Tuesday, January 22, 2008

Kala Malam Bulan Mengambang ...


Filem hitam putih pertama Malaysia dalam era teknologi ini iaitu "Kala Malam Bulan Mengambang" arahan pengarah yang terkenal dengan genre komedi, Mamat Khalid memberi satu kelainan dalam industri perfileman khususnya di Malaysia. Pertama kali menonton filem hitam putih di pawagam memberikan pengalaman baru bagi saya. Ketika itu terbayang seperti berada di zaman 50-an dan 60-an. Agaknya beginilah suasana mak dan ayah ketika menonton filem muda-muda dahulu.


Kala Malam Bulan Mengambang mengisahkan seorang wartawan bernama Saleh Mat Piah (lakonan Rosyam Nor) yang baru sahaja diberhentikan kerja. Satu kejadian telah berlaku yang menyebabkan beliau terpaksa bermalam di sebuah pekan yang bernama Senduduk Rimbun. Kejadian misteri yang melanda Senduduk Rimbun iaitu ramai pemuda yang hilang setiap kali bulan mengambang membuatkan naluri kewartawanan Saleh Mat Piah meronta-ronta untuk membongkar kejadian tersebut. Kiranya Saleh ni wartawan yang "budget best" la.Sepanjang penyiasatan Saleh Mat Piah pelbagai peristiwa telah dialaminya. Termasuklah adegan kejar mengejar Saleh dengan satu lembaga. Yang kelakarnya, Saleh Mat Piah ni ada penyakit "angin pasang". Memang kelakar cara dia berlari.


Bagi pendapat saya filem ini amat menarik kerana selain unsur-unsur komedi yang diterapkan oleh pengarah Mamat Khalid, terdapat juga mesej-mesej yang berunsur positif berjaya diselitkan. Ia juga memberikan pengalaman baru bagi peminat filem tempatan. Walaupun sambutan yang saya lihat di pawagam kurang memuaskan, tapi saya tetap berpuas hati kerana ia berjaya membuat saya ketawa. Sekurang-kurangnya hilang tension seminggu bekerja. Jadi jom kita ramai-ramai tgk KMBM.





No comments: