Monday, November 17, 2008

RENJIS-RENJIS DIPILIS

Bila tiba musim cuti sekolah, maka tiba jugalah musim nikah kahwin. Boleh dikatakan setiap hujung minggu pasti dipenuhi dengan jemputan walimatulurus. Sabtu yang lalu (15 Nov) dua orang sepupu aku sekali gus telahpun menamatkan zaman bujang mereka. Azimah dan Aziah telahpun menemui teman hidup masing-masing iaitu Faizal dan Syukur. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Majlis begitu meriah dengan jemputan yang terdiri daripada sahabat handai serta saudara mara makcik dan pakcik aku iaitu Puan Zabedah dan Encik Adli. Cuma semasa majlis makan beradap hujan turun dengan lebat (ni mesti kes pengantin suka makan dalam periuk-orang tua-tua cakap la).
Itu cerita masa majlis berlangsung. Selepas majlis tamat ada pula cerita yang lebih tragis. Sebelah malamnya aku dengan famili member yang lain bergilir-gilir ke tandas. Semua kena cirit-birit. Aduh... memang tak boleh nak citer macam mana seksanya penangan cirit-birit ni. Dari yang besar sampailah anak buah aku yang umur 4 tahun tak lena tidur sebab asik berulang ke tandas. Lemah longlai satu badan. Macam manalah nasib tetamu-tetamu yang lain. Mesti dorang pun menerima nasib yang sama. Dengar cerita pengantin pun kena jugak. Nasib-nasib...Kitorang punya la menyumpah dengan katerer tu. Menyusahkan orang je. Hampess...
Kepada keempat-empat mempelai aku ucapkan Selamat Pengantin Baru, semoga jodoh berpanjangan sehingga ke anak cucu.

Cinta itu adalah jiwa, di antara cinta yang sejati dengan jiwa dapat dipisahkan, cinta pun merdeka sebagaimana jiwa. Ia tidak membezakan di antara darjat dan bangsa, di antara kaya dan miskin, mlia dan papa.
Sumber: HAMKA (dalam Di Bawah Lindungan Kaabah)

Pasangan mempelai: Dari kiri pasangan Syukur dan Aziah dan pasangan Azimah dan Faizal

Adik beradik serta sepupu sepapat tak melepaskan peluang berposing atas pelamin.

Tiga dara pingitan atas pelamin.

14 comments:

Pok Li said...

Tiga Dara Pingitan - Tudung hitam tu bila lagi :)

cinta said...

Hahahaha/...tu Pok Li kena tanya tuan punya badan..lebih afdal..

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Gambar paling bawah, si pemakai tudung pink! Cheh.. yang dua di sebelahnya pegang bunga, boleh plak dia pegang pistol!!! nak chop yg nih lah... amacam?

cam ganazzz semacam jerk!

cinta said...

Hahahhahaha...kalau nak chop yang tudung pink tu kod dia 007. Bond Girl..Ganazz boleh tahan la..

Prasert Chaipradit said...

Berbahagialah sehingga ke anak cucu. Banyakkan tolak-ansur.

Anonymous said...

ahahhaha.....teringat aku masa zaman pernikahan dulu....

tak der kawan sebaya dr varsiti yg datang menjenguk walaupn bertambun kad dijaja ke hulu ke hilir.....
termasuklah member aku yg datangnya dari Rumah Tanpa Nombor, Lorong Kubur, PD, KL...


ahahhhaha.....best gak nostalgia ini....

hmmm

cinta said...

Cinta to Mongkut:
Perkahwinan mmg kena banyak tolak ansur (give and take). Marriage is sharing. Sharing everything, susah dan senang. Jangan lak senang sama-sama, bila susah sebelah pihak je yg tanggung. Cheh..cakap mmg senang kan.

Cinta to Maza:
Mengingat nostalgia takpe. Jangan lak rasa nak mengulangi nostalgia tu pulak ye. Huru hara nanti. Semoga berbahagia buat maza dan pasangan. hehehe

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Maza...aku chop dulu, ko jgn ngada2 nak chop plak! nak ngeneng2 lerr tu! huhuhuhu...

ko jangan fikir rumah tak bernombor di lorong kubur masih ujud! dah jadi highway! hahahahaaa

cinta said...

Alamak camne lak "geng-geng rumah tak bernombor di lorong kubur" ni boleh masuk sini lak ni. Demo jangan gocoh2 kat blog kawe ni weh.

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Asal jgn geng pecah rumah yang masuk dah ler.

cinta said...

Kalau geng pecah rumah yang masuk mmg haruslah kena tembak ngan Bond Girl.

Anonymous said...

cinta & RMN - hahahhha

erk! kalau dah rezeki, tak saper yg mampu menolaknya....hehehe kata org dah jodoh!

tapi aderk ker org yg nak kan.....? heheheheh

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Lamanya dok merenjis nih... bila nak update entry?

cinta said...

Hahahaha..mata pedih dok kena renjis ngan air mawar. Tu yg tak update2 tu. Mungkin juga takda apa yg menarik sejak 2 3 menjak ni..