Tuesday, February 2, 2010

Its About Life

Tahun 2010 dimulakan dengan semangat sukan. Awal Januari sudah mula berjinak-jinak dengan gym. Hajat di hati mahu mengecilkan kaki yang montok ni. Pelbagai dugaan dari sakit otot, urat, sengal-sengal badan sehinggalah mengelak daripada di"ayat" mamat body builder. Semua aku tolak tepi demi semangat menguruskan kaki. Hakikatnya setelah 2 minggu bekerja keras upper body pulak yang kurus, lower body dok lagu tu jugak. Masih montok dan semakin montok. Aduyai...

Selain gym, aku layan gak main badminton. Dua tahun dah meninggalkan badminton, kini kembali mengasah bakat. Sebelum tu cuba jugak berkenal-kenalan dengan raket tenis. Tapi rasanya bakat tak berapa nak menonjol la dalam sukan tenis. hehehe...

So, untuk awal tahun ni semua aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh @ membakar lemak menjadi pilihan utama. Ingin pelbagaikan lagi hobi menarik. Mahu menikmati hidup dengan lebih sihat, ceria dan lebih bermakna. Hidup akan terasa bosan kalau kita tak tahu cara menikmatinya. So, enjoy your life.

Akan berusaha lagi mencapai matlamat. huhu

Kembali mengasah bakat.

Sekali-sekala cuba hobi baru.

*** kredit gambar kepada Abam Mey!!