Tuesday, November 3, 2009

Perut ...


Perut...
Mengapa kau bising-bising... Meronta-ronta minta diisi. Tidak letihkah kamu menghadam makanan. Pagi, tengah hari, petang sudah kuisi sepenuhnya. Apa lagi yang kau mahu. Malam pun kau minta dipenuhi juga keinginginanmu. Tidak takutkah engkau jika makanan yg kuisi itu mendatangkan kesakitan bagimu. Oh perut... bagaimana lagi untuk aku mengajarmu. Bawak-bawaklah bersabar wahai sang perut. Tahukah engkau aku begitu malas untuk keluar mencari makanan untuk mengisi tembolokmu. Tahukah engkau, aku juga malas untuk memasak di dapur. Lagipun di luar sana hujan. Lagilah aku liat mahu keluar sang perut. Aku hanya mahu berehat. Tak usahlah kau bernyanyi-nyanyi mengganggu rehatku wahai sang perut. Dengarlah rintihanku ini wahai sang perut. Diamlah kamu di dalam itu ya perut.

Tuesday, September 29, 2009

Lawak Masa Mengantuk

video

siapa bilang hidup ini mudah

seperti yang dibayangkan

hidup tak pernah selalu seperti

yang dimau, yang diharap-harapkan


apa itu hidup bila tidak ada

masalah-masalah yang selalu ada

buanglah gerahmu, singkirkan penatmu

sirami panasmu, pupuskan pusingmu


bebaskan, bebaskan gerakmu

rasakan sensasinya

bebaskan, bebaskan gerakmu

rasakan sensasinya


sensasi plong, sensasi plong

sensasi plong, sensasi plong

sensasi plong, sensasi plong

sensasi plong, sensasi plong


apa itu hidup bila tidak ada

masalah-masalah yang selalu ada

buanglah gerahmu, singkirkan penatmu

sirami panasmu, pupuskan pusingmu

Thursday, August 20, 2009

Ramadhan Datang Lagi

"Mak, adik nak mak doa satu je kat depan Kaabah tu nanti boleh?" pinta aku pada bonda kesayangan.


"Adik nak mak doakan apa?" Soal mak pula.


"Doakan adik cepat kaya. Soal jodoh belakang kira. Yang penting dapat banyak duit!" Jawab aku selamba.


"Astaghfirullah hal azim!!" Mengucap panjang mak aku.


"Hehehehe." Balas aku sambil tersengeh-sengeh menunjukkan gigi kapak aku yang besar tu.



Dialog tu aku quote masa aku pergi menghantar mak, makcik-makcik dan kakak sulung aku ke Makkah menunaikan umrah Rabu lepas. Walaupun dalam nada bergurau, tapi niat sebenar dalam hati, memang nak pun. Hahaha.. (Mata duitan tul aku kan).


Sebenarnya aku tak kesah semua tu (walaupun dalam hati kesah..eheh). Apa yang penting mak, makcik dan along aku selamat pergi dan selamat pulang. Dan semoga ibadat mereka juga diterima oleh Allah SWT. Itu sahaja yang aku pinta.


Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan Ramadhan semula. Maknanya tahun ini aku tak dapatlah sambut puasa dengan mak kesayangan aku ni. Huhu.. Sedih la jugak. Dah lama tak makan masak lemak cili api mak aku. Nasib baik ada kakak sorang lagi. Bolehlah menumpang berbuka sama (sebenarnya malas nak masak, kekeke).


Malam ini dorang tengok anak bulan. Tapi tengok anak bulan sekarang pun untuk cukupkan syarat je. Sekarang ni semua ikut kalendar je. So kalau ikutkan kalendar kuda yang ada kat dinding umah aku tu, kita akan mula puasa hari Sabtu.


Azam aku Ramadhan tahun ni dapatlah tambahkan sebanyak sedikit ibadah. Akan cuba bertarawih sebanyak mungkin. Sama-samalah kita mengisi bulan yang mulia ini dengan sebaiknya ok.


So aku nak ucapkan kepada semua selamat menyambut Ramadhan al Mubarak 1430 H.


Wednesday, July 29, 2009

Jalan-jalan Lagi

Esok aku akan terbang ke Sabah, negeri di bawah bayu. Walaupun baru tahun lepas aku melawat negeri ni, seolah-olah aku terpanggil untuk pergi lagi. Kalau tahun lepas aku pegi dengan my sisters and friends, berbeza tahun ni cuma ahli keluarga sahaja yang join. Walaupun tak semua members of family yang dapat join, tapi must be interesting coz my mom also follow. Ini kali ketiga aku ke Sabah. Ketiga-tiganya pergi dengan promosi tambang murah AirAsia. hehehe. Kalau harap nak naik MAS, tak kuasa aku nak pegi.


Mengikut ketua rombongan kitorang merangkap
abang ipar aku, hari pertama kitorang akan terus pergi ke Kundasang. Stay kat sana dalam 2 hari. AKu suka tempat ni coz sejuk. Pastu dapat tengok pemandangan Gunung Kinabalu. Walaupun hasrat nak menakluk Kinabalu still tak tercapai, dapat tengok je pun jadilah. Then akan ke Kota Belud on the 3rd day. Akan cuba untuk menunggang kuda kat sana mungkin. Maybe stay kat sana 2 hari kot. Aku pun tak sure sgt plan diorang. I follow... je. The 5th and the 6th day kitorang akan stay di KK. Maybe nak g pulau and shopping. Harap2 cuaca okey, coz last year tak dapat pegi pulau sbb cuaca tak mengizinkan.


Dan yang lebih specialnya, kali ni aku akan sambut birthday kat sana. Hehe.. Birthday yang ke berapa ??? Sshhhh... rahsia. Dah tua dah pun. Sape2 yang rasa nak bagi hadiah tu tunggu aku balik minggu depan ek. Tak pun korang leh courier je. Huhuhu.. So ihope i had a great time and lebih enjoy from last year. Daaa ...

Thursday, July 16, 2009

MUSIM itu MUSIM ini

Sekarang ni tengah hangat dengan macam-macam musim. Masa ni lah musim buah durian, manggis, rambutan dan macam-macam lagi. Kalau kat kl ni, tepi-tepi jalan ni penuh dengan gerai jual durian. Ada yang 5 biji RM10, ada yang 3 biji RM10 dan ada gak 2 biji RM10. Selain tu, kat opis aku ni dah start musim promosi biskut raya. Boleh kenyang la asyik merasa biskut itu, biskut ini. Tapi odernya haram!!! Tapi aku kagum pada makcik and kakak2 yang buat bisness biskut raya ni. Bagus betul marketing strategy dorang ni kan.

Disebabkan kita pun dah masuk bulan Rejab, dah nak sampai hujung dah pun sebenarnya, kaum hawa pun start la dengan musim mengganti (qada) puasa yang tinggal tahun lepas atau tahun-tahun yang selepas selepasnya tu. (Korang dah bayar fidyah ke blom? Jgn lupe wei). Tak kurang juga pada sesapa yang mengambil peluang buat puasa sunat Rejab. Rajin korang kan. Salute la. Aku pun tak ketinggalan sama memeriahkan musim mengganti puasa ni. Bila dah sampai masa-masa kecederaan camni, mulalah timbul rasa menyesal tak ganti puasa awal-awal lagi. Setakat ni aku masih berbaki hutang 5 hari lagi puasa yang belum diganti. Baru buat dua hari rupanya. Huhuhu.. Seksa babe. Tapi korang jangan ingat kaum perempuan je yang ada tinggal puasa tau. Pada kaum lelaki, cuba ingat-ingat balik, ada tak korang terkucil puasa tahun lepas? Dah
tu kalau ada, korang apa lagi, tak reti-reti nak ganti???


Hari ni nak masak apalah agaknya untuk juadah berbuka? Dah lama jugak dapur rumah aku tu tak berasap. Lagipun aku dah tak larat sebenarnya makan kat luar ni. Sedap tak seberapa, mahal pulak tu. Tapi kalau sudah ada penyakit M (Malas) tu memang payah la. Errmmm ... okeylah, aku nak selak-selak dulu buku resepi yang aku dah terbitkan tapi tak pernah aku
buat uji jadinya tu. Errkk... pada sesiapa yang berpuasa tu, selamat berbuka la ye.



p/s: Sedar tak sedar dah sebulan lebih aku tak update blog aku ni kan. Rasa lemau sungguh nak mengupdate. Banyak benda mau cerita sebenarnya. Tapi mood tadak mari la.. hehehe

Wednesday, June 3, 2009

Bila Perut Sudah Diisi ...

Bila perut sudah kenyang mata ni mula la bak teratai layu di tasik madu. Walaupun aku just makan seketul big apple donut and jambu cap 88 RM1 rasa perut ni dah cukup penuh diisi. Mata apa lagi, terasa bagai dihenyak-henyak sang syaitan supaya disuruh pejam. Macam mana la aku nak buat editing dalam keadaan mata yang dok kuyu-kuyu cam Garfield ni. Huhu. Tambah pula dengan kerenah penulis yang meronta-ronta minta dilayan. Cukup menjatuhkan semangat tuk bekerja. Dan kadang-kadang cukup menguji kesabaran. Kalaulah aku boleh lelapkan mata bak 30 minit di atas tilam dan bantalku yang empuk di rumah itu. Alangkah bahagianya mata ni. Huarrrgghhh ... mengantuknya.

Saturday, May 30, 2009

Damn!!

Damn shit!!! I hate this feeling. Really really hates this!!

Thursday, May 14, 2009

RAHSIA HIDUNG


Tuhan menjadikan setiap umat-Nya berbeza antara satu sama lain. Setiap manusia ciptaan-Nya begitu unik dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Mungkin ramai yang tidak menyangka selain wajah dan tingkahlaku seseorang, bentuk hidung juga memainkan peranan dalam menyingkap peribadi seseorang itu. Jadi apalagi, cuba anda kaji dan selidik peribadi pasangan anda dengan melihat bentuk hidungnya.

Hidung Panjang:
Jika pasangan anda memiliki bentuk hidung seperti ini, dia merupakan seorang yang mempunyai personaliti yang kukuh dan berpotensi untuk mempengaruhi orang lain yang berada di sekelilingnya. Dia seorang yang bercita-cita tinggi dan sangat sensitif orangnya. Jadi janganlah anda sengaja ‘mencari pasal’ dengan mereka yang berhidung panjang.
Selain itu, mereka juga mudah membantu dan sangat bermurah hati, hanya pada mereka yang tahu menghargainya! Anda tidak perlu membalas pertolongannya cukup sekadar anda menghargai bantuan yang dihulurkan itu. Mereka yang berhidung panjang juga dipercayai bijak menonjolkan diri dan mudah berjaya dalam perniagaan dan bidang seni.

Hidung Kecil :
Si empunya hidung kecil, mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan berbakat dalam bidang seni. Dia juga suka mengejar sesuatu yang baru dalam kehidupan. Bagi mereka yang berhidung kecil, suka mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan. Dia juga seorang yang peramah, dan amat mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya. Adakalanya sikap mereka sukar diramal dan mereka bersikap kebudak-budakan. Jadi usahlah anda rasa bosan dengan sikap si hidung kecil kerana mereka sememangnya seorang yang manja. Awas, pemilik si hidung kecil tidak tetap pendirian. Dia juga mudah dipengaruhi oleh orang lain dan bersikap terburu-buru dalam membuat keputusan, tanpa memikirkan pro dan kontra keputusan tersebut. Ha… bila dah tersilap langkah, tiada gunanya lagi.
Hidung paruh burung :
Eh, betullah. Sekali pandang, hidung dia macam paruh burung, nampak macam patahkan!” Mungkin itu yang akan anda perkatakan apabila ternampak seseorang yang mempunyai hidung jenis ini. Ha… jangan tak tahu… mereka yang mempunyai hidung jenis ini ada keistimewaannya. Mereka mempunyai pendirian yang teguh dalam membuat sesuatu keputusan dan tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain. Mereka cukup tegas dalam apa jua keadaan, tidak terburu-buru dan menunggu masa yang sesuai sebelum membuat sesuatu tindakan. Pasti ramai yang berminat dengan pemilik si hidung paruh burung ini kerana daya pemikiran mereka cukup imaginatif, kreatif dan bijak, tetapi mereka agak sukar untuk mencari cinta sejati dalam kehidupan mereka.

Hidung Tajam :
Ha… jaga-jaga dengan pemilik si hidung tajam! Mereka ini jenis yang memandang kebendaan. Bagi mereka aset dan wang adalah segala-galanya. Tiada apa lagi yang penting selain dua perkara tersebut. Erm, jangan salah faham, pemilik si hidung tajam ini, bukanlah kaki pisau cucur, mereka mengumpulkan aset dan mencari wang dengan tulang empat kerat mereka dan bukan menumpang kekayaan orang lain. Mereka sanggup bekerja keras demi memastikan kehidupan mereka selesa dan senang.

Hidung Lurus:
Bertuahnya kalau anda berdampingan dengan si pemilik hidung lurus. Ha… mereka ini merupakan seorang yang setia dan adil dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka adalah golongan yang sanggup berkorban demi orang lain berbanding menjaga kepentingan sendiri. Si hidung lurus akan mencari pasangan hidupnya yang juga setia dan tidak menipu. Awas, sekali anda telah menipu si hidung lurus, peratus kepercayaannya kepada anda akan turun ke tahap 0%. Jangan main-main.

Hidung Kembang:
Mereka yang berhidung kembang merupakan seorang yang aktif dan cekap dalam melakukan apa jua kerja. Mereka seorang yang artistik dan suka mempelbagaikan aktiviti seharian mereka. Jika anda ingin meminta pertolongan, carilah pemilik hidung kembang sebab mereka akan membantu anda pada bila-bila masa. Mereka mudah kasihan kepada teman-teman, sehingga tidak sanggup untuk mengecewakan sesiapa.

Hidung Runcing:
Mereka yang berhidung runcing adalah seorang yang lemah-lembut dan amat berdiplomasi. Ha… jangan tak tahu, mereka yang berhidung runcing juga licik orangnya, mereka juga bersikap pentingkan diri sendiri. Satu lagi kelemahan si hidung runcing, mereka mudah terpengaruh dengan apa juga yang dilakukan oleh orang lain. Mood mereka sukar dijangka, jadi janganlah anda melakukan sesuatu yang ‘bodoh’ kerana ia akan menjerat diri anda sendiri.

Hidung Pesek:
Mereka yang memiliki bentuk hidung seperti ini merupakan seorang yang kuat berahsia. Orang yang tidak mengenali pemilik si hidung pesek tidak akan dapat menjangka perasaan mereka dari semasa ke semasa. Mereka juga dikatakan kurang yakin dalam melakukan sesuatu perkara, sedangkan mereka sebenarnya boleh menyelesaikan perkara tersebut dengan baik. Si hidung pesek cukup ramah dan mudah mesra walau dengan sesiapa sahaja. Mereka boleh membuatkan orang lain cukup senang dengan kehadiran mereka. Erm, apalagi pastikan bentuk hidung pasangan anda agar mudah untuk anda mengenalpasti peribadi atau personalitinya. Selepas ini, tiada lagi alasan untuk anda tidak mengetahui peribadi pasangan anda.

Wednesday, May 13, 2009

HUJAN

Hai sang hujan, nape kau malu-malu je nak turun. Semalam kau datang kejap sgt. Tak sempat aku nak lepaskan rindu kat kau.



Hari ni pun sama. Bunyi guruh kau bukan main kuat lagi. Berdentam dentum di sana sini. Tapi kau sekadar lalu je. Tak sempat pun nak bermanja-manja dengan aku. Hai sang hujan. Kau datanglah lagi ek. Aku rindu kat kau. Serius aku rindu. Kau siramlah bumi Tuhan ni dan kau siram jugaklah kereta aku yang dah 2 minggu tak jumpa air tu.



Dah lama aku tak rasa udara nyaman dari kau. Aku tunggu ye sang hujan ... datang ye.

Thursday, April 30, 2009

--;-@

Aku mentari

Tapi tak menghangatkan mu
Aku pelangi
Tak memberi warna di hidupmu

Aku sang bulan
Tak menerangi malammu
Akulah bintang
Yang hilang ditelan kegelapan

Selalu itu yang
Kau ucapkan padaku

Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencuba mengalah
Menahan setiap amarah

Aku sang bulan
Tak menerangi malammu
Akulah bintang
Yang hilang ditelan kegelapan

Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencuba bersabar
Ku yakin kau kan berubah

Monday, April 27, 2009

Selama 10 hari berlangsungnya KLIBF di PWTC, booth Utusan diserang oleh ulat2 buku. Meriah memang tidak dinafikan. Myself tak sempat membeli apa-apa pun. Hanya beli kiriman daripada my sis and my fren yang minta tlg belikan buku. Kat sini aku pastekan beberapa keping gambar semasa pesta berlangsung.

Sempat jugak aku siapkan buku ni. Walaupun target agak tersasar.



Buku Masakan Tradisi Melayu Johor.


Sesi bersama penulis buku Bunga Reben, Puan Suzana Mustafa.


Insan2 yang bertanggungjawab dlm marketing and promotion.
Sesi bersama penulis Dinar Emas. Puan Salmy Edawaty dengan peminat-peminatnya.


Penulis Dinar Emas. Puan Salmy Edawaty dan Dr. Mumin.


Team UP&D yang kerja keras.


Kakak-kakak yang masih maintain senyum, eventhough dorang letih gile.

Crowd yg memenuhi booth UP&D