Thursday, February 26, 2009

I WONDER IF ...


I wonder if ...

I can go shopping rite now. Dah lama sungguh rasanya aku tak gi shopping. Bagi aku, shopping memberikan kepuasan yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Salah satu cara juga untuk aku releasekan tension. Disebabkan kegawatan ekonomi sekarang ni, so aku terpaksalah mengambil langkah "berjimat cermat". Tapi yang herannya, lagi aku tak shopping lagi tak cukup duit. Mane peginya sume RM tu ek?? Tup2 je duit dah abis. Tak tau p mana?


I wonder if ...

I can go for holiday rite now. Macam gi mana-mana pulau selain "Pulau Jerjak" atau mana-mana tempat yang ada beach, not bitch ek... Agak lama juga aku tak bersantai-santai manja di gigi air. Ermm ... kan best. Masa tu tak payah pikir pasal keje yang betimbun ni. Hilang sikit serabut kepala ni. Balik cuti serabut la balik.


p/s: Banyak benda lagi aku nak buat lam dunia ni.



Monday, February 16, 2009

JADUAL DAN LOKASI BENGKEL PENULISAN SAYEMBARA FIKSYEN SAINS DAN TEKNOLOGI UTM-KUMPULAN UTUSAN

28 Februari 2009 (Sabtu) - Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu

7 Mac 2009 (Sabtu) - Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur, Kota Bharu

14 Mac 2009 (Sabtu) - Holiday Villa, Alor Setar, Kedah

21 Mac 2009 (Sabtu) - Kuching Sarawak.

Maklumat penyertaan sila hubungi sdra Yosman Mohd Bain (07-5218166 / 019-7557760) atau Rozlan Mohamed Noor (03-92856577 / 012-3828353).

p/s: Lihat juga di
http://www.penerbit.utm.my/ atau http://www.mybooks.com.my/ Lihat juga berita PELANCARAN SAYEMBARA DI SINI

Thursday, February 5, 2009

BENGKEL PENULISAN

Bengkel bimbingan penulisan untuk Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi akan diadakan di Hotel Quality, Kuala Lumpur Sabtu ini (7 Feb 2009). Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan sayembara dan bengkel ini bolehlah menghubungi saudara Yosman Mohd Bain dari Penerbit UTM Press di talian 07-5218166 / 019-7557760 atau saudara Rozlan Mohamed Noor dari Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, emel editor@minister.com. (012-3828353).
Bengkel ini diadakan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Kumpulan Utusan bagi Sayembara Novel Cereka Sains dan Teknologi peringkat Kebangsaan 2008.

Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi bertujuan untuk meningkatkan dan menggalakkan manipulasi daya cipta, kreativiti, dan motivasi dalam kalangan pelajar IPT tempatan, tenaga pengajar khasnya, dan rakyat Malaysia secara umumnya.

Juga lihat catatan-catatan berkaitan di http://www.celikhuruf.blogspot.com/