"Oooh ... this is bad. We cannot do anything about it anymore. Saya terpaksa buang jugak."
"Aaa ... buang doktor? Tak ada cara lain ke untuk selamatkan doktor?"
"I dont think so. This is the only way. Untuk kebaikan u jugak."
Aku termenung sebentar. Merenung apa yang akan terjadi sekiranya "ia" dibuang. "Ia" telah menjadi sebahagian daripada hidupku sejak sekian lama. Telah banyak jasanya kepadaku. Perlukah aku membuat keputusan yang sukar ini. Tapi aku juga tidak sanggup untuk menanggung kesakitan yang maha hebat ini. Sudah 3 hari aku menderita kesakitan. Pada mulanya mahu kutahankan saja sakit itu. Tapi badanku sudah tidak dapat menanggungnya lagi. Aku demam menahan kesakitan.
Aku terkebil-kebil seketika merenung lampu di bilik rawatan itu.
"Are u ready Diana?" Doktor bertanya seraya mengejutkan aku dari lamunan.
"Okeylah doktor. Ikut doktorlah". Aku bersuara lemah.
Akhirnya aku reda. Kata putus telah diberi. Aku setuju dengan cadangan doktor. Mungkin dia lebih tahu apa yang terbaik
untuk pesakitnya.
"Tapi doktor, boleh tak doktor bius saya banyak kali. Saya taknak langsug rasa sakit ye."
"Okey, saya akan beri 4 bius injection pada awak." "Ok now, u just relaks. U akan rasa sedikit saja sakit."
Seketika kemudian aku berasa kebas. Doktor pun terus menjalankan tugasnya. Lebih kurang 45 minit, Alhamdullilah semuanya selesai. "Ia" telah dapat dikeluarkan. Maka dengan rasminya terpisahlah gigi geraham dari dalam mulutku. Sekarang aku kekurangan satu lagi gigi geraham. Besides that doktor jugak tampal 2 batang gigi aku yang lain.
Next appoinment doktor akan buat minor operation untuk buang gigi geraham atas aku pulak. Erm... belum tua lagi gigi dah abis semua rongak. Lepas ni nak tempah gigi palsu pulak la nampaknya.
Dengan mulutku yang terasa bengkak dan senget aku memandu pulang berbekalkan MC yang doktor berikan. Balik umah telan ubat terus tido. Alhamdulillah sakitnya sudah kurang, bengkak di muka juga dah surut. Cuma demam masih bersisa. Nak makan pun tak boleh. Ada chance kurus ni.. eheh..
p/s: Sebenarnya aku cukup fobia dengan dentist.