Wednesday, March 4, 2009

Arrrgghhh.. Sakit!!!

"Oooh ... this is bad. We cannot do anything about it anymore. Saya terpaksa buang jugak."

"Aaa ... buang doktor? Tak ada cara lain ke untuk selamatkan doktor?"

"I dont think so. This is the only way. Untuk kebaikan u jugak."

Aku termenung sebentar. Merenung apa yang akan terjadi sekiranya "ia" dibuang. "Ia" telah menjadi sebahagian daripada hidupku sejak sekian lama. Telah banyak jasanya kepadaku. Perlukah aku membuat keputusan yang sukar ini. Tapi aku juga tidak sanggup untuk menanggung kesakitan yang maha hebat ini. Sudah 3 hari aku menderita kesakitan. Pada mulanya mahu kutahankan saja sakit itu. Tapi badanku sudah tidak dapat menanggungnya lagi. Aku demam menahan kesakitan.
Aku terkebil-kebil seketika merenung lampu di bilik rawatan itu.

"Are u ready Diana?" Doktor bertanya seraya mengejutkan aku dari lamunan.

"Okeylah doktor. Ikut doktorlah". Aku bersuara lemah.

Akhirnya aku reda. Kata putus telah diberi. Aku setuju dengan cadangan doktor. Mungkin dia lebih tahu apa yang terbaik
untuk pesakitnya.

"Tapi doktor, boleh tak doktor bius saya banyak kali. Saya taknak langsug rasa sakit ye."

"Okey, saya akan beri 4 bius injection pada awak." "Ok now, u just relaks. U akan rasa sedikit saja sakit."

Seketika kemudian aku berasa kebas. Doktor pun terus menjalankan tugasnya. Lebih kurang 45 minit, Alhamdullilah semuanya selesai. "Ia" telah dapat dikeluarkan. Maka dengan rasminya terpisahlah gigi geraham dari dalam mulutku. Sekarang aku kekurangan satu lagi gigi geraham. Besides that doktor jugak tampal 2 batang gigi aku yang lain.
Next appoinment doktor akan buat minor operation untuk buang gigi geraham atas aku pulak. Erm... belum tua lagi gigi dah abis semua rongak. Lepas ni nak tempah gigi palsu pulak la nampaknya.
Dengan mulutku yang terasa bengkak dan senget aku memandu pulang berbekalkan MC yang doktor berikan. Balik umah telan ubat terus tido. Alhamdulillah sakitnya sudah kurang, bengkak di muka juga dah surut. Cuma demam masih bersisa. Nak makan pun tak boleh. Ada chance kurus ni.. eheh..

p/s: Sebenarnya aku cukup fobia dengan dentist.

9 comments:

Sulela said...

Hahahaha...memula ingat nak buang rahim...rupanya gigi geraham...hehehe

Tu cemana nak mengunyah tu? kekekeke

cinta said...

Hehehe..gigi je lela, tapi kalau takde geraham susah gak tau. Seksa nak makan..

Anonymous said...

aderkkk cinta sudah rongak lah pulak....huhuhuh

pengalaman telah mengajar maza erti menjaga gigi...

so, ingat pesan mak masa sekolah darjah satu tu cinta, jangan suka makan gula2...kan dah rongak tu....huhuhu

cinta said...

Dah mmg favourite makan gula2 la maza. Tu ssb nampak sweet je tu. eheh..prasan lak gua. kekekeke

p/s: gula juga tidak elok untuk pesakit kencing manis.

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Agak2 harga saham terjejas tak?

cinta said...

Rasanya tak lagi kot RMN. Coz ikut mata kasarnya tak nampak. Kalau dihalusi mungkin kecacatan tu dpt dikesan. eheh..

saham masih maintain, walaupun skg ni economic crisis melanda. hehe

Pok Li said...

Fobia dicucuk :(

Prasert Chaipradit said...

cabut gigi mesti ada keberanian. aku ada seorang kawan, takut nak pergi klinik cabut gigi. tapi berani pula pakai skru drebar korek gigi dia yang goyang sampai tercabut.

cinta said...

uishh..memang brani sungguh kawan hang mongkut.