Monday, November 1, 2010

Mungkir Bahagia - Hazami


Dihimpit dicengkam rindu ini
Gerimis duka ku
Menggamit kenangan silam
Resah dan pilu menghampiri

Sunyinya malamku kelam
Pedih kemelut cinta
Dingin kelu bicara
Tuk mengungkap rindu

Sayang ku mungkir pada kejujuranmu
Menolak segala bahgia dihadapanku
Kasihku mungkir pada kata janjiku
Berlari aku jauh dari cintamu
Ku kesali

Dihanyut dilambung ombak lara
Sepiku berkelana
Melayari jiwa nestapa
Menggagahi rasa kesayuan

Leburlah harapan cinta
Namun kesetiaanmu
Kugenggam bagai hukuman
Mengheret langkahku

Maafkan daku
Kekasih hati cinta kita berakhir
Maafkan daku
Kerna ku memungkirinya

Maafkan daku
Kekasih hati cinta jadi begini
Maafkan daku
Ku mungkir bahagia

Sunday, October 17, 2010

wut eva...


susah sangat ke nak maafkan seseorang. sedangkan Nabi ampunkan umat. i've done my part. so terpulang. sampai bila nak lari dari bayang-banyang sendiri. life must go on.

Thursday, October 14, 2010

TRUE Love

Seorang bro tanya kat aku, apa maksud cinta sejati. Aku hanya jungkitkan bahu dan angkat kening aku yang tak brapa nak bersambung ni.

He told me:

TRUE LOVE = UNCONDITIONAL LOVE

Kalau itulah definisi cinta sejati i think i'll never find my true love.


Wednesday, October 13, 2010

Feeling This Just Now


Andai engkau mengerti
Perasaan di hati ini
Pasti engkau menyedari
Betapa hatiku merinduimu

Bukan mudahnya aku
Untuk melafazkan cinta
Sekali ku melafazkan
Sampai bila pun ku menyintaimu

Rindu memaksaku menyayangimu
Tak daya ku menahan
Segala perasaan aku
Yang makin gelora
Setelah engkau menyedari
Sambutlah cintaku

Sepi mengajar aku
Tentang perlunya cinta
Walau pedih walau perit
Terpaksa aku menghadapi

Tiada apa yang engkau pinta
Sekadar kesetiaan
Selagi rindumu masih dihati
Cintamu terus bersemi

Friday, March 19, 2010

K.O.S.O.N.G

Kebelakangan ini dapat aku rasakan jiwa aku kosong. Tak tahu apa yang dimahu oleh hati. Rasa bosan, marah, geram, menyampah, putus asa juga menyesal bercampur baur di dalam minda dan hati. perasaan tidak menentu, sekejap suka, sekejap nanti aku sedih, tiba-tiba pulak aku menangis. Bengong. apa yg aku mahu? aku sendiri tak tahu. mungkin perlu bertukar angin. mau intai-intai tempat yg mampu beri angin yang baru. dan mungkin mampu memberi sinar baru dlm hidup. mungkin itu juga mampu menggembirakan semua pihak. Aku nak lari dari org2 di sini (mcm kecewa je bunyi. gediks)

Yang sebetulnya (sbnrnya was-was) aku rasa dah bosan keje. Pada hal baru masuk 6 thn keje. Aku rindu zaman study dulu. betul aku rindu. tapi kalau aku further master full time sape nak "tanggung" aku. sape nak bayar kete, umah, kredit kad, loan aku dan etc2 tu. huhu... mintak sedekah ngan adik beradik agak2 kena maki tak?

~~ errkk... otak aku ni mampu ke nak study balik ni. ntah2 dah karat. kena overhaul dululah jawabnya. ~~

Tuesday, February 2, 2010

Its About Life

Tahun 2010 dimulakan dengan semangat sukan. Awal Januari sudah mula berjinak-jinak dengan gym. Hajat di hati mahu mengecilkan kaki yang montok ni. Pelbagai dugaan dari sakit otot, urat, sengal-sengal badan sehinggalah mengelak daripada di"ayat" mamat body builder. Semua aku tolak tepi demi semangat menguruskan kaki. Hakikatnya setelah 2 minggu bekerja keras upper body pulak yang kurus, lower body dok lagu tu jugak. Masih montok dan semakin montok. Aduyai...

Selain gym, aku layan gak main badminton. Dua tahun dah meninggalkan badminton, kini kembali mengasah bakat. Sebelum tu cuba jugak berkenal-kenalan dengan raket tenis. Tapi rasanya bakat tak berapa nak menonjol la dalam sukan tenis. hehehe...

So, untuk awal tahun ni semua aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh @ membakar lemak menjadi pilihan utama. Ingin pelbagaikan lagi hobi menarik. Mahu menikmati hidup dengan lebih sihat, ceria dan lebih bermakna. Hidup akan terasa bosan kalau kita tak tahu cara menikmatinya. So, enjoy your life.

Akan berusaha lagi mencapai matlamat. huhu

Kembali mengasah bakat.

Sekali-sekala cuba hobi baru.

*** kredit gambar kepada Abam Mey!!