
Salam kepada semua..
Tahun ni genap 51 rakyat Malaysia mengecap nikmat kemerdekaan. Namun, mengikut pemerhatian aku, tahun ini sambutan bulan kemerdekaan agak suram. Mungkin ramai pemimpin dan juga rakyat Malaysia lebih berminat dan lebih tertumpu kepada isu-isu politik yang cukup hangat kebelakangan ini. Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, di awal-awal bulan Ogos lagi sudah meriah dengan berkibarnya jalur gemilang di sini sana. Walau semeriah atau semuram mana pun sambutan kemerdekaan, aku harap sebagai rakyat Malaysia, marilah kita bersyukur dengan nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Syukur kerana dilahirkan sebagai rakyat Malaysia, sebuah negara yang aman dan makmur. Semoga Malaysia terus Cemerlang, Gemilang dan Terbilang di mata dunia. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Sehari selepas menyambut hari kemerdekaan insya-Allah, semua umat Islam khususnya di Malaysia dan umumnya di seluruh dunia akan menyambut satu Ramadhan. Diucapkan kepada semua, semoga dilimpahi rahmat di bulan yang penuh keberkatan ini. Sama-samalah kita memenuhi bulan Ramadhan ini dengan amalan-amalan yang mulia, semoga kita semua mendapat keberkatan dari-Nya. Insya-Allah. Salam Ramadhan al-Mubarak dan salam keberkatan kepada semua. 
Hari ni betul-betul menguji tahap kesabaran. Aku balik dari umah akak aku kat Gombak lebih kurang pukul 7. Sampai-sampai ke kat umah, pintu bilik aku tak boleh bukak. BERKUNCI!!! Padahal memang aku ingat betul, Sabtu ari tu memang aku tak kunci pun pintu tu. Bodoh la kalau aku kunci, coz pintu tu memang takda anak kunci. Tuan umah mmg tak kasi kunci kat aku. Tapi macam mana pintu bilik aku boleh terkunci? Misteri betul. Tapi sape pulak yang nak kunci bilik tu? Dalam hati terfikir jugak, siapa lagi yang tinggal kat umah tu kalau tidak melainkan "adik si Zura" tu. Tapi buat ape dia nak kunci bilik aku. Tak ke bijak pandai namanya tu.


