Sekarang ni tengah hangat dengan macam-macam musim. Masa ni lah musim buah durian, manggis, rambutan dan macam-macam lagi. Kalau kat kl ni, tepi-tepi jalan ni penuh dengan gerai jual durian. Ada yang 5 biji RM10, ada yang 3 biji RM10 dan ada gak 2 biji RM10. Selain tu, kat opis aku ni dah start musim promosi biskut raya. Boleh kenyang la asyik merasa biskut itu, biskut ini. Tapi odernya haram!!! Tapi aku kagum pada makcik and kakak2 yang buat bisness biskut raya ni. Bagus betul marketing strategy dorang ni kan.
Disebabkan kita pun dah masuk bulan Rejab, dah nak sampai hujung dah pun sebenarnya, kaum hawa pun start la dengan musim mengganti (qada) puasa yang tinggal tahun lepas atau tahun-tahun yang selepas selepasnya tu. (Korang dah bayar fidyah ke blom? Jgn lupe wei). Tak kurang juga pada sesapa yang mengambil peluang buat puasa sunat Rejab. Rajin korang kan. Salute la. Aku pun tak ketinggalan sama memeriahkan musim mengganti puasa ni. Bila dah sampai masa-masa kecederaan camni, mulalah timbul rasa menyesal tak ganti puasa awal-awal lagi. Setakat ni aku masih berbaki hutang 5 hari lagi puasa yang belum diganti. Baru buat dua hari rupanya. Huhuhu.. Seksa babe. Tapi korang jangan ingat kaum perempuan je yang ada tinggal puasa tau. Pada kaum lelaki, cuba ingat-ingat balik, ada tak korang terkucil puasa tahun lepas? Dah
tu kalau ada, korang apa lagi, tak reti-reti nak ganti???
Hari ni nak masak apalah agaknya untuk juadah berbuka? Dah lama jugak dapur rumah aku tu tak berasap. Lagipun aku dah tak larat sebenarnya makan kat luar ni. Sedap tak seberapa, mahal pulak tu. Tapi kalau sudah ada penyakit M (Malas) tu memang payah la. Errmmm ... okeylah, aku nak selak-selak dulu buku resepi yang aku dah terbitkan tapi tak pernah aku
buat uji jadinya tu. Errkk... pada sesiapa yang berpuasa tu, selamat berbuka la ye.

p/s: Sedar tak sedar dah sebulan lebih aku tak update blog aku ni kan. Rasa lemau sungguh nak mengupdate. Banyak benda mau cerita sebenarnya. Tapi mood tadak mari la.. hehehe