Tuesday, April 1, 2008

Terkenang Semasa Dulu

Tengah hari tadi aku pergi melawat rakan sepejabat aku di Hospital Pantai Cheras. Abang Zainurin mengalami patah di bahagian kaki kanan semasa kami mengadakan telematch sempena kursus motivasi dan bina semangat yang berlangsung pada 27-29 Mac di PD. Melangkah saja di pekarangan Hospital Pantai tadi mengingatkan aku ketika aku juga mengalami retak bahagian pergelangan tangan kiri gara-gara terlalu "hebat" bermain futsal sempena kejohanan antara jabatan tahun lepas. Melihatkan keadaan kaki Abang Zainurin terasa ngilu siut. Terasa-rasa masa aku kena dulu. Kepada Abang Zainurin, semoga cepat sembuh. Kami kat sini sentiasa mendoakan kesihatan anda. Amin...

No comments: