Monday, February 11, 2008

Menceriakan Hari Kekasih

Oleh Ahmad Syukran Zainuddin (dipetik daripada KOSMO)

Sama ada anda diraikan atau meraikan orang lain, bagaimana jika anda terpaksa meraikan Hari Kekasih ini sendirian? Apa yang boleh anda lakukan?


MENJADI hari yang paling romantik, Hari Valentine sememangnya dinanti penuh ghairah oleh setiap pasangan yang asyik bercinta. Pelbagai agenda yang dirancang, makan malam yang diterangi cahaya lilin malap atau sekadar berjalan di tepi pantai.
Memang ramai yang berpendapat tidak perlu menunggu Hari Kekasih untuk mengekspresikan rasa kasih terhadap yang tercinta. Namun, tarikh 14 Februari ini seakan menjadi satu tarikh keramat untuk mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin.
Persoalannya, apa yang boleh anda lakukan sekiranya anda keseorangan tanpa orang tersayang di sisi? Mungkin ada yang langsung tdak kisah, jalani kehidupan macam biasa seperti tiada apa yang berlaku.
Biarpun begitu, bagi mereka yang peka, ada sesuatu yang boleh anda lakukan. Anda masih boleh memanjangkan mesej Hari Valentine iaitu CINTA.

Antara lima cara untuk menggembirakan HARI KEKASIH anda:
1. Hantarkan kad Hari Kekasih kepada seseorang yang benar-benar memberi inspirasi kepada anda. Nyatakan juga betapa dia sangat bermakna buat anda.
2. Buat sendiri kad Hari Kekasih dan hantarkan kepada ahli keluarga yang anda sukai dan sudah lama tidak bersua muka.
3. Hantarkan bunga atau coklat kepada seseorang yang anda tahu tidak mempunyai kekasih, tanpa perlu menulis nama anda pada kadnya.
4. Buatkan satu bakul berisi makanan seperti coklat dan hantarkan kepada keluarga yang telah melalui saat-saat sukar. Ia pasti dapat serba sedikit menceriakan mereka.
5. Bawa sepupu atau anak saudara yang masih kecil menikmati aiskrim kegemaran mereka.

Sama ada kita sedar atau tidak, memberi sesuatu yang baik adalah cara terpantas untuk menggembirakan diri sendiri.

Apa jua pemberian yang datang dari hati yang ikhlas pasti akan dapat dirasai. Ia memberi dua kegembiraan, satu kepada penerima dan satu lagi terhadap anda yang memberinya.





p/s: Marilah kita sama-sama ungkapkan rasa kasih dan sayang kepada orang yang kita cintai sebelum terlambat ...

1 comment:

k4ge said...

bkn mse valentine je kite bleh wat sume tu...hari2 besa pn blh..ni hari2 besa sik tarik muke.ble valentine je br nk tnjuk ksh syg.huh xde mknenye..ops ter emo plak.huhuhuh