Monday, April 7, 2008

KL International Bookfair Memang PANASSS!!!

Semalam 6 April, aku ditugaskan menjaga booth UP&D sempena KL International Bookfair. Aku sampai sedikit lewat kerana terpaksa beratur panjang untuk mencari parkir. Nasib baik dapat parkir di hentian Putra yang berhadapan dengan PWTC. Kalau tak jenuh juga aku nak mancari parkir kosong. Bayangkan pukul 10 pagi empat dewan utama PWTC sudah dibanjiri ulat-ulat buku. Menjelang tengah hari pengunjung semakin ramai sehingga aku dapat rasakan sukar untuk menyedut oksigen. Dewan yang berhawa dingin juga dirasakan panas kerana terlampau ramai pengunjung yang membanjiri PWTC.


Semalam juga penulis buku "Jahitan Asas Sulaman Riben" iaitu Puan Suzana Mustafa memenuhi jemputan aku untuk membuat satu demonstrasi di booth UP&D. Alhamdulillah, sambutan yang diberikan juga menggalakkan. Terima kasih Puan Ann.


Kaki aku terasa sengal kerana sepanjang hari berdiri. Pelbagai gaya dan gelagat dapat ditonton. Walaupun terasa sedikit penat, namun aku tetap enjoy. My sister bersama anak sulungnya juga tak terkecuali berkunjung ke pesta buku. Dia telah tewas di tangan salah seorang penjual buku dari GROLIER. Melayang duitnya seribu lebih membeli salah satu produk dari GROLIER. Tapi tak mengapalah. Kalau untuk tujuan kebaikan apa salahnya. Semalan juga aku sempat berkunjung ke booth company lama aku. Jumpa pula dengan En Anuar ex-boss di Karisma Publications, tapi tak sempat bersembang lama coz dia pun agak sibuk melayan tetamu.


Punya la lama aku kat sana semalam, tapi tak berkesempatan tuk beli sebarang buku pun. Mungkin hari Jumaat nanti aku akan ronda semua booth di sana. Nak jamu mata dan kalau ada yang berkenan boleh la beli.

No comments: