Sunday, October 26, 2008

MULBERRILICIOUS - yummie..

Cuti sempena perayaan Hari Deepavali tidak aku lepaskan untuk pulang ke kampung. Walaupun banyak jemputan yang diterima seperti jemputan rumah terbuka dan jemputan ke walimatul urus, terpaksa aku tolak. Bagiku, keluarga (ibu) yang paling utama. Seperti biasa kalau sudah ada di kampung halaman, mulalah aku meronda di sekeliling rumah (seperti YB melawat kampung pulak rasanya). Semasa berada di belakang rumah, aku tertarik dengan sepohon pokok yang mempunyai buah seperti ulat bulu. Tapi buahnya berwarna merah. Menurut emak, buah itu dipanggil mulberi.


Keterangan:
Mulberi merupakan tumbuhan yang mempunyai banyak kegunaanya.Ia merupakan sejenis pokok kecil dengan ketinggian antara 1 hingg 6 meter.Tergolong dalam genus Morus , terdapat pelbagai jenis mulberi antaranya mulberi hitam (morus nigra), mulberi putih (morus alba), mulberi merah (morus rubra) dan pelbagai jenis lagi.Buahnya yang masih muda agak bergetah dan elakkan dari dimakan kerana walaupun tidak kuat, ia masih mempunyai ciri halusigenik(seperti buah-buah mudah yang lain contohnya buah mangga).Buah yang masak tidak lagi bergetah dan tidak lagi mengandungi ciri halusigenik.Mulberi boleh membiak melalui dua cara pembiakan utama iaitu biji benih dan keratan batang.Walaupun kaedah keratan batang lebih mudah menghasilkan anak benih berbanding biji benih, anak pokok yang dihasilkan dengan biji benih lebih sihat dan cantik bentuknya berbanding dangan pembiakan melalui keratan batang.
Kegunaan:
Buah mulberi yang manis dan isinya yang lembut berair apabila masak sangat sesuai dipelbagaikan ke dalam masakan seperti pai, tat, kek dan juga dijadikan jus. Ia juga boleh dimakan begitu sahaja kerana rasanya yang manis dan lazat itu.Mulberi hitam mempunyai rasa dan bau yang paling kuat sekali menyebabkan ia digunakan secara komersial untuk menghasilkan perisa dan pewarna berasaskan mulberi.Daun mulberi, terutamanya mulberi putih, yang juga dikenali sebagai daun kertau merupakan sumber makanan utama kepada ulat sutera dalam industri pembuatan sutera. Daun mulberi yang tua boleh dijadikan teh dan berkhasiat untuk menurunkan tekanan darah tinggi.Selain itu ia juga mampu mengurangkan sakit-sakit otot terutamanya pada lutut.
Sumber: www.melur.com/myherba

Di sini juga aku lampirkan beberapa keping gambar pokok dan buah mulberi yang emak tanam di belakang rumah. Petang hari aku dengan adik dan along aku mengerumun pokok mulberi tersebut untuk memetik buahnya. Segar dari pokok. Terasa seperti memetik strawberi di Cameron Highlands pulak.

Buah mulberi yang sudah cukup matang.


Pokok mulberi.

4 comments:

Pok Li said...

Salam singgah- saya link blog diana. Selamat bercuti serta bersama ibu,kakak dan anak buah:0

cinta said...

ok, tq sbb singgah. singgah2 la slalu..blog pok li menarik la. tak tau lak ada bakat menulis. bakat terpendam!

azlishukri said...

selamat kembali bekerja.

cinta said...

Terima kasih Azli kerana sudi singgah. Salam perkenalan..