Wednesday, December 31, 2008

Teng Teng

Mungkin sesetengah daripada kita sudah melupakan permainan ini. Atau mungkin juga ada di antara kita yang rindu untuk melakukannya. Budak-budak sekarang pula lebih prefer bermain alatan atau gadget yang canggih-canggih untuk mengisi masa senggang mereka. Tidak seperti zaman kecil kita dahulu, permainan seperti kurik kundi, polis sentri, galah panjang juga bola beracun sering menjadi pilihan mengisi masa-masa yang terluang di petang hari (especially lepas balik mengaji). Untuk mengisi cuti hujung tahun, aku bersama adik beradk yang lain menghabiskan masa mengulangi zaman-zaman kegemilangan zaman kanak-kanak dengan bermain teng-teng petang semalam.
Teng teng dimainkan oleh dua hingga empat orang setiap gelanggang, tiada peraturan tetap dengan jumlah pemain bagi setiap gelanggang. Sekiranya melebihi dari empat pemain dalam satu gelanggang, ianya akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk berteng-teng. Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak di mana gundu berada di dalamnya, samada kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira mati, giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan.

Mungkin ramai kanak-kanak zaman sekarang yang tidak lagi mengenali permainan tradisional ini. Mereka lebih mahir bermain PS2 atau lebih gemar melayari Internet. Namun, kita sepatutnya mendedahkan atau mewarisi mereka dengan permainan-permainan tradisonal supaya ia tidak tenggelam dek zaman.
Di sini sempat aku rakamkan aksi-aksi kanak-kanak purba (kami la tu) tengah bermain teng teng petang semalam.

p/s: Aksi-aksi stunt ini mungkin tidak sesuai kepada kanak-kanak yang berusia 7 thn ke bawah. Perlu mendapat bimbingan daripada penjaga. Hehehe..

Dun try this at home.

Aksi ini hanya dapat dilakukan kepada pemain teng-teng profesional sahaja.

Perlu mendedahkan permainan tradisi kepada generasi pelapis.

Tuesday, December 23, 2008

BENGANG!!!

Ari ni aku nak story skit pasal BENGANG bukan BANGANG ok. Bukanlah bermaksud untuk membuka pekung di dada tapi sekadar berkongsi rahsia. Untuk meluah perasaan pun ada gak. Tengah BENGANG ni!!! (Dengan penuh emosi). Tabiat buruk yang satu ni memang dah lama melekat kat diri aku. Aku memang cepat BENGANG kat orang lain. BENGANG ni kira adik beradik PANAS BARAN la kot. Sebab apa aku aku selalu BENGANG? Sebab bila aku rasa aku ditindas aku akan cepat rasa BENGANG. Dan apabila aku BENGANG aku akan anggap orang yang buat aku jadi BENGANG tu BANGANG! Tak kiralah disebabkan kata-kata, perbuatan atau sebarang bahasa isyarat yang dapat difahami dan diproses oleh serebrum di bahagian depan otak aku ni. BENGANG ni slalunya akan buat aku rasa tak best jerk sepanjang hari. Kadang-kadang boleh membawa ke beberapa hari gak. Dan aku akan pandang "orang tu" kecik je. Cam rasa nak tonjol-tonjol kepale dan hentak-hentak tulang rusuk sebelah kiri dia. Tapi disebabkan aku masih mampu berfikiran waras buat masa ini ku tahankan jugak Jebat. Aku takmau disamakan dengan orang yang BANGANG walaupun aku memang tengah BENGANG. Tapi satu kelemahan aku, bila aku BENGANG aku akan lepaskan pada orang lain (kira tindakan yang agak BANGANG jugak la kan). Sian la sesiapa yang jadi mangsa aku tu. Walau macam mana sekalipun aku akan cuba sedaya upaya tuk atasi kelemahan aku ni. Bak kata orang, takde sape yang SEMPURNA dalam dunia ni. Setiap kelemahan datangnya dari kita sendiri. So u all piki la sendiri apa tebiat u all yang kurang bemoral tu k. Boleh gak sama-sama bermuhasabah diri.

Monday, December 15, 2008

Percutian Yang Tidak Disengaja

Betul kata orang "jodoh pertemuan di tangan tuhan", "jauh perjalanan luas pemandangan". Kali ni aku nak cite skit tentang percutian hujung minggu yang berlaku secara accidentlly. Cheh..cuti pun leh accidentlly kan. Ngarut tul. Idea ni tercetus apabila ada la "makhluk Allah 1" ni (Miss J - bukan nama sebenar) sepatutnya masih bercuti pada ari Sabtu lepas, tiba-tiba mendapat arahan untuk menjadi pegawai pengiring isteri-isteri menteri di Kuala Terengganu. Plan utama "makhluk Allah 1" ni sebenarnya mahu pulang sendirian (dengan memandu WNJ dia tu), akan tetapi setelah dimomokkan oleh sorang lagi "makhluk Allah" (baik digelar sebagai "makhluk Allah 2") dengan cerita yang berlatar belakangkan drama "Puaka Niang Rapik", maka terbantutlah niat si "makhluk Allah 1" ni. Dalam keadaan terdesak "makhluk Allah 1" ni mendapat satu idea yang maha bernas di mana meminta aku dengan housemate aku (angah)menemani dia pulang malam itu (Jumaat) juga ke Terengganu. Aku yang berhati mulia ini pun bersetujulah mengenangkan sape lagi nak tolong, kalau bukan aku. Maka setelah selesai menonton teater Sinbad (seperti n3 di bawah) "Kembara Jalanan" (mohon meminjam word ini drpd sesiapa yg berkenaan) kami pun bermula. Berikut serba sedikit tentatif program kembara jalanan kami yg masih aku ingat-ingat lupa:

Sabtu,
12.30 a.m: Bertolak dari KL menuju ke Kerteh melalui LPT ("makhluk Allah 1" drive)
02.00 a.m: Terlelap di R&R sebab ngantuk sangat
02.45 a.m: Meneruskan perjalanan (aku lak smbg drive)
04.30 a.m: Tiba di pit stop pertama (umah abang aku kat Kerteh)
07.15 a.m: Bertolak ke Kuala Terengganu (tempat "makhluk Allah 1" bertugas)

Sementara "makhluk Allah 1" ini menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang pekerja yang berdedikasi lagi dicontohi, aku dan Angah ditinggalkan bersama WNJ terkapai-kapai di tengah bandar Kuala Terengganu. Disebabkan kami berdua ni jenis yang lone ranger, kami tak kesah. Destinasi pertama di Kuala Terengganu ialah cari sarapan memandangkan perut pun dah berdondang sayang minta diisi. Melalui panduan yang diberikan "makhluk Allah 1" kami telah berjaya menjumpai sebuah kedai nasi kerabu yang katanya famous di KT (kedai makan berasap di bawah pokok besar-itulah satu-satunya key word yang menjadi panduan). Setelah rongga perut kami diisi dengan nasi kerabu lauk daging bakar, kami mengorak langkah menuju ke destinasi seterusnya iaitu Masjid Kristal yang terletak di daerah Losong. Berbekalkan panduan papan tanda kami berjaya sampai ke sana. Melihatkan monumen-monumen masjid yang cukup popular di seluruh dunia menimbulkan rasa kagum dalam diri aku. Ini baru dapat tengok monumen aku dah kagum, belum lagi tengok yang real. Subhanallah. Lama jugak kitorang berdua kat situ, habis setiap monumen kitorang berdua bergambar. Sampai hujan 3 kali turun dan berhenti barulah kami keluar. Destinasi kedua agak kurang mengujakan kami berdua iaitu muzium negeri Terengganu. Takde apa-apa pun. Agak bosan (tapi memang bosan pun). Kemudian dalam keletihan kami kembali ke KT untuk check in di Primula Beach Resort. Di hotel, masa dihabiskan dengan aktiviti tido. Malam hari pulak, "makhluk Allah 1" yang telah habis tugasnya membawa kami makan ikan bakar di bawah jambatan di tepi Sungai Terengganu.


(Hari kedua tentatif pun ntah ke mana). Hari kedua di Terengganu kitorang kembali semula ke rumah persinggahan (umah abang aku kat Kerteh tu). Dalam perjalanan balik tu, aku sempat menjengah seorang rakan bloggers (Pok Li) di Marang (Beliau merupakan rakan setugas "makhluk Allah 1"). Walaupun tak banyak yang dapat disembangkan bersama beliau, tapi pertemuan tersebut cukup bermakna. Lain kali kita sembang-sembang panjang lagi ye Pok Li. Kitorang jugak singgah la di beberapa tempat tuk mengambil gambar (memandangkan housemate aku tu 1st time datang Terengganu, so bagi chance la kat dia, hehehehe jangan marah ye angah). Sampai di Kerteh kitorang sempat la melawat shopping complex baru di sana (Mesra Mall- Shopping complex yang aku kira paling canggih la kat Terengganu), malangnya banyak kedai yang masih belum dibuka. Selepas berpeleseran seketika di Mesra Mall kami pun berpatah balik ke umah abang aku untuk berehat dan mandi memandangkan seharian berjalan, badan pun naik berlengas. Lagipun aku ngan angah kena balik ke KL jam 12.00 bertolak dari Kemaman. Kami berdua menaiki bas Ekpress Kesatuan untuk pulang ke KL. Bas tu memang laju, walaupun kelopak mata aku cukup berat untuk dibuka, tapi aku dapat rasakan driver bas tu memang memandu dengan merbahaya. Akhirnya kami sampai di rumah subuh tadi jam 04.40 a.m. Baca pulak surak khabar pagi ni, sebuah bas masuk sungai. Syukurlah bukan bas aku yang kena. Tapi aku turut simpati kepada penumpang-penumpang yang terlibat. Kepada abang-abang driver bas, bawak la bas tu elok-elok ye. Janganlah nak cepat sampai je. Bak kata orang tua "biar lambat asal selamat". Ingatlah orang-orang yang tersayang.


Pertemuan antara dua bloggers Pok Li dan Cinta


Begitu teruja - Pertama kali ke Negeri Terengganu

Semasa check out di Primula aku ternampak superbike ni. Mungkin juga empunya superbike sedang "berkembara jalanan". Hehehehe



temui CINTA baru

Setiap individu perlu ada pembaharuan dalam hidupnya. Kalau tak mesti hidup dirasakan penuh dengan kebosanan. Kekadang perlu diwujudkan kelainan dalam aktiviti seharian. Kalau hari-hari do the same thing, pergi keje, balik keje, have dinner kat luar, tengok tv, takpun pergi tengok movie then window shopping, bosan gak hidup. So last Friday aku menemui CINTA baru. Aku telah jatuh cinta pada teater. Atas dasar bosan dan hasutan oleh Kak Zira merangkap cikgu Yoga aku dulu. (Dulu... sebelum yoga diharamkan. Skg aku tak yoga dah) yang mengatakan cerita ni best, aku gagahkan jugak pergi menonton teater Sinbad. Ternyata kebosanan aku terubat setelah menonton teater ni.

Teater muzikal yang dilakonkan seramai 80 orang kanak-kanak cilik ini memang cukup happening. Mereka ni memang cukup berbakat. Tabik spring!! aku kat dorang. Teater Sinbad ni mengisahkan tentang pelayaran pelayar yang cukup hebat bernama Sinbad. Sinbad ni berkawan baik dengan Putera Zariq. Tapi si Sinbad ni ada menyimpan perasaan cemburu kat mamat Zariq ni sebabnya putera tu anak raja dan segala yang diingini mudah diperolehi. Manakala watak antagonis a.k.a jahat telah dilakonkan Kak Engku (Raja Azura) sebagai Dewi Bencana. Si Dewi Bencana ni ya ampun, memang suka la bagi bencana kat orang lain. Dah nama pun Dewi Bencana kan. Dia ni pulak memang hangin dengan si Sinbad. Macam-macamlah yang dia buat kat Sinbad untuk memporak perandakan hubungan baik Sinbad dengan Putera Zariq. (Tak payahlah aku cite sume tentang jalan cerita Sinbad ni, aku rasa korang pun dah baca kat surat khabar coz cover story tuk teater ni memang banyak). Tapi memang berbaloi sape yang pegi tengok teater ni. For the 1st time aku g tengok teater memang tidak mengecewakan. So mungkin aku akan terus menjadi peminat teater dan akan terus layan terater lepas ni. (Cadang nak g tengok Puteri Gunung Ledang 3 next year. Sape nak follow jom ar. Ramai2 lagi best).
Font size

Sempat jgk la possing masa break 1st half.

Barisan pelakon serta kru produksi Sinbad.

Friday, December 5, 2008

MUSIM SEMBELIH MENYEMBELIH

ENTRI kali ni berkisahkan ibadah korban bersempena Hari Raya Korban yang bakal disambut pada 8hb Dis 2008. Pengertian KORBAN itu sendiri memberi maksud yang amat besar kepada kita. Definisi "KORBAN" mengikut Kamus Dewan bermaksud amalan menghampirkan diri kepada Allah dengan menyembelih binatang ternakan (lembu, kambing, kerbau dll) pada 10 Zulhijjah atau tiga hari selepasnya (hari tasyrik) dengan mengagihkan sebahagian daripada daging itu kepada fakir miskin.

Sekarang ni ibadah korban dan aqiqah yang dibuat di Kemboja menjadi trend di Malaysia. Kami satu famili pun dah pernah menyertai program ini pada tahun lepas. Masyarakat Melayu Champa merupakan kaum minoriti dengan jumlah penduduk 500 ribu daripada 13 juta rakyat Kemboja. Pengislaman orang-orang Champa bermula sejak tahun 1000 Masihi lagi. Umat Islam
di Kemboja masih dirundung kemiskinan yang melarat serta tahap pendidikan yang rendah. So siapa lagi nak tolong orang Islam kalau bukan orang Islam itu sendiri. Dan tak kisah juga la di mana kita nak buat korban, as long niat kita bersih, bukan untuk menunjuk-nunjuk.

Korban ni banyak jenis korban, selain lembu dibuat korban, kita juga sering korban masa eg: korban masa rehat untuk menyetelkan sume keje di opis, korban tenaga wat part time job tuk cari duit lebih, korban kasih pun tak terkecuali tau, korban duit simpanan tuk beli apa yg kita minat dan dah lama kita idamkan (tu bukan lebih kepada korban aku rasa, tapi lebih kepada penghargaan dan untuk kepuasan diri), korban apa lagi ek?? Erm.. mungkin juga korban keinginan tuk makan daging sebab takut darah tinggi naik pulak (tu namanya berkorban demi kesihatan). Tak ketinggalan jugak terpaksa berkorban tak balik raya disebabkan banjir yg melanda (ingatlah setiap kejadian ada hikmahnya... bersyukurlah).

Ibadah korban jugak sinonim dengan natang yang bernama LEMBU. Tapi cite ni takde kena mengena ngan ibadah korban pun. Cuma diadaptasi dari sudut yg berlainan skit la. Sempena semangat korban yang sedang hangat dan hangit terasa, aku ngan housemate tak ketinggalan membeli beberapa ekor "lembu" tapi bukan untuk dibuat korban.(kekekeke, cam suspen jerk
bunyi kan). Lembu-lembu yang kitorang beli tu digunakan tuk dibuat teman tido (Errk.. bayangkan lembu buat teman tido? Camne la rupanya..ish buruk benor ler). So untuk bulan ni tema kami serumah ialah "LEMBU". Kiranya the most popular animal of the month la.. hehhe.. Tapi kan "lembu-lembu" kitorang tu memang cute abis la. Dan kami tidur dengan lena
bersama "lembu-lembu" tu.

Ni la "lembu-lembu" yg aku maksudkan. Kekekeke

Cute tak "lembu-lembu" ni?

"Lembu-lembu" yg beraksi agak over..

p/s: Kepada semua umat Islam selamat menyambut HARI RAYA KORBAN dan SELAMAT BERCUTI. Semoga kita memahami sepenuhnya erti sebuah pengorbanan. Salam...