Thursday, August 20, 2009

Ramadhan Datang Lagi

"Mak, adik nak mak doa satu je kat depan Kaabah tu nanti boleh?" pinta aku pada bonda kesayangan.

"Adik nak mak doakan apa?" Soal mak pula.


"Doakan adik cepat kaya. Soal jodoh belakang kira. Yang penting dapat banyak duit!" Jawab aku selamba.


"Astaghfirullah hal azim!!" Mengucap panjang mak aku.


"Hehehehe." Balas aku sambil tersengeh-sengeh menunjukkan gigi kapak aku yang besar tu.



Dialog tu aku quote masa aku pergi menghantar mak, makcik-makcik dan kakak sulung aku ke Makkah menunaikan umrah Rabu lepas. Walaupun dalam nada bergurau, tapi niat sebenar dalam hati, memang nak pun. Hahaha.. (Mata duitan tul aku kan).


Sebenarnya aku tak kesah semua tu (walaupun dalam hati kesah..eheh). Apa yang penting mak, makcik dan along aku selamat pergi dan selamat pulang. Dan semoga ibadat mereka juga diterima oleh Allah SWT. Itu sahaja yang aku pinta.


Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan Ramadhan semula. Maknanya tahun ini aku tak dapatlah sambut puasa dengan mak kesayangan aku ni. Huhu.. Sedih la jugak. Dah lama tak makan masak lemak cili api mak aku. Nasib baik ada kakak sorang lagi. Bolehlah menumpang berbuka sama (sebenarnya malas nak masak, kekeke).


Malam ini dorang tengok anak bulan. Tapi tengok anak bulan sekarang pun untuk cukupkan syarat je. Sekarang ni semua ikut kalendar je. So kalau ikutkan kalendar kuda yang ada kat dinding umah aku tu, kita akan mula puasa hari Sabtu.


Azam aku Ramadhan tahun ni dapatlah tambahkan sebanyak sedikit ibadah. Akan cuba bertarawih sebanyak mungkin. Sama-samalah kita mengisi bulan yang mulia ini dengan sebaiknya ok.


So aku nak ucapkan kepada semua selamat menyambut Ramadhan al Mubarak 1430 H.


6 comments:

en_me said...

salam awal ramadhan..

cinta said...

salam ramadhan pada en_me jugak.

maza said...

Puasa jangan tak puasa. jangan jeling2 air teh kat pantry tu.... babab karang!

huhuhu

cinta said...

Kita tak minum teh la maza. Toksah risau.

En Maza tu, jgn lak ponteng pose ek. Bukan leh caya ni. Sama gak ngan sahabat baik dia mat lan tu.

kekekeke

Pok Li said...

Sekarang pun dah nampak kaya. Minta senang kehidupan dunia akhirat sudah le. Salam Ramadhan Kareem.

Pok Li said...

Salam raya. Cuti panjang ke