Monday, December 15, 2008

temui CINTA baru

Setiap individu perlu ada pembaharuan dalam hidupnya. Kalau tak mesti hidup dirasakan penuh dengan kebosanan. Kekadang perlu diwujudkan kelainan dalam aktiviti seharian. Kalau hari-hari do the same thing, pergi keje, balik keje, have dinner kat luar, tengok tv, takpun pergi tengok movie then window shopping, bosan gak hidup. So last Friday aku menemui CINTA baru. Aku telah jatuh cinta pada teater. Atas dasar bosan dan hasutan oleh Kak Zira merangkap cikgu Yoga aku dulu. (Dulu... sebelum yoga diharamkan. Skg aku tak yoga dah) yang mengatakan cerita ni best, aku gagahkan jugak pergi menonton teater Sinbad. Ternyata kebosanan aku terubat setelah menonton teater ni.

Teater muzikal yang dilakonkan seramai 80 orang kanak-kanak cilik ini memang cukup happening. Mereka ni memang cukup berbakat. Tabik spring!! aku kat dorang. Teater Sinbad ni mengisahkan tentang pelayaran pelayar yang cukup hebat bernama Sinbad. Sinbad ni berkawan baik dengan Putera Zariq. Tapi si Sinbad ni ada menyimpan perasaan cemburu kat mamat Zariq ni sebabnya putera tu anak raja dan segala yang diingini mudah diperolehi. Manakala watak antagonis a.k.a jahat telah dilakonkan Kak Engku (Raja Azura) sebagai Dewi Bencana. Si Dewi Bencana ni ya ampun, memang suka la bagi bencana kat orang lain. Dah nama pun Dewi Bencana kan. Dia ni pulak memang hangin dengan si Sinbad. Macam-macamlah yang dia buat kat Sinbad untuk memporak perandakan hubungan baik Sinbad dengan Putera Zariq. (Tak payahlah aku cite sume tentang jalan cerita Sinbad ni, aku rasa korang pun dah baca kat surat khabar coz cover story tuk teater ni memang banyak). Tapi memang berbaloi sape yang pegi tengok teater ni. For the 1st time aku g tengok teater memang tidak mengecewakan. So mungkin aku akan terus menjadi peminat teater dan akan terus layan terater lepas ni. (Cadang nak g tengok Puteri Gunung Ledang 3 next year. Sape nak follow jom ar. Ramai2 lagi best).
Font size

Sempat jgk la possing masa break 1st half.

Barisan pelakon serta kru produksi Sinbad.

2 comments:

Anonymous said...

uiks..

dulu2 den pornah lah gak menapak pangung bangsawan di Istana Budaya tu ha..

adolah 2 kali..

tapi semua tu tiket free.. sbb ada member sekolah merangkap teman serumah bagi aeh!

kalau harapkan den poie bersila depan pangung teater dgn tiket berbayar sendiri.....aderk! boleh senak perut dibuatnya...

hehehheh

erk! benda free dari kengkawan kekadang berperisa strawberry.. heheh sedap hingga menjilat ke buku lali!

hahahhahaha

cinta said...

maza, kalo takat tiket RM50 and below tu, boleh gak la digagahkan, tapi kalau dah hargo beratus2 mcm teater mama mia tu, tak koso den. Layan teater ni ok gak la kot. buleh la poie skali skalo, tukar2 angin kato org.

Bondo pree memang best maza. Bukan takat ghaso strawberry, ghaso ayam kentaki pun bulih.. hehehe..