Tuesday, November 4, 2008

LELAKI SEJATIKAH anda???


Aku bertanya pada ibuku, bagaimanakah lelaki sejati itu?
Ibuku menjawab, nak...

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar,
tetapi dari kasih sayangnya pada orang di sekitarnya ...
Lelaki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang,
tetapi dari kelembutannya mengatakankebenaran...
Lelaki sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya,
tetapi dari sikapbersahabatnya pada generasi muda bangsa ...
Lelaki sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia dihormati di tempat bekerja,
tetapi bagaimana dia dihormati di dalam rumah ...
Lelaki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan,
tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan ...
Lelaki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang,
tetapi dari hati yang ada di balik itu ...
Lelaki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja,
tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya ...
Lelaki sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawabyang dibebankan,
tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan ...
Lelaki sejati bukanlah dilihat dari rajinnya dia membaca kitab suci,
tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang dibacanya ...

p/s: Tapi zaman sekarang ni susah nak cari lelaki sejati. Camno tu?? Tak dapek den nak nolong..

6 comments:

Pok Li said...

Lelaki sejati tu tetap ada. Tapi susah nak cari. Orang kata, lelaki tua lebih bersifat lelaki sejati he he he....

cinta said...

Hahahaha... jangan la cakap lelaki tua, kan lebih elok digelar "lelaki matang". Lebih sedap dedengar di cuping telinga. Tak dinafikan lelaki matang lebih bersifat lelaki sejati, tapi majoritinya sudah menjadi "milik orang". Hak milik kekal!! Tak gitu Pok Li??

Prasert Chaipradit said...

Susahnya nak jadi lelaki sejati.

cinta said...

Tau takpe... Kalau dah tau susah kena usaha lebih la nampaknya kaum2 lelaki sekalian..

Anonymous said...

setiap lelaki ada ciri2 kesejatian diri...namun jarang ada yang ingin memperlihatkan nya atau tak mampu untuk memperlihatkannya....sama ada lelaki matang atau muda mereka sama sahaja....pandai2 la kaum hawa untuk mencari kesejatian itu...

cinta said...

BETUL! BETUL! BETUL!