Monday, April 7, 2008

Sesi Bertemu Penulis - Masakan Nyonya Melaka



Masyarakat Baba Nyonya yang juga dikenali sebagai kaum Peranakan begitu masyhur dengan pelbagai masakan tradisional yang begitu enak dan menarik serta mempunyai banyak persamaan dengan masakan kaum Melayu. Resepi masakan ini dihasilkan turun-temurun oleh kaum Baba Nyonya Melaka. Masakan ini merupakan resip masakan Baba Nyonya popular yang dihidangkan setiap hari.



Kaum Baba Nyonya amat mementingkan adat resam dan juga cara penyediaan masakan yang asli. Buku ini disediakan oleh Puan Khoo May Hwa dan Puan Judy Tam Shu Mee yang berketurunan Baba Nyonya Melaka. Dengan adanya resepi dati buku ini, generasi muda dapat menikmati masakan nyonya yang asli dengan penyediaan yang betul. Teknik masakan juga diterangkan dengan terperinci dan amat mudah untuk disediakan. Adalah diharapkan juga resepi masakan nyonya tidak lenyap begitu sahaja pada masa akan datang dan generasi muda dapat mewarisinya sebagai sebahagian adat dan budaya kaum Baba Nyonya.



Sesi bertemu penulis buku ini akan diadakan pada Jumaat 11 April di Pesta Buku Antarabangsa, PWTC. Temui mereka di booth KUMPULAN UTUSAN pada jam 1 petang. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Anda juga berpeluang untuk merasai hasil resepi Baba Nyonya yang dihasilkan sendiri oleh penulis. Jemput datang beramai-ramai.

No comments: