Friday, April 4, 2008

Jahitan Asas Sulaman Riben


Keindahan bunga dapat diaspirasikan dengan jahitan sulaman riben. Hasil jahitan yang menarik boleh dijadikan hiasan di sudut ruang rumah. Lahirkan kreativiti anda dengan menjadikan buku ini sebagai aspirasi jahitan.


Buku ini menyediakan panduan asas jahitan sulaman riben. Panduan langkah demi langkah diberikan berserta dengan gambar rajah yang mudah difahami. Terdapat juga pelbagai jenis rekaan jahitan sulaman riben yang boleh dijadikan rujukan. Malah ia boleh dijadikan sumber pendapatan jika anda benar-benar berminat.


Dijemput memeriahkan sesi demonstrasi bersama penulis buku "Jahitan Asas Sulaman Riben", Puan Suzana Mustafa di PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa pada jam 3 petang. Kunjungan anda dialu-alukan.

No comments: