Wednesday, January 23, 2008

ERTI SEBUAH CINTA... Renungkan...

Cuba fikir balik???

Cinta ker bila ...

Anda rasa berpeluh2, berdebar2 & sukar untuk berkata2 bila berdepan dgn si dia.
Tu bukan cinta,tapi SUKA ...

Anda pilih si dia coz si dia sentiasa berada di sisi.
Tu jugak bukan cinta, tapi KESEPIAAN ...

Anda sanggup bersama dia coz rasa bertanggungjawab.
Tu bukan cinta, tapi KESETIAAN ...

Anda terima kesilapan si dia kerana anda rasa caring?
Tu bukan cinta, tapi PERSAHABATAN ...

Anda bagitau yang si dia satu-satunya insan yg disayangi.
Tu bukan cinta, tapi PEMBOHONGAN ...

Anda sanggup tinggalkan ape je minat anda demi si dia
Tu bukan cinta, tapisekadar AMAL ...

Adakah cinta namanya kalau anda terima si dia atas sebab taknak melukakan?
Bukan,tu namanya SIMPATI ...

Dah tu CINTA?? Tepuk dada Tanya selera

Tuesday, January 22, 2008

Bila Aku Sudah Tiada


Bila, aku sudah tiada

Simpan semua lagu ku

Jangan ditangis selalu

Mungkin, itu sementara

Bila jumpa pengganti ku

Jangan dilupakan aku


Pagi itu indah seperti biasa

Tidur yang lena terhenti di sana

Layap kuyu masih tak terdaya

Bukalah tingkap mu

Curahkan cahaya…


Siapa yang sangka

Bila tiba masa kita

Untuk pergi selamanya

Takkan terduga

Jika saat ni

Tuhan tentukan

Aku lah orangnya


Gelak tawa tangisan yang hiba

Kenangan kita masa di dunia

Alangkah indahnya jika

Kita mampu hidup selamanya…

Kala Malam Bulan Mengambang ...


Filem hitam putih pertama Malaysia dalam era teknologi ini iaitu "Kala Malam Bulan Mengambang" arahan pengarah yang terkenal dengan genre komedi, Mamat Khalid memberi satu kelainan dalam industri perfileman khususnya di Malaysia. Pertama kali menonton filem hitam putih di pawagam memberikan pengalaman baru bagi saya. Ketika itu terbayang seperti berada di zaman 50-an dan 60-an. Agaknya beginilah suasana mak dan ayah ketika menonton filem muda-muda dahulu.


Kala Malam Bulan Mengambang mengisahkan seorang wartawan bernama Saleh Mat Piah (lakonan Rosyam Nor) yang baru sahaja diberhentikan kerja. Satu kejadian telah berlaku yang menyebabkan beliau terpaksa bermalam di sebuah pekan yang bernama Senduduk Rimbun. Kejadian misteri yang melanda Senduduk Rimbun iaitu ramai pemuda yang hilang setiap kali bulan mengambang membuatkan naluri kewartawanan Saleh Mat Piah meronta-ronta untuk membongkar kejadian tersebut. Kiranya Saleh ni wartawan yang "budget best" la.Sepanjang penyiasatan Saleh Mat Piah pelbagai peristiwa telah dialaminya. Termasuklah adegan kejar mengejar Saleh dengan satu lembaga. Yang kelakarnya, Saleh Mat Piah ni ada penyakit "angin pasang". Memang kelakar cara dia berlari.


Bagi pendapat saya filem ini amat menarik kerana selain unsur-unsur komedi yang diterapkan oleh pengarah Mamat Khalid, terdapat juga mesej-mesej yang berunsur positif berjaya diselitkan. Ia juga memberikan pengalaman baru bagi peminat filem tempatan. Walaupun sambutan yang saya lihat di pawagam kurang memuaskan, tapi saya tetap berpuas hati kerana ia berjaya membuat saya ketawa. Sekurang-kurangnya hilang tension seminggu bekerja. Jadi jom kita ramai-ramai tgk KMBM.





Thursday, January 17, 2008

LEPAS NI BUKAK APA PULAK?


Artis bukak baju, aksi cium, baring atas stage, tangkap khalwat, itu semua isu-isu yang telah sinonim dengan artis Malaysia. Isu terbaru yang cukup hangat diperkatakan ialah aksi bukak baju Faizal Tahir, Naib Juara Malaysian Idol. Selepas aksi membuat slide semasa Separuh Akhir Juara lagu, bekas penyanyi nasyid ini sekali lagi menggegarkan dunia seni tanah air dengan aksi buka baju semasa konsert ulangtahun 8TV. Ramai yang tidak puas hati dengan aksi tersebut. Tapi mungkin juga disebabkan dia seorang bekas penyanyi nasyid yang membuatkan isu ini semakin panas. Aduhai kasihan la nasib si penyanyi hitam manis ni. Nak kata dia melanggar nilai-nilai budaya masyarakat, ramai lagi artis lain yang "buat hal" seperti aksi cium Asyraf Sinclair dengan Bunga Citra Lestari, artis ditangkap khalwat, aksianak artis "tonggang" botol arak dan macam-macam lagi. Kalau kita fikirkan, adakah cara pemakaian artis sekarang yang kebanyakannya memakai fesyen "tak cukup kain" mengikut budaya masyarakat kita? Sudah tentu tidak kan... Bukan hendak memihak kepada sesiapa. Ia bukanlah sesuatu yang baru dalam senario artis Malaysia. Jadi bagi pendapat peribadi saya, ia bertitik tolak kepada seseorang individu itu sendiri. Macam mana idolanya kita kepada seseorang artis itu sekalipun, kita haruslah pandai membezakan mana yang patut dan tidak patut kita ikut dan contohi. Tepuk dada tanya selera.


p/s JANGAN BUAT AKSI KUCING DAH LA EK..

Tuesday, January 15, 2008

BERCUTI OH BERCUTI


Hari ni tetiba jer rasa cam takda mood nak kijo... Tapi semalam punya la semangat...tetiba jer today the spirit hilang seperti diterbangkan angin. Mungkin badan ni dah letih sangat kot bekerja..bayangkan sejak masuk bekerja di sini aku tak pernah pun bercuti panjang, kecuali semasa cuti perayaan..kalau purposely bercuti untuk release tention memang takde..so dalam otak ni dok plan2 la nak bercuti. Lagipun cuti dah diluluskan..Hepi tak tau nak kata la..Tapi destinasinya belom tau lagi. Ni yang dok intai2 surf lam Internet tu... Dah terbayang2 dah dok lepak tepi pantai tengok gewe2 ensem... hahaha...Berenang kat pool, joging kat tepi pantai..Eii mesti best kan...Harap2 plan bercuti ni terlaksana...

Monday, January 14, 2008

Life's too good

ONE. Give people more than they expect and do it cheerfully.
TWO. Marry a man/woman you love to talk to. As you get older, their conversational skills will be as important as any other.
THREE. Don't believe all you hear, spend all you have or sleep all you want.
FOUR.When you say, "I love you," mean it.
FIVE. When you say, "I'm sorry," look the person in the eye.
SIX. Be engaged at least six months before you get married.
SEVEN. Believe in love at first sight.
EIGHT. Never laugh at anyone's dream. People who don't have dreams don't have much.
NINE. Love deeply and passionately. You might get hurt but it's the only way to live life completely.
TEN. In disagreements, fight fairly. No name calling.
ELEVEN. Don't judge people by their relatives.
TWELVE. Talk slowly but think quickly.
THIRTEEN. When someone asks you a question you don't want to answer, smile and ask, "Why do you want to know?"
FOURTEEN. Remember that great love and great achievements involve great risk.
FIFTEEN. Say "God bless you" when you hear someone sneeze.
SIXTEEN. When you lose, don't lose the lesson .
SEVENTEEN. Remember the three R's: Respect for self; Respect for others; and Responsibility for all your actions.
EIGHTEEN. Don't let a little dispute injure a great friendship.
NINETEEN. When you realize you've made a mistake, take immediate steps to correct it.
TWENTY. Smile when picking up the phone. The caller will hear it in your voice.
TWENTY-ONE. Spend some time alone.

A true friend is someone who reaches for your hand and touches your heart.

Sunday, January 6, 2008

KERJA...KERJA...KERJA

Ha…pening kepala…
Memikirkan tak ada kerja..
Dalam anggun pilu ditohmah
Ah gantung dirimu saja


Ooo, lega rasanya….
Jadi kerja pegawai pemasaran..
Di Pertama…
Rupa oh rupa2 nya…Kerjaan saja…


La la la Hari hari kerja..
La la la Bosan dengan kerja
La la la Hidup harus kerja…kerja…

Ahhhh..terpinga-pinga…

Tak puas lagi beradu…mengantuk~…
Subuh hingga senja…Hari hari sama saja…

Ahh..nak bancuh kopi..Tapi gulanya tak ada…
Minum saja…

Kerja bagai nak gila..Sama sahaja…
Gelisah..ku gelisah..
Mengenangkan masa depan…
Ku harus kerja..


Ohhh mesti kerja..
Tiada ada apa yg percuma…
Jika tiada kerja..
Ohhh, papa kedana…

Thursday, January 3, 2008

AZAM OH AZAM


Tahun 2008 dah 3 hari berlalu meninggalkan kita. Tapi aku masih tercari-cari apakah azam baru aku tuk tahun ni??? Tahun lepas azam seperti 50/50. Apa itu dikira dah tercapai atau belum? Yang penting bila orang lain sibuk-sibuk pasal azam baru, aku juga tak mahu ketinggalan. Tapi disebabkan komitmen kerja yang menekan, aku hampir takda masa untuk fikir tentang azam baru. Apa yang sempat terlintas di kotak fikiran aku ketika menunggu pertunjukan bunga api sempena new year eve yang hanya aku tonton di depan kaca tv hanyalah untuk mengumpul sebanyak mana RM yg boleh tuk tahun ini. Tapi untuk apa RM tu pun aku tak pasti. Mungkin tuk kahwin kot... Hahahaha... tak mungkin... Belum pernah terfikir pun aku untuk kahwin. Usia masih muda. Itu pun bagi pendapat aku la...Muda ker?? Hehe.. Yang paling utama sekarang ialah kerjaya... Bagi pendapat aku, apa gunanya berazam kalau tak pernah tercapai...Apa yang paling penting buat sebaik mungkin dan fokus dalam apa jua bidang dan kerja yang kita lakukan... Am I rite...