Thursday, April 30, 2009

--;-@

Aku mentari
Tapi tak menghangatkan mu
Aku pelangi
Tak memberi warna di hidupmu

Aku sang bulan
Tak menerangi malammu
Akulah bintang
Yang hilang ditelan kegelapan

Selalu itu yang
Kau ucapkan padaku

Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencuba mengalah
Menahan setiap amarah

Aku sang bulan
Tak menerangi malammu
Akulah bintang
Yang hilang ditelan kegelapan

Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencuba bersabar
Ku yakin kau kan berubah

Monday, April 27, 2009

Corat Coret KL International Book Fair

Selama 10 hari berlangsungnya KLIBF di PWTC, booth Utusan diserang oleh ulat2 buku. Meriah memang tidak dinafikan. Myself tak sempat membeli apa-apa pun. Hanya beli kiriman daripada my sis and my fren yang minta tlg belikan buku. Kat sini aku pastekan beberapa keping gambar semasa pesta berlangsung.

Sempat jugak aku siapkan buku ni. Walaupun target agak tersasar.



Buku Masakan Tradisi Melayu Johor.


Sesi bersama penulis buku Bunga Reben, Puan Suzana Mustafa.


Insan2 yang bertanggungjawab dlm marketing and promotion.
Sesi bersama penulis Dinar Emas. Puan Salmy Edawaty dengan peminat-peminatnya.


Penulis Dinar Emas. Puan Salmy Edawaty dan Dr. Mumin.


Team UP&D yang kerja keras.


Kakak-kakak yang masih maintain senyum, eventhough dorang letih gile.

Crowd yg memenuhi booth UP&D

Monday, April 20, 2009

KLIBF

Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 pihak UP&D telah menyediakan program bersama penulis sepanjang pesta tersebut. Bagi peminat-peminat buku yang ingin berjumpa dengan penulis pujaan secara lebih dekat dan berkongsi idea penulisan mereka atau hobi seperti masakan dan kraf tangan dijemput hadir ke gerai Kumpulan Utusan, di Dewan Tun Razak 3, PWTC.

Sabtu 18/04/09
Pn. Noraini Margono
Pagi sehingga Petang

Ahad 19/04/09
Pn. Suzana Mustafa
Pagi

Pn. Nisah Haron
Pagi

Decorative Painting
Petang

Isnin 20/04/09
Belum ditetapkan lagi.
Pagi

Dr. Ismail Zain & Dr. Amaluddin
Petang

Selasa 21/04/09
Belum ditetapkan lagi.
Pagi

Belum ditetapkan lagi.
Petang

Rabu 22/04/09
Belum ditetapkan lagi.
Pagi

Belum ditetapkan lagi.
Petang

Khamis 23/04/09
Belum ditetapkan lagi.
Pagi

Puan Salmi Edawati Yaacob
Petang

Jumaat 24/04/09
Sri Rahayu
Pagi

Belum ditetapkan lagi.
Petang

Sabtu 25/04/09
Nor Hazma & Kamsiah Abu & Diya Elora
Pagi

Pn. Rosita Jaafar
Petang

Ahad 26/04/09
Pn. Suzana Mustafa
Pagi

Belum ditetapkan lagi.
Petang


Pagi : 11.00 pg. – 1.00 tgh
Petang: 2.00 ptg – 5.00 ptg
Jadual mungkin akan berubah dari semasa ke semasa.

Monday, April 13, 2009

eerrrmmm...wangi!!

eDalam dunia ni sume org suke bau wangi kan. Aku paling elergic kalau tercium badan orang yang berbau semacam. Eeeee...loya tekak tau. Tambah-tambah lak kalau orang tu perempuan. Dia tak tercium ke bau badan dia sendiri ek? Sesetengah orang cakap, orang yang berbadan besar ni "berbau". Ada gak kebenarannya. Aku penah sebilik ngan budak2 yang berbadan agak "besar" ni masa kat UiTM dulu. Even though dorang ni baru je lepas mandi, bau badan dorang yang tak menyenangkan tu still ada. Camne tu ek? So aku akui la fakta itu ada jugak benarnya. Tapi aku jugak pernah jumpa gak orang kurus tapi bau badan dia, masyaAllah...pahit..bau pekung. But im wondering, depa ni tak terbau ke bau badan dorang sendiri. Mungkin jugak dah imune dgn bau tu kot. Bayangkan, kalau orang tu dah kahwin, macam mana la agaknya husband and wife dorang leh tahan bau badan dorang kan. Just imagine. Fuh... mesti seksa kan.

Aku paling sensitif bab-bab bau badan ni. Disebabkan itu jugalah aku ni agak obses dengan perfume. Aku suka bau-bau yang wangi. Kiranya aku takkan berapa nak berkira la untuk keluarkan duit untuk beli perfume yang aku suka. Disebabkan aku ni agak cepat jemu dengan satu-satu perfume tu, belum habis sebotol, aku akan beli yang lain plak. So far perfume yang paling favourite aku pakai DKNY Be Delicious. Hobi beli perfume ni aku kongsi dengan budak rumah aku a.k.a my best buddy la. Dia pun dah terikut-ikut dengan aku. Gila perfume.


Ada orang cakap, perfume yang dipakai menggambarkan peribadi seseorang. Sejauh mana kebenarannya aku tak sure. Apa yang penting, aku takkan rasa confident kalau keluar rumah tak pakai deodoran dan perfume.


Bagi yang rasa-rasa bau badan dorang tu agak kurang menyenangkan, eloklah ambil langkah untuk mengatasi masalah tu. Janganlah seksa hidung orang2 di sekeliling anda tu k. Sesiapa yang ada kawan yang ada masalah bau badan ni, nasihatkanlah kawan anda dengan cara yang terbaik. Jangan sampai menyinggung perasaan orang tu plak. Slow talk dengan dia, or hadiahkanlah dia perfume or deodoran. Mungkin dari situ dorang akan slowly berfikir dengan sendirinya. So, lu piki la sendiri mcm mane ek.


p/s: Ada jugak orang yang beli perfume disebabkan free gift yang ditawarkan. Contonya beg.

Wednesday, April 1, 2009

Alkisah SEBELUM & SELEPAS Kahwin

Perkara-perkara yang mungkin berlaku sebelum dan selepas berkahwin. Apakah faktor yang boleh menyebabkan perkara-perkara ni. Aku sendiri no comment. Mungkin rakan2 lain yang lebih berpengalaman dapat beri ulasan. Hahaha.. Siapa makan cili dia la terasa pedas kan.

1. ANGKATKAN BEG
Sebelum Kahwin - Come sayang, let me carry the bag 4 u. Kesian u...
Selepas Kahwin - Beg u pun u malas nak bawa. Lain kali jangan bawa beg ah!

2. TERSUNGKUR BATU
Sebelum Kahwin - 'Sayang, intan payung, you ok tak darling? Bodoh punye batu!'
Selepas Kahwin - Jln betul2 la! Buta ke? Mata letak kat mana? Lutut? Batu tu macam besar pun tak nampak!

3. PAKAI SEXY
Sebelum Kahwin - Lawanye u pakai baju ni. Seksi! Turn on I, macam nak gigit-gigit you sekarang jugak!
Selepas Kahwin - 'Ni ape ni, tetek terjojol, nampak longkang! Dengan babat berlipat-lipat! Tak malu eh?'

4. MANJA DI PUBLIC
Sebelum Kahwin - Manjanye syg i ni. Cium sikit sayang! Firm nye pipi you!
Selepas Kahwin - Oi! Org tgk ah! Tunggu balik rumah bole tak? Tak malu eh orang tengok?!

5. KEMPUNAN
Sebelum Kahwin - U nak makan burger ramly? Ok, besok i masuk JB belikan eh syg...
Selepas Kahwin - Burger McDonald pun sama pe! Jgn cerewet ah! Makan je!

6. KECANTIKAN
Sebelum Kahwin - Cantik nye you hari ni. Eye shadow you lawa la! Berseri-seri muka you!
Selepas Kahwin - Ape ni make up mcm tepung gomak? Wayang pekji pun kalah tau! Bulan2 asyik beli make up je!

7. KEKAYAAN
Sebelum Kahwin - U takde bnyk duit pun, i tetap syg u. Kekayaan tk menjanjikan kebahagiaan.
Selepas Kahwin - Tu la, dulu tak nak blajar betul2. Skrg baru nak menyesal! Duit tong sampah bulan ni camne?

8. SEX
Sebelum Kahwin - Kalau kita kawin, hari2 i nak main dgn u.
Selepas Kahwin - Eh, i penat tau! Ingat i robot ke? Gatal!

9. KESABARAN
Sebelum Kahwin - Sudahlah syg, jgn merajuk. Sorry eh Sayang. Memang salah I. I ni matahir tak guna! Jangan merajuk lagi ye Sayang.. I minta maaf. Maafkan i eh?
Selepas Kahwin - Salah you, you nak suruh I cakap Sorry! Banyak cantik muka you! Dah buat salah tak nak mengaku. Tau nak merajuk je. Awak punye pasal ah! Tak kuasa aku!

10. MASAKAN
Sebelum Kahwin - Sedapnye u masak (walaupun tak sedap)
Selepas Kahwin - Mak u tak ajar masak ke? Ni Nasi lemak ke nasi basi?

11. DUIT NO PROBLEM
Sebelum Kahwin - Syg, kita mkn dekat restoran mahal tu eh? Mahal takpe lah, skali skala...
Selepas Kahwin - Mak oi! Pe mahal! Da la! Mee grg mamak pak kassim lagi sedap. Tak mau ah!

12. LUV PEGI LUV BALIK
Sebelum Kahwin - Bye syg, I luv u too. Muaks! Miss u lah syg. (Padahal smlm baru jumpe)
Selepas Kahwin - Ah, ok bye! Tak bole lah. Kawan i ade ni! Bye la bye la!

13. PENGORBANAN
Sebelum Kahwin - Takpe Sayang, I tak kisah. I sanggup buat apa saja untuk you.. I fetch you later eh?
Selepas Kahwin - You ni, takde kepala otak ke yang I ni penat baru balik kerja. Apa salahnya you balik sendiri. Manja sangat ah!

14. JUMPA LAMBAT
Sebelum Kahwin - Takpe Sayang. Asalkan you selamat sampai
Selepas Kahwin - Takpe la. Da biasa da!

15. BUANG ANGIN
Sebelum Kahwin - You kentot eh sayang? Hehehehehe! Cute la you ni! *cubit-cubit*
Selepas Kahwin - Oi, asal bole kentot je eh! *pukul-pukul badan*