Wednesday, December 19, 2007

CINTA aka LOVE


Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu, janganlah merasa tersisih. Tiada salahnya menyintai seseorang kerana Cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang.


Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu Cinta, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakannya.


Bagaimana kamu mengurus Cinta begitulah kamu mengurus dirimu dan setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.


Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita dan tiba-tiba Cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan, relakanlah Cinta itu pergi. Kerana setiap yang berlaku ada maksud tersembunyi ... Dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti.


Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih Cinta. Kerana Cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa. Kamu hanya perlu menerima kehadiran Cinta itu dengan segala misteri di dalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hatimu. Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia.


Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ia pernah singgah di hatimu ...

2 comments:

k4ge said...
This comment has been removed by the author.
k4ge said...

aii aka love..

anataga watasi wo oiteikanai kagiri...watasi wa koko ni imasu..aii shiteru..