 kg". Dia tak percaya... Dah memang berat badan aku 60 kg nak wat camner? Kak Yam kata aku tak nampak macam 60 kg je. "Nape Kak Yam, nampak cam 45 kg ker?" Tapi itu la hakikatnya Kak Yam ku sayang. Nampaknya plan diet aku sah-sah GAGAL!!! Tidak, aku tak mau GEMUK!!! Sebagai langkah keselamatan aku telah buat PLAN B. Atas bantuan rakan, aku telah dapatkan senarai BLOOD TYPE DIET. Kalau lepas ni berat badan aku naik gak. Nampaknya terpaksalah aku REDHA...Huhuhuhu...

Tuesday, April 1, 2008

Terkenang Semasa Dulu

Tengah hari tadi aku pergi melawat rakan sepejabat aku di Hospital Pantai Cheras. Abang Zainurin mengalami patah di bahagian kaki kanan semasa kami mengadakan telematch sempena kursus motivasi dan bina semangat yang berlangsung pada 27-29 Mac di PD. Melangkah saja di pekarangan Hospital Pantai tadi mengingatkan aku ketika aku juga mengalami retak bahagian pergelangan tangan kiri gara-gara terlalu "hebat" bermain futsal sempena kejohanan antara jabatan tahun lepas. Melihatkan keadaan kaki Abang Zainurin terasa ngilu siut. Terasa-rasa masa aku kena dulu. Kepada Abang Zainurin, semoga cepat sembuh. Kami kat sini sentiasa mendoakan kesihatan anda. Amin...