Tuesday, April 8, 2008

Antara CINTA dan SAHABAT: Mana Lebih Penting?

Hari ni aku dikejutkan dengan satu email yang dah lama aku tunggu balasannya. Dari seorang sahabat yang memang dah lama aku jejaki. Koordinat terakhir dia yang aku tahu ialah di Brazil. Katanya dia mengikut teman lelakinya yang berbangsa Nigeria ke sana dengan tujuan yang aku sendiri tak pasti.

Kami memang dah berkawan sejak di bangku sekolah lagi. Memang dia seorang kawan yang cukup baik dan cukup rapat dengan aku. Tapi nasib kurang menyebelahinya, itupun mungkin disebabkan sifatnya yang kurang pertimbangan apabila membuat sesuatu keputusan. Bak kata pepatah, ikut hati mati, ikut rasa binasa. Dia sendiri mengakuinya bahawa "she's blind because of love". Dan sekarang dia menyesal atas apa yang telah terjadi.

Ada apa dengan CINTA. Cinta semata tak menjanjikan apa-apa. Bolehkah cinta itu beri kita makan, pakai dan segalanya. Bahagiakah hidup dengan hanya bercinta? Apa yang mereka kejarkan sangat untuk bercinta? Bukan sebab aku tak percayakan cinta. Tapi disebabkan cinta jugaklah dah berapa ramai wanita terpedaya dan akhirnya tak tau nak jadi apa. Butakah mata hati apabila bercinta? Hilang semua pertimbangan. Lupa keluarga, lupa sahabat, lupa tanggungjawab, lupa segalanya? Itukah yang dikatakan nikmat bercinta?

Bagi aku CINTA aku hanyalah untuk Mak aku yang ada kat kampung tu. Tu baru CINTA sejati namanya. CINTA yang tak boleh dibelah bagi. Dedikasi CINTA aku hanya untuk dia (Mak). CINTA kepada adik beradik aku. CINTA pada kerja aku. CINTA kepada diri aku sendiri.

Aku tak dapat info lebih lanjut tentang apa yang terjadi sebenarnya kepada sahabat aku ni. Walau apa pun yang berlaku pada dia, aku tetap setia jadi sahabat yang sejati. Aku tak mahu tengok kawan-kawan aku GAGAL dalam hidup. Bagi aku tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan. Yang penting di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

1 comment:

k4ge said...

bercinta xslh asal tahu menilai.pada kage xcinta ke?