Monday, June 30, 2008

MISTERI DI SEBALIK PINTU BERKUNCI

Hari ni betul-betul menguji tahap kesabaran. Aku balik dari umah akak aku kat Gombak lebih kurang pukul 7. Sampai-sampai ke kat umah, pintu bilik aku tak boleh bukak. BERKUNCI!!! Padahal memang aku ingat betul, Sabtu ari tu memang aku tak kunci pun pintu tu. Bodoh la kalau aku kunci, coz pintu tu memang takda anak kunci. Tuan umah mmg tak kasi kunci kat aku. Tapi macam mana pintu bilik aku boleh terkunci? Misteri betul. Tapi sape pulak yang nak kunci bilik tu? Dalam hati terfikir jugak, siapa lagi yang tinggal kat umah tu kalau tidak melainkan "adik si Zura" tu. Tapi buat ape dia nak kunci bilik aku. Tak ke bijak pandai namanya tu.

Dalam keadaan yang cukup bengang, aku turun ke tingkat dua untuk mendapatkan bantuan (tapi sebenarnya nak mengadu nasib, melempiaskan bengkak di dada). Aku berjaya mendapatkan dua batang screwdriver. Berkobar-kobar aku naik semula ke rumah di tingkat empat. Dengan ala-ala McGiver aku mencungkil-cungkil tombol pintu yang tak bersalah tu. Tapi selepas lima minit berusaha, tenyata misi aku GAGAL. Bengkak di hati dah semakin menanah nih!!! Memang kurang siuman betul orang yang membuat angkara ni. Geram!!! Aku nekad tuk menendang saja pintu tu. Roboh pun roboh la. Janji aku dapat masuk ke bilik. Lagipun jam dan menginjak ke angka 8.15. Aku hanya ada 45 minit je untuk bersiap-siap ke pejabat. Dengan perasaan yang bengang aku menendang, menerajang pintu tu. Mintak maaf la tuan umah ye... Bukan sengaja, terpaksa! Bagaikan aksi dalam scene pasukan "Gerak Khas" membuat ambush, aku menendang pintu tu sekuat hati. Akhirnya dengan kudrat aku yang agak "gagah perkasa" sekarang ini, aku berjaya membuka pintu bilik tersebut.

Terpaksa la aku membeli tombol pintu baru nampak gayanya. Setelah misi berjaya aku terus saja bersiap-siap untuk pergi ke pejabat, tanpa memikirkan misteri pintu yang terkunci sendiri itu. Apa yang penting sekarang aku kena ada di pejabat tepat pada masanya. Pasal misteri yang tak misteri sangat tu, balik karang la aku fikirkan. (Tapi aku macam dah tahu je angkara siapa...)

4 comments:

Heal me said...

mcm mana la rupa kamu sedang menendang pintu tu..x tercapai dek akal ku...hehe

cinta said...

Hehehe...
Ada la sikit2 cam makhluk ijau tu (the incredible hulk). Dah geram punye pasal..

CottonBud said...

ni mesti ada org masuk pastu time dia nak kelaur, dia lock pintu tu... dia tak tau kan pintu ur room tu takde kunci. ecewah, aku mandai2 buatt speculation.

cinta said...

conntonbud..
Spekulasi anda boleh diterima pakai. Takkan la pintu tu blh tekunci sendiri kan, kan..