Tuesday, November 3, 2009

Perut ...


Perut...
Mengapa kau bising-bising... Meronta-ronta minta diisi. Tidak letihkah kamu menghadam makanan. Pagi, tengah hari, petang sudah kuisi sepenuhnya. Apa lagi yang kau mahu. Malam pun kau minta dipenuhi juga keinginginanmu. Tidak takutkah engkau jika makanan yg kuisi itu mendatangkan kesakitan bagimu. Oh perut... bagaimana lagi untuk aku mengajarmu. Bawak-bawaklah bersabar wahai sang perut. Tahukah engkau aku begitu malas untuk keluar mencari makanan untuk mengisi tembolokmu. Tahukah engkau, aku juga malas untuk memasak di dapur. Lagipun di luar sana hujan. Lagilah aku liat mahu keluar sang perut. Aku hanya mahu berehat. Tak usahlah kau bernyanyi-nyanyi mengganggu rehatku wahai sang perut. Dengarlah rintihanku ini wahai sang perut. Diamlah kamu di dalam itu ya perut.

4 comments:

maza said...

tips paling berguna ialah.. ikat aje batu bata kat pusat .. mcm nabi pernah buat, meletakkan batu di sekeliling perut sehingga sembilan ketul batu....huhuhu

untung2 batu tu jadi makanan, tak payah2 lagi nak cari nasi selepas itu, kanzzz...

cinta said...

owh... maknanya yg besar kat keliling pinggang awak tu bukan perut la ek. sebenarnya batu bata kan. patutlah.... hahahaha

theblabber said...

perut saya selalu berbunyi dalam kelas, dah ianya sangat memalukan. Kuat ok bunyinya..haha

cinta said...

hahaha.. really miezi. mmg memalukan. tapi better bunyi perut dari bunyi keluar angin.. kekeke...

len kali bila perut awak berbunyi buat2 la terbatuk tuk cover line. ahaha...