Wednesday, December 31, 2008

Teng Teng

Mungkin sesetengah daripada kita sudah melupakan permainan ini. Atau mungkin juga ada di antara kita yang rindu untuk melakukannya. Budak-budak sekarang pula lebih prefer bermain alatan atau gadget yang canggih-canggih untuk mengisi masa senggang mereka. Tidak seperti zaman kecil kita dahulu, permainan seperti kurik kundi, polis sentri, galah panjang juga bola beracun sering menjadi pilihan mengisi masa-masa yang terluang di petang hari (especially lepas balik mengaji). Untuk mengisi cuti hujung tahun, aku bersama adik beradk yang lain menghabiskan masa mengulangi zaman-zaman kegemilangan zaman kanak-kanak dengan bermain teng-teng petang semalam.
Teng teng dimainkan oleh dua hingga empat orang setiap gelanggang, tiada peraturan tetap dengan jumlah pemain bagi setiap gelanggang. Sekiranya melebihi dari empat pemain dalam satu gelanggang, ianya akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk berteng-teng. Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak di mana gundu berada di dalamnya, samada kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira mati, giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan.

Mungkin ramai kanak-kanak zaman sekarang yang tidak lagi mengenali permainan tradisional ini. Mereka lebih mahir bermain PS2 atau lebih gemar melayari Internet. Namun, kita sepatutnya mendedahkan atau mewarisi mereka dengan permainan-permainan tradisonal supaya ia tidak tenggelam dek zaman.
Di sini sempat aku rakamkan aksi-aksi kanak-kanak purba (kami la tu) tengah bermain teng teng petang semalam.

p/s: Aksi-aksi stunt ini mungkin tidak sesuai kepada kanak-kanak yang berusia 7 thn ke bawah. Perlu mendapat bimbingan daripada penjaga. Hehehe..

Dun try this at home.

Aksi ini hanya dapat dilakukan kepada pemain teng-teng profesional sahaja.

Perlu mendedahkan permainan tradisi kepada generasi pelapis.

7 comments:

Didie said...

mak aihh.. gila besar kotak teng2. hehehe.. hmm.. kena ajar suhayl ler. si kenit tuh mmg kegemaran dia melompat sana sini. mesti dia suka..

cinta said...

Tu la pasal.. Abag zali buat punye la besar. So terpaksa la beraksi lompat kijang..hehehe

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

PS2 juga ada game teng-teng! emmm pernah main toing-toing? lagi syok! hehehe

Anonymous said...

maso den kocik la kan.. den suko main galah panjang.. tompek den panggil belon acah!

teng teng nie budak pompuan jo suko! terlompat sano terlompat sini....hahahaha

(erk! itu benar di kampung den jo)

:D

theblabber said...

rindu nk main teng teng. Eheh
Dah jarang nampak dak2 sekarang ni main teng-teng lagi. Tak techy kot?

Its me said...

aku pakar dalam mainan ni

cinta said...

Cinta to RMN: Main toing-toing tu tak pnh lak try. Boleh beri tunjuk ajar skit.

Cinta to maza: Kek tompat den, jantan tino main teng teng ni. Budak laki pun suko po terlumpek sano terlumpek sini. hehe

Cinta to mizie: Budak2 skg layan shuffle jerk. dah tak layan teng-teng ni.

Cinta to che-mie: Kalau pakar boleh la kita berentap che-mie. kita tengok sape yang lebih pakar. kekeke