Tuesday, March 25, 2008

Dilema HUJAN dan KURUS


Cuaca yang tak menentu sekarang ini, telah menyukarkan misi aku. Misi yang telah lama dirancang. Cuma pelaksanaanya saja yang tidak berapa lancar. Memandangkan berat badan yang agak bertambah kebelakangan ini menyebabkan aku melancarkan satu misi penting dalam jangka masa pendek ini. Misinya ialah untuk menguruskan badan. Hehehe... memang dasar makhluk yang bergelar wanita, mereka amat sensitif dengan penambahan berat badan. Apabila terasa sahaja seluar yang dipakai agak ketat, menggelupurlah mereka. Kecoh mengatakan yang mereka sudah gemuk. Aku bukan cerita pasal orang lain. Tapi cerita pasal diri aku sendiri. Memang macam tu lah sejak azali. Pantang berisi sedikit, aku menggelupur.


Untuk menjayakan misi menguruskan badan aku ni, aku mengambil langkah yang paling menjimatkan kos. Apa lagi, JOGING la. Tu jer cara yang tak payah keluarkan modal. Dulu sebelum insiden patah tangan, aku join kelas YOGA. Masa tu memang kurus. Aku pun cukup kagum dengan keupayaan YOGA yang dapat menurunkan berat badan aku ni. Tapi sejak mendapat kecacatan kekal ni, aku tak boleh nak melakukan pose-pose YOGA. So apa yang boleh aku buat hanyalah dengan berjoging. Tapi disebabkan hampir setiap petang sekarang ini hujan, maka ia agak mengganggu proses menguruskan badan aku. Hai... apa lagi cara yang boleh untuk aku buat tuk menjayakan misi aku ini. Hmmm.. mungkin aku akan mengamalkan DIET. Tapi tak jalan la. Aku ni pantang nampak makanan masalahnya. Tapi tak mengapa. Demi untuk KURUS, akan aku usahakan juga.


DOAKAN USAHA AKU BERJAYA!!..
*** Suke gambar ni. Time ni agak langsing. Heheh... perasan!

No comments: