Friday, January 23, 2009

BANTAL oh BANTAL

Cara seseorang memeluk bantal semasa tidur dikatakan mempunyai kaitan dengan perwatakannya. Siapa dan bila kajian ini dibuat, aku tidak pasti. So u all LAYAN jela.

1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkanpandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur Tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

12 comments:

Pok Li said...

Masih pakai bantal kekabu :)

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Kalau tidor bawah bantal..camana lak! maksud gua, bntal atas kepala!! hehehe

p/s: Kalau yg tidor tanpa bantal aku tau. Itu tndanya org tue..TAK MAMPU beli bantal.. huhuhuhuh kasihan

cinta said...

Pok Li: Bantal kekabu masih menjadi pilihan hati.

cinta said...

RMN: Errkk..tak lemas ke tido bawah bantal??

Ada org tido tanpa bantal. Tak semestinya dia TAK MAMPU. Maybe dia lebih selesa dan nyaman berbantalkan lengan.

Pok Li said...

Tidor tanpa bantal boleh awet muda :)

cinta said...

ye ke pok li. kalau camtu saya akan buang sume bantal yg ada. Nak "awet muda" la katakan.

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Lebih syok tido dengan berbantal lengan ... orang lain!!!

cinta said...

Ye ke RMN. Erm nantilah saya try. Pakai lengan mak saya. Mesti lagi best.

Anonymous said...

eden lak tak do bantal peluk den tak leh nak tido dengan seleso...

erk! apo lak tando eah ya ahli nujum mak belalang mato bosar!

huhuhu

cinta said...

-[erk! apo lak tando eah ya ahli nujum mak belalang mato bosar!]

Agak sukar utk CINTA mentafsir ayat En Maza kita ni...

Anonymous said...

uiks..yea tak yea gak... sekali maza cakap dlm bhs mimpi dgn bantal bucuk la...., patut la si cinta ahli nujum negara tak faham... hehehhe

senang jerk tu, apa pulak tafsirannya kalau tidor tak boleh lekang dgn bantal peluk.....

huhuhuhu

cinta said...

Hehe..Bantal peluk ke bantal busuk En Maza?