Thursday, January 17, 2008

LEPAS NI BUKAK APA PULAK?


Artis bukak baju, aksi cium, baring atas stage, tangkap khalwat, itu semua isu-isu yang telah sinonim dengan artis Malaysia. Isu terbaru yang cukup hangat diperkatakan ialah aksi bukak baju Faizal Tahir, Naib Juara Malaysian Idol. Selepas aksi membuat slide semasa Separuh Akhir Juara lagu, bekas penyanyi nasyid ini sekali lagi menggegarkan dunia seni tanah air dengan aksi buka baju semasa konsert ulangtahun 8TV. Ramai yang tidak puas hati dengan aksi tersebut. Tapi mungkin juga disebabkan dia seorang bekas penyanyi nasyid yang membuatkan isu ini semakin panas. Aduhai kasihan la nasib si penyanyi hitam manis ni. Nak kata dia melanggar nilai-nilai budaya masyarakat, ramai lagi artis lain yang "buat hal" seperti aksi cium Asyraf Sinclair dengan Bunga Citra Lestari, artis ditangkap khalwat, aksianak artis "tonggang" botol arak dan macam-macam lagi. Kalau kita fikirkan, adakah cara pemakaian artis sekarang yang kebanyakannya memakai fesyen "tak cukup kain" mengikut budaya masyarakat kita? Sudah tentu tidak kan... Bukan hendak memihak kepada sesiapa. Ia bukanlah sesuatu yang baru dalam senario artis Malaysia. Jadi bagi pendapat peribadi saya, ia bertitik tolak kepada seseorang individu itu sendiri. Macam mana idolanya kita kepada seseorang artis itu sekalipun, kita haruslah pandai membezakan mana yang patut dan tidak patut kita ikut dan contohi. Tepuk dada tanya selera.


p/s JANGAN BUAT AKSI KUCING DAH LA EK..

6 comments:

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Ada sesiapa jumpa LELAKI dengan seekor kucin? MUNGKIN dia adalah lelaki KUCIN yang dicari2 selama ini.

cinta said...

Mungkin juga lelaki itu mempunyai bulu di muka seperti kucing.. Who know?

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

uiks!!

cinta said...

Nape RMN? Mcm terkejut jer.. Adakah anda lelaki yang berbulu di muka itu?

TINTARONA Publications Sdn Bhd said...

Buka baju: 8TV sekat royalti Faizal

SHAH ALAM 19 Jan. – Pengurusan stesen 8TV mengambil keputusan menyekat hasil royalti penjualan album dan pertunjukan pentas penyanyi Faizal Tahir yang mencetuskan kontroversi aksi buka bajunya pada konsert stesen televisyen berkenaan, Ahad lepas.

Ketua Pegawai Operasi 8TV, Ahmad Izham Omar berkata, segala pendapatan yang diterima oleh Faizal menerusi syarikat rakaman yang dinaunginya, Monkey Bone Records Sdn. Bhd., serta syarikat pengurusan kerjaya seninya, 8 Unit akan disekat untuk tempoh masa yang akan ditetapkan.

“Tindakan tegas yang diambil oleh 8TV itu sebagai pengajaran terhadap penyanyi itu di samping membuktikan kami memandang serius kesilapan yang dilakukan oleh Faizal,” kata Izham kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Faizal, naib juara program realiti One In A Million (OIAM) musim pertama mencetus kontroversi apabila menyanyi sambil membuka baju pada siaran langsung ‘Rockin Birthday Concert’ sempena ulang tahun keempat 8TV pada 13 Januari lalu.

Akibat tindakan itu, 8TV dikenakan tindakan digantung daripada menerbitkan program siaran langsung berbentuk hiburan selama tiga bulan bermula 15 Januari lalu oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Tiga rancangan hiburan 8TV yang digantung dari bersiaran secara langsung sepanjang tempoh itu ialah One In A Million 2, American Idol 7 dan Project Superstar .

Selain 8TV yang dikenakan hukuman itu, Faizal juga digantung daripada muncul dalam sebarang program siaran langsung berbentuk hiburan di stesen televisyen itu selama tiga bulan bermula tarikh yang sama

Dipetik : MINGGUAN MALAYSIA hari ini.

cinta said...

TQVM, atas keprihatinan anda dalam isu ini...