Friday, March 13, 2009

JODOH!

Kata orang "Kalau dah jodoh tak ke mana". Bila cakap pasal jodoh ni aku mula rasa cam lain macam. Tambah-tambah lak sekarang ni, tiap kali aku balik kampung jenguk mak, soalan bonus tentang jodoh pasti akan keluar dari mulut dia. Aku pun dengan selamba akan menjawab "rileks la mak" untuk ke sekian kalinya. Aku paham perasaaan mak aku, tertekan sebab anak dara dia ada 3 orang lagi yang belum "lepas" (kahwin), tambah-tambah pulak sepupu sepapat yang seangkatan dengan aku baik lelaki mahupun pompuan dah hampir berkahwin semuanya.
Bagi aku soal jodoh pertemuan biarlah tuhan yang tentukan. Perkahwinan bukan tuk sehari dua mahupun tiga, tapi kalau boleh biarlah sampai ke hujung nyawa. Kadang-kadang aku pun pelik juga, sesetengah orang kahwin ni macam tangkap muat je. Asal kahwin. Tak amik peduli risiko yang akan datang. Walaupun ada sahabat yang mengatakan bahawa perkahwinan itu ibarat "satu perjudian". Tapi kalau nak berjudi pun kena ada strategi babe, baru leh menang betul tak. Setiap tindakan yang kita buat perlu ada strategi.

Banyak benda yang perlu difikir tentang perkahwinan ni. Perkara ASAS dia mestilah dengan siapa yang akan kita nak kahwin. Layak ke orang tu dengan kita. Layak maksud aku kat sini, boleh ke dia tanggung kita, takkan kita pulak nak tanggung dia. Tambahan pulak, sekarang ni everthing's is MONEY. No money no talk. Memanglah cinta tak boleh dibeli dengan duit, tapi cuba fikir, boleh ke kita makan, beli umah, beli kereta dengan cinta? So moralnya, kalau bercinta perlu ada $$$ jugak. Kalau tidak, tak akan ke mana pun cinta kau tu. Kesimpulannya biarlah calon tu bertanggungjawab pada kita masa di dunia bahkan di akhirat kelak.
Mencari jodoh, atau jodoh mencari kita. Bab-bab cari jodoh ni aku memang sengal sikit. Kalau cari musoh tu aku teror gak la kot. Sebab dengan mulut aku yang tak dicover insuran ni, senang-senang je aku dapat musoh. eheh.

21 Mac ni aku diarahkan untuk balik ke kampung, bagi mengescort mak aku ke majlis perkahwinan sepupu aku Azmi yang sebaya ngan aku di Ayer Tawar, Perak. Sekali lagi aku pasti akan dihujani soalan-soalan "panas" dari wartawan-wartawan tak bertauliah (makcik-makcik aku la, apa lagi), tentang jodoh. Soalan lazim, "Hah, kau bila lagi?" Dan seperti biasa aku akan buat muka toya + terkulat-kulat je la. Hahaha. Kadang-kadang berdiam diri lebih baik.

Bagi aku kalau jodoh ada lah, apa nak risau, bukan ke manusia ni memang dilahirkan berpasang-pasangan. Cuma bila kita nak bertemu pasangan kita tu hanya ALLAH yang tahu. Buat masa ni aku still maintain, tak mau serabutkan pala pasal benda-benda ni. Tapi kalau dah jodoh aku sok lusa aku terima je la kan. Hope, jodoh aku tu dapat la terima aku seadanya, dan sanggup layan "sengal" aku ni. hehe. gatai..

8 comments:

Anonymous said...

Ada org nak kat ekau, dokek jo org tu,.....ekau jo buek2 tak nampak....

wakakakak

Sulela said...

Cinta, kalau ada jodoh nanti...kawen la, ye tak? Kawen bukan perkara memain...hehehe. Pedulikan je mulut orang2 itu. Nanti penat, dia bentilah...

Pok Li said...

Percaya jodoh itu kadang-kadang datang secara tiba-tiba :)

cinta said...

Sapo yang suko kat den tu maza? Ekau jgn buek hati den berdobar2. Berbungo2 lak ati den ni ada orang suko kek den.

Den kadang2 mmg tak nampak. Power spec den ni dah kurang. Asik membaco yo.. huhuhu..

cinta said...

Betul, betul betul lela, ada jodoh ada la kan. Tu sebab cinta buat derk je. Biar yg dok becakap tu penat sendiri. hehe

cinta said...

Tu namanya Jodoh Xpress pok li. Tup tup je dah kawin. eheh.

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Kalau dulu orang kata mandi bunga bawah jambatan, sekarang mungkin mandi air mineral bawah flyover kot! entah, whatever is.. jodoh tetap di tangan Tuhan. Rancanglah macamana pun, tetap kita tidak mampu melawan takdir.

Semoga dapat jodoh yang hensem, biarpun sedikit kaya...asalkan berharta. Setakat muda belia sikit2 tu takper... nak plak anak VVIP, apa nak kisah. Sebat jer!!!

cinta said...

"Semoga dapat jodoh yang hensem, biarpun sedikit kaya...asalkan berharta. Setakat muda belia sikit2tu takper... nak plak anak VVIP, apa nak kisah. Sebat jer!!!"

Aku suke ayat RMN yg ni. Menepati citarasa. hahaha. Mudah2an masin la mulut hang RMN. Amin..