Thursday, February 5, 2009

BENGKEL PENULISAN

Bengkel bimbingan penulisan untuk Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi akan diadakan di Hotel Quality, Kuala Lumpur Sabtu ini (7 Feb 2009). Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan sayembara dan bengkel ini bolehlah menghubungi saudara Yosman Mohd Bain dari Penerbit UTM Press di talian 07-5218166 / 019-7557760 atau saudara Rozlan Mohamed Noor dari Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, emel editor@minister.com. (012-3828353).
Bengkel ini diadakan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Kumpulan Utusan bagi Sayembara Novel Cereka Sains dan Teknologi peringkat Kebangsaan 2008.

Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi bertujuan untuk meningkatkan dan menggalakkan manipulasi daya cipta, kreativiti, dan motivasi dalam kalangan pelajar IPT tempatan, tenaga pengajar khasnya, dan rakyat Malaysia secara umumnya.

Juga lihat catatan-catatan berkaitan di http://www.celikhuruf.blogspot.com/

9 comments:

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

entri bengkel sayembara kelihatan lebih COMEL pulak di sini. terima kasih.

cinta said...

Hehehe...mungkin sebab entrinya dipost oleh seseorang yang COMEL! ;)

Anonymous said...

wooo korang main comel2 kat sini yea.. (RMN & CINTA)

hmmm

hehehe

(psst: bila cinta nak cuba motor baby R1 Yamaha Lagenda, motor maza dah lama panas dah tu....huhuhhu)

cinta said...

Hahaha..si "comel" maza pun ada gak. Sudi ke maza nak kasi Cinta try baby R1 maza tu. RMN yg pakai Ninja 250 tu pun gigil nak offer Cinta "bini no2" dia tu. Kedekut!!

Anonymous said...

hmm cinta dah cukup umur ke? Kaki boleh sampai ke tanah masa naik motor tu ke?,,,

kalau tak confident...naik ajelah kat belakang tu ha, biar maza bawak...apa macam....



wakakakaka.....

cinta said...

Cis..ini sudah dikira memperkecil-kecilkan den yg tak brapo nak kocik ni. Cinta dah ada lesen moto sejak umur 16 thn tau. Walaupun kaki ni tak brapa nak panjang, rasanya tinggi Cinta dengan RMN lebih kurang je. Haha..

Nak suruh maza bawak..ermmm make sure kena pakai 2 seater la. Tapi muat ke Cinta nak dok kat blakang tu..hahahaha

Renung-renungkan..

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Kalaulah aku punya motor roda tiga, akan aku angkut maza dengan cinta sekali. hahahahaa....

cinta said...

Larat ke moto roda 3 tu bawak kita tiga orang ni. Hahaha..

cinta said...

...