
Betul kata orang "jodoh pertemuan di tangan tuhan", "jauh perjalanan luas pemandangan". Kali ni aku nak cite skit tentang percutian hujung minggu yang berlaku secara
accidentlly. Cheh..cuti pun leh
accidentlly kan. Ngarut tul. Idea ni tercetus apabila ada la "makhluk Allah 1" ni (Miss J - bukan nama sebenar) sepatutnya masih bercuti pada ari Sabtu lepas, tiba-tiba mendapat arahan untuk menjadi pegawai pengiring isteri-isteri menteri di Kuala Terengganu.
Plan utama "makhluk Allah 1" ni sebenarnya mahu pulang sendirian (dengan memandu WNJ dia tu), akan tetapi setelah dimomokkan oleh sorang lagi "makhluk Allah" (baik digelar sebagai "makhluk Allah 2") dengan cerita yang berlatar belakangkan drama "Puaka Niang Rapik", maka terbantutlah niat si "makhluk Allah 1" ni. Dalam keadaan terdesak "makhluk Allah 1" ni mendapat satu idea yang maha bernas di mana meminta aku dengan housemate aku (angah)menemani dia pulang malam itu (Jumaat) juga ke Terengganu. Aku yang berhati mulia ini pun bersetujulah mengenangkan sape lagi nak tolong, kalau bukan aku. Maka setelah selesai menonton teater Sinbad (seperti n3 di bawah) "
Kembara Jalanan" (
mohon meminjam word ini drpd sesiapa yg berkenaan) kami pun bermula. Berikut serba sedikit tentatif program kembara jalanan kami yg masih aku ingat-ingat lupa:
Sabtu,
12.30 a.m: Bertolak dari KL menuju ke Kerteh melalui LPT ("makhluk Allah 1" drive)
02.00 a.m: Terlelap di R&R sebab ngantuk sangat
02.45 a.m: Meneruskan perjalanan (aku lak smbg drive)
04.30 a.m: Tiba di pit stop pertama (umah abang aku kat Kerteh)
07.15 a.m: Bertolak ke Kuala Terengganu (tempat "makhluk Allah 1" bertugas)

Sementara "makhluk Allah 1" ini menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang pekerja yang berdedikasi lagi dicontohi, aku dan Angah ditinggalkan bersama WNJ terkapai-kapai di tengah bandar Kuala Terengganu. Disebabkan kami berdua ni jenis yang
lone ranger, kami tak kesah. Destinasi pertama di Kuala Terengganu ialah cari sarapan memandangkan perut pun dah berdondang sayang minta diisi. Melalui panduan yang diberikan "makhluk Allah 1" kami telah berjaya menjumpai sebuah kedai nasi kerabu yang katanya famous di KT (kedai makan berasap di bawah pokok besar-itulah satu-satunya
key word yang menjadi panduan). Setelah rongga perut kami diisi dengan nasi kerabu lauk daging bakar, kami mengorak langkah menuju ke destinasi seterusnya iaitu Masjid Kristal yang terletak di daerah Losong. Berbekalkan panduan papan tanda kami berjaya sampai ke sana. Melihatkan monumen-monumen masjid yang cukup popular di seluruh dunia menimbulkan rasa kagum dalam diri aku. Ini baru dapat tengok monumen aku dah kagum, belum lagi tengok yang real. Subhanallah. Lama jugak kitorang berdua kat situ, habis setiap monumen kitorang berdua bergambar. Sampai hujan 3 kali turun dan berhenti barulah kami keluar. Destinasi kedua agak kurang mengujakan kami berdua iaitu muzium negeri Terengganu. Takde apa-apa pun. Agak bosan (tapi memang bosan pun). Kemudian dalam keletihan kami kembali ke KT untuk check in di Primula Beach Resort. Di hotel, masa dihabiskan dengan aktiviti tido. Malam hari pulak, "makhluk Allah 1" yang telah habis tugasnya membawa kami makan ikan bakar di bawah jambatan di tepi Sungai Terengganu.
(Hari kedua tentatif pun ntah ke mana). Hari kedua di Terengganu kitorang kembali semula ke rumah persinggahan (umah abang aku kat Kerteh tu). Dalam perjalanan balik tu, aku sempat menjengah seorang rakan bloggers (Pok Li) di Marang (Beliau merupakan rakan setugas "makhluk Allah 1"). Walaupun tak banyak yang dapat disembangkan bersama beliau, tapi pertemuan tersebut cukup bermakna. Lain kali kita sembang-sembang panjang lagi ye Pok Li. Kitorang jugak singgah la di beberapa tempat tuk mengambil gambar (memandangkan housemate aku tu 1st time datang Terengganu, so bagi chance la kat dia, hehehehe jangan marah ye angah). Sampai di Kerteh kitorang sempat la melawat shopping complex baru di sana (Mesra Mall- Shopping complex yang aku kira paling canggih la kat Terengganu), malangnya banyak kedai yang masih belum dibuka. Selepas berpeleseran seketika di Mesra Mall kami pun berpatah balik ke umah abang aku untuk berehat dan mandi memandangkan seharian berjalan, badan pun naik berlengas. Lagipun aku ngan angah kena balik ke KL jam 12.00 bertolak dari Kemaman. Kami berdua menaiki bas Ekpress Kesatuan untuk pulang ke KL. Bas tu memang laju, walaupun kelopak mata aku cukup berat untuk dibuka, tapi aku dapat rasakan driver bas tu memang memandu dengan merbahaya. Akhirnya kami sampai di rumah subuh tadi jam 04.40 a.m. Baca pulak surak khabar pagi ni, sebuah bas masuk sungai. Syukurlah bukan bas aku yang kena. Tapi aku turut simpati kepada penumpang-penumpang yang terlibat. Kepada abang-abang driver bas, bawak la bas tu elok-elok ye. Janganlah nak cepat sampai je. Bak kata orang tua "biar lambat asal selamat". Ingatlah orang-orang yang tersayang.
Pertemuan antara dua bloggers Pok Li dan Cinta
Begitu teruja - Pertama kali ke Negeri Terengganu
Semasa check out di Primula aku ternampak superbike ni. Mungkin juga empunya superbike sedang "berkembara jalanan". Hehehehe