Bila tiba musim cuti sekolah, maka tiba jugalah musim nikah kahwin. Boleh dikatakan setiap hujung minggu pasti dipenuhi dengan jemputan walimatulurus. Sabtu yang lalu (15 Nov) dua orang sepupu aku sekali gus telahpun menamatkan zaman bujang mereka. Azimah dan Aziah telahpun menemui teman hidup masing-masing iaitu Faizal dan Syukur. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Majlis begitu meriah dengan jemputan yang terdiri daripada sahabat handai serta saudara mara makcik dan pakcik aku iaitu Puan Zabedah dan Encik Adli. Cuma semasa majlis makan beradap hujan turun dengan lebat (ni mesti kes pengantin suka makan dalam periuk-orang tua-tua cakap la).
Itu cerita masa majlis berlangsung. Selepas majlis tamat ada pula cerita yang lebih tragis. Sebelah malamnya aku dengan famili member yang lain bergilir-gilir ke tandas. Semua kena cirit-birit. Aduh... memang tak boleh nak citer macam mana seksanya penangan cirit-birit ni. Dari yang besar sampailah anak buah aku yang umur 4 tahun tak lena tidur sebab asik berulang ke tandas. Lemah longlai satu badan. Macam manalah nasib tetamu-tetamu yang lain. Mesti dorang pun menerima nasib yang sama. Dengar cerita pengantin pun kena jugak. Nasib-nasib...Kitorang punya la menyumpah dengan katerer tu. Menyusahkan orang je. Hampess...
Kepada keempat-empat mempelai aku ucapkan Selamat Pengantin Baru, semoga jodoh berpanjangan sehingga ke anak cucu.
Cinta itu adalah jiwa, di antara cinta yang sejati dengan jiwa dapat dipisahkan, cinta pun merdeka sebagaimana jiwa. Ia tidak membezakan di antara darjat dan bangsa, di antara kaya dan miskin, mlia dan papa.
Sumber: HAMKA (dalam Di Bawah Lindungan Kaabah)
Sumber: HAMKA (dalam Di Bawah Lindungan Kaabah)
Pasangan mempelai: Dari kiri pasangan Syukur dan Aziah dan pasangan Azimah dan Faizal
Adik beradik serta sepupu sepapat tak melepaskan peluang berposing atas pelamin.
Tiga dara pingitan atas pelamin.










