Tuesday, November 25, 2008

Bagaimana MENYAYANGI Seseorang

Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari semasa ke semasa.
Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 bilion manusia dengan 6 bilion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa- apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia (walaupun dia seorang yang moody). Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.
Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan darinya kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.
Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.
Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.
Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.

Monday, November 17, 2008

RENJIS-RENJIS DIPILIS

Bila tiba musim cuti sekolah, maka tiba jugalah musim nikah kahwin. Boleh dikatakan setiap hujung minggu pasti dipenuhi dengan jemputan walimatulurus. Sabtu yang lalu (15 Nov) dua orang sepupu aku sekali gus telahpun menamatkan zaman bujang mereka. Azimah dan Aziah telahpun menemui teman hidup masing-masing iaitu Faizal dan Syukur. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Majlis begitu meriah dengan jemputan yang terdiri daripada sahabat handai serta saudara mara makcik dan pakcik aku iaitu Puan Zabedah dan Encik Adli. Cuma semasa majlis makan beradap hujan turun dengan lebat (ni mesti kes pengantin suka makan dalam periuk-orang tua-tua cakap la).
Itu cerita masa majlis berlangsung. Selepas majlis tamat ada pula cerita yang lebih tragis. Sebelah malamnya aku dengan famili member yang lain bergilir-gilir ke tandas. Semua kena cirit-birit. Aduh... memang tak boleh nak citer macam mana seksanya penangan cirit-birit ni. Dari yang besar sampailah anak buah aku yang umur 4 tahun tak lena tidur sebab asik berulang ke tandas. Lemah longlai satu badan. Macam manalah nasib tetamu-tetamu yang lain. Mesti dorang pun menerima nasib yang sama. Dengar cerita pengantin pun kena jugak. Nasib-nasib...Kitorang punya la menyumpah dengan katerer tu. Menyusahkan orang je. Hampess...
Kepada keempat-empat mempelai aku ucapkan Selamat Pengantin Baru, semoga jodoh berpanjangan sehingga ke anak cucu.

Cinta itu adalah jiwa, di antara cinta yang sejati dengan jiwa dapat dipisahkan, cinta pun merdeka sebagaimana jiwa. Ia tidak membezakan di antara darjat dan bangsa, di antara kaya dan miskin, mlia dan papa.
Sumber: HAMKA (dalam Di Bawah Lindungan Kaabah)

Pasangan mempelai: Dari kiri pasangan Syukur dan Aziah dan pasangan Azimah dan Faizal

Adik beradik serta sepupu sepapat tak melepaskan peluang berposing atas pelamin.

Tiga dara pingitan atas pelamin.

Tuesday, November 11, 2008

33 Facts about Guyz

*Belive it or not ...

1. Guys like their gadgets & bikes more than a girl. Guys don't actually look after good-looking girls. They prefer neat and presentable girls.
2. Guys hate flirts.
3.When a guy says he doesn't understand you, it simply means you're not thinking the way he is.
4.Guys may be flirting around all day but before they go to sleep, they always think about the girl they truly care about.
5. When a guy really likes you, he'll disregard all your bad characteristics.
6. Guys go crazy over a girl's smile.
7. Guys will do anything just to get the girl's attention.
8. When you touch a guy's heart, there's no turning back.
9. When a girl says "no", a guy hears it as "try again tomorrow". ... so true.
10. You have to tell a guy what you really want before he gets the message clearly.
11. Guys love their moms.
12. A guy would sacrifice his money for lunch just to get you a couple of roses.
13. A guy often thinks about the girl who likes him. But this doesn't mean that the guy likes her.
14. You can never understand him unless you listen to him.
15. If a guy tells you he loves you once in a lifetime. He does.
16. Beware. Guys can make gossips scatter through half of the face of the earth faster than girls can.
17. Like Eve, girls are guys' weaknesses.
18. Guys are very open about themselves.
19. It's good to test a guy first before you believe him. But don't let him wait that long.
20. Guys hate it when their clothes get dirty. Even a small dot.
21. Guys really admire girls that they like even if they're not that much pretty.
22. If a guy tells you about his problems, he just needs someone to listen to him. You don't need to give advice ... very true.
23. A usual act that proves that the guy likes you is when he teases you.
24. Guys keep secrets that girls tell them.
25. Guys think too much.
26. Guys fantasies are unlimited.
27. Girls' height doesn't really matter to a guy but her weight does! ... very true.
28. Guys tend to get serious with their relationship and become too possessive. So watch out girls!!!
29. Guys are more talkative than girls are especially when the topic is about girls.
30. You can truly say that a guy has good intentions if you see him praying sometimes.
31. If a guy says you're beautiful, that guy likes you.
32. Guys hate girls who overreact.
33. Guys love you more than you love them. If they are serious in your relationships.

Doesn't this all make sense??? Guys do u have the answer???

Tuesday, November 4, 2008

LELAKI SEJATIKAH anda???


Aku bertanya pada ibuku, bagaimanakah lelaki sejati itu?
Ibuku menjawab, nak...

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar,
tetapi dari kasih sayangnya pada orang di sekitarnya ...
Lelaki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang,
tetapi dari kelembutannya mengatakankebenaran...
Lelaki sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya,
tetapi dari sikapbersahabatnya pada generasi muda bangsa ...
Lelaki sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia dihormati di tempat bekerja,
tetapi bagaimana dia dihormati di dalam rumah ...
Lelaki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan,
tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan ...
Lelaki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang,
tetapi dari hati yang ada di balik itu ...
Lelaki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja,
tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya ...
Lelaki sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawabyang dibebankan,
tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan ...
Lelaki sejati bukanlah dilihat dari rajinnya dia membaca kitab suci,
tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang dibacanya ...

p/s: Tapi zaman sekarang ni susah nak cari lelaki sejati. Camno tu?? Tak dapek den nak nolong..

Monday, November 3, 2008

Uniknya TELUK INTAN

Teluk Intan atau nama asalnya Teluk Mak Intan terletak di daerah Hilir Perak. Terdapat beberapa cerita mengisahkan tentang asal usul bagaimana Teluk Intan mendapat namanya. Namun kesahihannya masih tidak dapat disahkan.


Kisah 1:
Mengikut sejarah, Teluk Intan telah dibuka oleh seorang wanita yang bernama Mak Intan. Beliau yang berstatus JANDA (Janda kaya la ni kot) mempunyai rupa paras yang cantik juga merupakan saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera dikatakan orang yang pertama meneroka kawasan tersebut di sekitar abad ke-19.Setelah kedatangan beliau, kawasan itu dinamakan Pekan Mak Intan.

Kisah 2:
Seorang gadis bernama Intan dari sebuah keluarga keturunan Sumatera yang berpengaruh. Bapanya berulang-alik dari Sumatera ke sini untuk berniaga kain batik. Gadis ini mandi di tebing Sungai Perak bersama-sama rakan-rakannya. Cincin pemberian ibunya telah tenggelam dan lenyap di dalam lubuk Sungai Perak. Sejak itu diberi nama Teluk Mak Intan.

Kemudian semasa pemerintahan British iaitu pada 15 Mac 1882, nama Teluk Mak Intan telah ditukar kepada Teluk Anson sempena nama Jeneral Archibald Anson iaitu gabenor Inggeris yang datang ke Telok Mak Intan pada masa itu. Namun begitu, pada tarikh 27 Disember 1981 nama Teluk Anson secara rasminya telah ditukar kepada Teluk Intan dan nama tersebut kekal sehingga kini.

Menara Condong

Satu-satunya keistimewaan dan daya tarikan yang ada di bandar Teluk Intan ini ialah Menara Condong. Uniknya menara ini ialah ia condong seperti Menara Pisa. Ia telah dibina pada tahun 1885 oleh Leong Choon Choong. Menara yang berketinggian 85 kaki dan mempunyai 110 anak tangga kelihatan mempunyai tujuh tingkat. Akan tetapi dia hanya mempunyai tiga tingkat sahaja di mana setiap aras mempunyai ketinggian 15.5 kaki.Bangunan ini dilengkapi dengan jam besar dan mengikut senibinanya diinspirasikan daripada bangunan Pagoda di China. Fungsi asal menara ini adalah untuk menempatkan sebuah tangki air bagi kegunaan penduduk setempat. Pada asalnya bangunan ini tidaklah sengaja dibina condong, namun pada tahun 1889 dan 1895, Teluk Intan telah dilanda banjir besar sekali gus menenggelamkan sebahagian bangunan tersebut. Peristiwa ini juga merupakan faktor utama bangunan tersebut condong ke arah Barat Laut. Sejak itu, menara tersebut dikenali dengan jolokan nama Menara Condong.

Batu Hidup/Batu Bertenggek

Batu bertenggek merupakan seketul batu besar , sebesar kereta Kancil yang diletakkan atas binaan lain berhadapan dengan bangunan SKOMK. Batu bertenggek ini merupakan Tugu Peringatan bagi perajurit yang terkorban semasa Perang Dunia Kedua.
Batu bertenggek dahulunya bersaiz kecil sehinggalah ia dikatakan "hidup" (membesar) sehingga saiz seperti di dalam gambar.