Thursday, January 3, 2008

AZAM OH AZAM


Tahun 2008 dah 3 hari berlalu meninggalkan kita. Tapi aku masih tercari-cari apakah azam baru aku tuk tahun ni??? Tahun lepas azam seperti 50/50. Apa itu dikira dah tercapai atau belum? Yang penting bila orang lain sibuk-sibuk pasal azam baru, aku juga tak mahu ketinggalan. Tapi disebabkan komitmen kerja yang menekan, aku hampir takda masa untuk fikir tentang azam baru. Apa yang sempat terlintas di kotak fikiran aku ketika menunggu pertunjukan bunga api sempena new year eve yang hanya aku tonton di depan kaca tv hanyalah untuk mengumpul sebanyak mana RM yg boleh tuk tahun ini. Tapi untuk apa RM tu pun aku tak pasti. Mungkin tuk kahwin kot... Hahahaha... tak mungkin... Belum pernah terfikir pun aku untuk kahwin. Usia masih muda. Itu pun bagi pendapat aku la...Muda ker?? Hehe.. Yang paling utama sekarang ialah kerjaya... Bagi pendapat aku, apa gunanya berazam kalau tak pernah tercapai...Apa yang paling penting buat sebaik mungkin dan fokus dalam apa jua bidang dan kerja yang kita lakukan... Am I rite...

No comments: