Thursday, March 27, 2008

Sayembara Fiksyen Sains

PELUANG TERBAIK BUAT PENGKARYA TANAH AIR
JEMPUTAN MENYERTAI SAYEMBARA FIKSYEN SAINS DAN TEKNOLOGI ANJURAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA – KUMPULAN UTUSAN
HADIAH YANG DITAWARKAN:
Pemenang Pertama : Wang tunai RM 15,000.00 watikah dan trofi
Tempat kedua : Wang tunai RM 7,500.00 watikah dan trofi
Tempat ketiga : Wang tunai RM 5,000.00 watikah dan trofi
Saguhati ( 5 pemenang) Wang tunai RM 2,500.00 watikah dan trofi
Syarat-syarat Penyertaan
Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia. (Kecuali sekretariat/urusetia sayembara adalah tidak dibenarkan).
Karya mestilah asli, bukan saduran, hasil karya sendiri dan ditulis dalam bahasa Melayu.
Penyertaan terbuka kepada individu atau berkumpulan. Sesebuah kumpulan yang dibenarkan hendaklah tidak melebihi 3 orang ahli kumpulan.
Karya mestilah belum pernah disiarkan atau diterbitkan oleh mana-mana penerbitan.
Karya haruslah menepati ciri-ciri genre novel cereka sains dan teknologi.
Peserta boleh menghantar seberapa banyak karya. Tiada had penyertaan sama ada bagi peserta individu atau berkumpulan.
Peserta dikehendaki memberikan maklumat dan butiran diri dengan mengisi borang penyertaan yang boleh dimuat turun daripada laman web .... atau diakhbar rasmi. Tidak dibenarkan mencatat sebarang maklumat, sama ada ditulis atau dicetak, pada mana-mana halaman manuskrip.
Peserta hendaklah menyertakan 2 keping gambar berukuran passpot bersama penyertaan.
Karya haruslah ditaip kemas, langkau 2 baris dengan font jenis Garamond bersaiz 14 poin diatas kertas putih bersaiz A4. Kepanjangan karya mestilah tidak kurang daripada 150 halaman.
Manuskrip mestilah dijilid dengan kemas, menggunakan jilid sikat dan diberi kulit plastik, depan dan belakang. Judul yang jelas mestilah dicetak pada halaman pertama manuskrip. Manuskrip yang telah diterima untuk bertanding tidak akan dipulangkan kepada penulis.
Karya yang menyertai sayembara ini, tidak dibenarkan menyertai mana-mana sayembara yang seumpamanya sehingga keputusan penuh pemenang diumumkan secara rasmi.
Karya yang telah menyertai sayembara ini tidak dibenarkan diterbitkan oleh mana-mana pihak sebelum keputusan penuh pemenang diumumkan secara rasmi.
Keputusan panel hakim adalah muktamad.
Penganjur mempunyai hak pertama untuk menerbitkan karya yang terpilih.
Sebarang penyertaan hendaklah diterima oleh penganjur sebelum atau pada 30 November 2008. Semua penyertaan akan diberi tanda terima.
Penyertaan yang tidak memenuhi atau melanggar syarat sayembara akan ditolak.
Manuskrip lengkap berserta borang penyertaan yang sudah diisi hendaklah dikirim ke alamt yang berikut:
Sekretariat Sayembara Novel Cereka Fiksyen Sains & Teknologi
Penerbit UTM34 – 38
Jalan Kebudayaan 181300 Skudai
Johor Darul Takzim
U/P : En. Yosman Mohd. Bain

No comments: