Monday, November 3, 2008

Uniknya TELUK INTAN

Teluk Intan atau nama asalnya Teluk Mak Intan terletak di daerah Hilir Perak. Terdapat beberapa cerita mengisahkan tentang asal usul bagaimana Teluk Intan mendapat namanya. Namun kesahihannya masih tidak dapat disahkan.


Kisah 1:
Mengikut sejarah, Teluk Intan telah dibuka oleh seorang wanita yang bernama Mak Intan. Beliau yang berstatus JANDA (Janda kaya la ni kot) mempunyai rupa paras yang cantik juga merupakan saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera dikatakan orang yang pertama meneroka kawasan tersebut di sekitar abad ke-19.Setelah kedatangan beliau, kawasan itu dinamakan Pekan Mak Intan.

Kisah 2:
Seorang gadis bernama Intan dari sebuah keluarga keturunan Sumatera yang berpengaruh. Bapanya berulang-alik dari Sumatera ke sini untuk berniaga kain batik. Gadis ini mandi di tebing Sungai Perak bersama-sama rakan-rakannya. Cincin pemberian ibunya telah tenggelam dan lenyap di dalam lubuk Sungai Perak. Sejak itu diberi nama Teluk Mak Intan.

Kemudian semasa pemerintahan British iaitu pada 15 Mac 1882, nama Teluk Mak Intan telah ditukar kepada Teluk Anson sempena nama Jeneral Archibald Anson iaitu gabenor Inggeris yang datang ke Telok Mak Intan pada masa itu. Namun begitu, pada tarikh 27 Disember 1981 nama Teluk Anson secara rasminya telah ditukar kepada Teluk Intan dan nama tersebut kekal sehingga kini.

Menara Condong

Satu-satunya keistimewaan dan daya tarikan yang ada di bandar Teluk Intan ini ialah Menara Condong. Uniknya menara ini ialah ia condong seperti Menara Pisa. Ia telah dibina pada tahun 1885 oleh Leong Choon Choong. Menara yang berketinggian 85 kaki dan mempunyai 110 anak tangga kelihatan mempunyai tujuh tingkat. Akan tetapi dia hanya mempunyai tiga tingkat sahaja di mana setiap aras mempunyai ketinggian 15.5 kaki.Bangunan ini dilengkapi dengan jam besar dan mengikut senibinanya diinspirasikan daripada bangunan Pagoda di China. Fungsi asal menara ini adalah untuk menempatkan sebuah tangki air bagi kegunaan penduduk setempat. Pada asalnya bangunan ini tidaklah sengaja dibina condong, namun pada tahun 1889 dan 1895, Teluk Intan telah dilanda banjir besar sekali gus menenggelamkan sebahagian bangunan tersebut. Peristiwa ini juga merupakan faktor utama bangunan tersebut condong ke arah Barat Laut. Sejak itu, menara tersebut dikenali dengan jolokan nama Menara Condong.

Batu Hidup/Batu Bertenggek

Batu bertenggek merupakan seketul batu besar , sebesar kereta Kancil yang diletakkan atas binaan lain berhadapan dengan bangunan SKOMK. Batu bertenggek ini merupakan Tugu Peringatan bagi perajurit yang terkorban semasa Perang Dunia Kedua.
Batu bertenggek dahulunya bersaiz kecil sehinggalah ia dikatakan "hidup" (membesar) sehingga saiz seperti di dalam gambar.

8 comments:

Pok Li said...

Salam diana, Cerita asal-usul yang menarik. Cuma batu yang membesar tu tak ada ke yang'menurun' kat situ.

cinta said...

tak penah pulak saya dgr org "menurun" kat situ. mungkin juga sebab lokasinya yg terletak di tgh2 simpang 4 di pekan tu menyukarkan aktiviti tu dilakukan. takut org nmpk kantoi lak.

Prasert Chaipradit said...

Menarik sekali batu yang semakin membesar tu. Saya sekadar dengar nama Teluk Intan tapi tak pernah sampai ke sana.

cinta said...

Boleh la try singgah2 ke Teluk Intan. Banyak yg menarik di sana yg belum saya ceritakan. Ada mee rebus yg cukup terkenal (Mee Rebus Mastan Ghani) patut dicuba. "Makan sekali mesti nak lagi."

cinta said...

...

nohas said...

Salam ziarah..
Tempat jatuh lg dikenang, inikan pula tempat belajar..akak belajar di SEMESTI..banyak kenangan di Teluk Intan ni..

cinta said...

Salam akak (orang bukit). TQ sudi singgah. Saya pulak bersekolah di Sek Men Convent Tlk Intan.

Anonymous said...

hmm..abg ni plak sek di sek men sri perak..mmg org jati t.i ni..