Wednesday, September 24, 2008

Salam Syawal 1429

Lebih kurang 6 hari lagi seluruh rakyat Malaysia akan menyambut kedatangan Syawal. Bagi aku segala persiapan individu dah 95% siap. Kiranya top to toe la serba baru. Kalah budak-budak aku ni. Tapi langsir yang mak aku suruh jahit tu tak tau la boleh siap ke tak. Ni sume gara-gara mesin jahit mak aku yang kononnya canggih gile tu rosak. Nama je canggih tapi takle pakai. Buat rugi duit je beli.
Tekak ni pulak dah terasa-rasa ketupat pulut n rendang yang selalunya mak aku masak setiap kali raya. Errmm yummie... Selain menu tu satu lagi menu wajib kat rumah aku ialah soto. Memang tak penah miss setiap tahun. Sampai dah jadi trademark umah aku lak kat kampung tu.

Aku akan balik ke kampung on 27th pagi. Konvoi ngan 3 orang adik and kakak2 aku. While my brother lak dah cakap awal2 yang dia akan balik malam raya. Tahun ni mesti happening la umah aku coz sume adik beradik ada. Walaupun kitorang adik beradik ni ada 5 kerat jer, tapi kalau salah sorang takde rasa cam tak best je. Tak cukup korum. So umah mak aku akan dipenuhi dengan 12 orang termasuk anak-anak dan cucu-cucunya. Walaupun cucu-cucu mak aku baru ada 5 orang, tapi boleh tonggang terbalik umah mak aku tu dorang buat.

Dalam happy2 tu aku still rasa sedey teringat kat arwah ayah aku. Tiap kali dengar takbir raya mesti rasa syahdu giler seh coz 10 Syawal nanti genap la 7 tahun ayah aku meninggalkan kitorang. Rasa macam baru je rasa. Tapi walau apa pun kitorang tetap akan ingat dan doakan dia. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempakan bersama orang-orang yang soleh.

Buat kengkawan sume, aku ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Halalkan segala yang termakan atau terminum. Semoga Syawal tahun ni memberi sepenuh kebahagian buat kalian. Berhati-hati di jalan raya, semoga selamat sampai ke destinasi. Pada yang masih ada ibu bapa di kampung, jenguk-jenguk la mereka tu. Sementara mereka masih ada ni la kita ambil peluang membalas jasa mereka. Jangan jadi anak yang tak mengenang budi ok. Sampai jumpa lagi. Chow chin chow...

Monday, September 15, 2008

Aidilfitri yang Dinanti


Bahang sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri sudah kian terasa. Kelihatan semua shopping complex yang ada di sekitar KL ni dah penuh sesak dengan orang ramai yang membeli belah. Jalan raya jangan ceritalah. Pada sesiapa yang guna kete jenis manual cam aku ni bawak2 la piki 2 3 kali sebelum pegi tu. Sure tegang urat betis asik dok tekan clutch je. Nak selamat, keluar la umah seawal pagi yang mungkin. Macam yang aku buat Sabtu yang lepas. Sanggup bangun pepagi lagi sebab nak gi Sogo. Aku sampai depan pintu Sogo 10 minit sebelum pak guard tu bukak pintu. Aku ingatkan aku sorang je yang beria, rupa-rupanya ramai sungguh yang wat keje tak senonoh cam aku. Sume sebab taknak bersesak-sesak tuk beratur kat cashier la tu. Masuk2 je lam Sogo aku terus tuju ladies department nak cari kasut yang dah dua minggu aku aim. Tapi nak wat camner, saiz plak takde. Frust sungguh aku. Then aku g lak cari t-shirt. Dapat rembat dua helai je. Cukuplah tuk pakai masa raya nanti. Abis sesi kat sogo aku g lak ronda-ronda kat kat Jalan Masjid India. Mai ai, punya la ramai manusia. Sesak nafas aku dibuatnye. Dah la matahari terpacak betul2 kat atas kepala. Aku sempat beli dua pasang kerongsang je. Tak larat pun nak ronda lebih-lebih. Sampai umah aku terbongkang kepenatan. Malam tu plak aku tetap nak g beli kasut yang aku tak dapat beli siang tadi. Aku pergi Jaya Jusco Wangsa Maju. Saje je pegi time orang tengah berbuka. Kurang sikit sesak. Akhirnya berjaya gak aku beli kasut idaman aku tu. Hehehe.. Cam tak sabar lak rasanya nak raya coz sume dah complete. Baju, kasut sume dah beli. Melaram sakan la aku raya ni nampaknya. Heheheh..

Wednesday, September 10, 2008

Gigi Oh Gigi


Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka terus mandi...

Gosok gigi pun kalau gigi tu dah nak rosak, dia rosak gak. Ari ni for the second time in my life aku g cabut gigi. Tu pun sebab dah tak tahan sakit sangat. Semalam satu hari pening pale coz sakit gigi punya hal. Nak taknak kena cabut gak. Skit lagi nak raya, buatnya masa raya nanti dia sakit, tak dapat nak makan banyak-banyak lak. Hehehe. Aku ni sebenarnya fobia ngan doktor gigi ni. Aku tanya kawan aku, boleh tak doktor tu bius sampai pengsan. Takut sakit punya pasal. Kawan aku cakap mana la boleh. Nak tak nak aku beranikan jugak la pegi klinik gigi tu. Masuk je kat surgery room 3 aku dah mula ketaq. Siap tanya doktor "sakit tak?" Doktor tu senyum jer. "Sakit sikit jer", kata dia. Masa dia bius tu ada la 3 4 kali dia inject kat gusi aku. After 5 minute aku dah rasa kebas. Dr tu bagi aku pakai cermin mata hitam. Tak tau pulak tuk apa fungsinya. Aku pun pakai jela. Masa dr suh nganga mulut tu aku dah siap2 tutup mata. Membanyangkan kesakitan yang bakal dirasa. Tak sampai lima minit dr tu suh aku gigit kapas. Dah siap rupanya. Tak sakit langsung. Aku je yang takut lebih. Aku just cabut sebatang je gigi. Sebatang lagi tunggu la dulu. Aku g klinik panel lak. Tak larat aku nak bayar coz aku tak g panel. Sebatang je dah RM100. Disebabkan aku cabut gigi di bulan pose ni, ada satu kemusykilan, batal ke tak pose kalau cabut gigi. Tanya opismate ada yang cakap batal ada yang cakap tak. Ntah la. Ganti jela nanti.

Friday, August 29, 2008

Salam Merdeka dan Salam Ramadhan






Salam kepada semua..

Tahun ni genap 51 rakyat Malaysia mengecap nikmat kemerdekaan. Namun, mengikut pemerhatian aku, tahun ini sambutan bulan kemerdekaan agak suram. Mungkin ramai pemimpin dan juga rakyat Malaysia lebih berminat dan lebih tertumpu kepada isu-isu politik yang cukup hangat kebelakangan ini. Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, di awal-awal bulan Ogos lagi sudah meriah dengan berkibarnya jalur gemilang di sini sana. Walau semeriah atau semuram mana pun sambutan kemerdekaan, aku harap sebagai rakyat Malaysia, marilah kita bersyukur dengan nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Syukur kerana dilahirkan sebagai rakyat Malaysia, sebuah negara yang aman dan makmur. Semoga Malaysia terus Cemerlang, Gemilang dan Terbilang di mata dunia. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Sehari selepas menyambut hari kemerdekaan insya-Allah, semua umat Islam khususnya di Malaysia dan umumnya di seluruh dunia akan menyambut satu Ramadhan. Diucapkan kepada semua, semoga dilimpahi rahmat di bulan yang penuh keberkatan ini. Sama-samalah kita memenuhi bulan Ramadhan ini dengan amalan-amalan yang mulia, semoga kita semua mendapat keberkatan dari-Nya. Insya-Allah. Salam Ramadhan al-Mubarak dan salam keberkatan kepada semua.

Friday, August 1, 2008

Bertambahnya Usia Setahun Lagi

Tarikh 31 Julai datang lagi. Ini bermakna bertambah lagi setahun umur aku. Alhamdulillah, aku bersyukur dengan apa yang telah aku perolehi sekarang. Tapi kalau boleh aku nak lebih lagi, nak cari duit lebih, nak harta lebih, nak berjaya lebih, pendek kata sume nak lebih la. Tapi satu je taknak lebih, aku taknak LEMAK kat badan aku ni lebih-lebih sangat la.Sekarang ni pun dah agak lebih di sana sini. Tapi nak buat camne kan. Maybe one of faktor penuaan (ayat penyedap ati la ni). Disebabkan tahun ni birthday aku jatuh pada working day, so aktiviti sambutan agak terhad. Yang sempat cume gi dinner kat Kunang-Kunang ngan Angah (Aku paksa dia blanje. Hehehe..jahat kan). Ingat lepas dinner nak gi Mid Valley nak beli adiah tuk diri sendiri, tapi rasa-rasa cam tak sempat. So last minute tukar plan. Aku call my housemate ajak dia g karaoke. Apa lagi, melalak la kitorang sampai sakit-sakit tekak dibuatnya. Kalau mak aku tau, mesti dia bising. Tapi takpela. I know she's very sporting mom. Kalau dia tau pun mesti dia tak kesah punye (agaknye la kot? heheh). Sebut pasal my mom, as ussual la, mesti dia tak ingat punye tarikh bufday anak-anak dia. Pagi ni baru aku dapat call from my mom. Baru nak wish, atas alasan "mak ni kan bz, bisness la katakan". Hai mak, mak, tak kesahlah kan asalkan my mom happy dengan apa yang dia buat. Tapi tahun ni my bufday tak dapat kek pon. Sedey gak la.. Huhuhu..
Harapan aku semoga dengan bertambahnya umur aku ni, so bertambah matanglah juga pemikiran aku. Semoga aku dapat menjadi seorang anak yang solehah dan menjadi kakak serta adik yang selalu disayangi. Untuk karier lak, aku hope dapat gain more experience tuk masa-masa akan datang. Doakan kejayaan aku k. Amin...

Monday, June 30, 2008

MISTERI DI SEBALIK PINTU BERKUNCI

Hari ni betul-betul menguji tahap kesabaran. Aku balik dari umah akak aku kat Gombak lebih kurang pukul 7. Sampai-sampai ke kat umah, pintu bilik aku tak boleh bukak. BERKUNCI!!! Padahal memang aku ingat betul, Sabtu ari tu memang aku tak kunci pun pintu tu. Bodoh la kalau aku kunci, coz pintu tu memang takda anak kunci. Tuan umah mmg tak kasi kunci kat aku. Tapi macam mana pintu bilik aku boleh terkunci? Misteri betul. Tapi sape pulak yang nak kunci bilik tu? Dalam hati terfikir jugak, siapa lagi yang tinggal kat umah tu kalau tidak melainkan "adik si Zura" tu. Tapi buat ape dia nak kunci bilik aku. Tak ke bijak pandai namanya tu.

Dalam keadaan yang cukup bengang, aku turun ke tingkat dua untuk mendapatkan bantuan (tapi sebenarnya nak mengadu nasib, melempiaskan bengkak di dada). Aku berjaya mendapatkan dua batang screwdriver. Berkobar-kobar aku naik semula ke rumah di tingkat empat. Dengan ala-ala McGiver aku mencungkil-cungkil tombol pintu yang tak bersalah tu. Tapi selepas lima minit berusaha, tenyata misi aku GAGAL. Bengkak di hati dah semakin menanah nih!!! Memang kurang siuman betul orang yang membuat angkara ni. Geram!!! Aku nekad tuk menendang saja pintu tu. Roboh pun roboh la. Janji aku dapat masuk ke bilik. Lagipun jam dan menginjak ke angka 8.15. Aku hanya ada 45 minit je untuk bersiap-siap ke pejabat. Dengan perasaan yang bengang aku menendang, menerajang pintu tu. Mintak maaf la tuan umah ye... Bukan sengaja, terpaksa! Bagaikan aksi dalam scene pasukan "Gerak Khas" membuat ambush, aku menendang pintu tu sekuat hati. Akhirnya dengan kudrat aku yang agak "gagah perkasa" sekarang ini, aku berjaya membuka pintu bilik tersebut.

Terpaksa la aku membeli tombol pintu baru nampak gayanya. Setelah misi berjaya aku terus saja bersiap-siap untuk pergi ke pejabat, tanpa memikirkan misteri pintu yang terkunci sendiri itu. Apa yang penting sekarang aku kena ada di pejabat tepat pada masanya. Pasal misteri yang tak misteri sangat tu, balik karang la aku fikirkan. (Tapi aku macam dah tahu je angkara siapa...)

Wednesday, June 25, 2008

HADIAH SASTERA KUMPULAN UTUSAN


Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) telah berlangsung dengan jayanya pada 20hb Jun 2008 yg lepas. Aku yang telah ditugaskan dua tahun berturut-turut menjawat jawatan sebagai Penyambut Tetamu tetap setia dengan "tugas" tsbt. Tapi tahun ini agak sedikit meriah dari tahun-tahun yang lepas. Mungkin disebabkan majlis kali ini dihadiri lebih ramai selebriti. Artis jemputan tahun ini juga agak "da BOMB" sape lagi kalau tak bukan Siti Nurhaliza. Berebut-rebut orang nak bergambar dengan Siti. Tapi aku kalau Siti tak heran sangat. Aku just teringin bergambar dengan hero-hero pojaan aku je. Kiranya idola aku la ni. Apa-apa pun diucapkan TAHNIAH kepada semua pemenang Hadiah Sastera tahun 2007.

Hero pojaan hatiku Tan Sri Jins Shamsudin


Sifu Sasterawan Negara


Hero yang tetap macho



Hero dolu-dolu

Syukur dengan Anugerah Tuhan

Salam...
Hari ni bila tgk Friendster member aku masa sekolah dulu rasa cam jeles lak. Tetiba aku terfikir yang sesetengah orang macam senang je percaturan hidup diorang ni. After abis study get married, then dapat lak husband yg best2 (i mean yang leh menjamin masa depan la), after that dapat lak baby. Hai... bahagia hidup beb. Macam sorang kawan aku ni la, lps habis U dia kawin, then g ikut husband dok kat Australia futher study and skg lak dia tgh pregnant. Wah macam best je bunyinye kan.. Adakah itu perjalanan hidup seorang manusia atau insan yang dikatakan perfect or lucky.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan. Tapi aku happy tgk kawan2 bahagia dengan life diorang. As long they happy ok la kan. Aku pun tumpang gembira sama. Im also happy with my life now. Ada kerjaya, dapat pegang duit hasil titik peluh sendiri dan hidup seadanya. Kenalah bersyukur dengan rezeki yang Allah beri pada kita. Kalau ada rezeki lebih Insya-Allah aku akan futher gak study tuk amik Master walaupun tak dapat futher kat oversea kat sini pun jadilah. Dalam hidup ni kita tak leh nak cepat berpuas hati dengan apa yang kita ada skg. So kena terus improve ourself. Walaupun hidup aku tak bertuah seperti orang lain, tapi aku ttp bangga coz mungkin ada xperience yg aku alami tak dapat dirasai oleh org lain. Syukur je la kan.. Alhamdulillah....

Wednesday, June 11, 2008

HARI BAPA – Sejauh Mana Anda Menghargai Jasa Mereka

Assalamualaikum semua ...

Sudah lama tidak mengemaskini blog ni. Hari ni setelah mendengar lagu nyanyian Sudirman yang bertajuk Ayah dan Ibu, aku terpanggil untuk mencatatkan sesuatu.

Entri kali ini ialah tentang sambutan Hari Bapa. Hari bapa diraikan sempena memperingati dan menghargai pengorbanan dan jasa bapa. Ayah, papa, daddy, pak, bapak, abi atau walid. Tidak kira apa jua sekalipun gelaran yang digunakan untuk memanggil bapa anda, pengorbanan mereka terhadap anak-anak tetap sama. Jika hendak dijelaskan mungkin mustahil kerana terlalu banyak.

Tarikh sambutan Hari Bapa berbeza mengikut negara di seluruh dunia. Di Malaysia sendiri, Hari Bapa disambut pada tarikh 15 Jun setiap tahun. Kepada lelaki yang bergelar bapa, SELAMAT HARI BAPA diucapkan. Anda memang BAPA YANG HEBAT!!!

Walaupun hanya merasai kasih sayang seorang bapa selama 18 tahun sahaja, namun aku tetap menghargai segala jasa dan pengorbanannya. Wajahnya juga sering bermain di mata setiap waktu dan masih terpahat di hati. Terasa sunyi menghadapi hidup tanpa kasih sayang seorang bapa. Terasa terkilan kerana tidak berkesempatan membalas jasa-jasa beliau. Hanya doa yang dapat aku kirimkan untuk bekalannya di “sana”.

Kepada yang masih mempunyai bapa, ingatlah supaya hargai bapa anda sebelum terlambat. Tidak kiralah beliau seorang bapa yang bertanggungjawab atau tidak, tapi kita harus tahu bahawa dia juga seorang manusia biasa. Tidak terlepas dari melakukan kesilapan.

Ibu dan bapa wajib dihormati, mereka telah dikurniakan kepada kita (anak-anak) oleh Ilahi. Jangan sia-siakan anugerah yang telah diberikan kepada kita. Kerana mereka juga kita dapat menghirup udara di dunia ini dan berpeluang melihat bulan dan matahari. Telah sampai masanya kita membalas jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan kepada kita semua. Cukup dengan sekadar mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada bapa anda sudah cukup untuk membuatkan beliau tersenyum. Percayalah ...

Kepada insan yang bergelar bapa pula perlulah diingatkan supaya menjalankan tanggungjawab anda yang telah diamanahkan. Lengkapkan diri anda dengan ilmu untuk membimbing anak-anak. Diharapkan semoga para bapa sekalian dapat menjadi seorang ketua atau superhero keluarga yang dapat dibanggakan. SELAMAT HARI BAPA!

Wednesday, June 4, 2008

Malang Tidak Berbau

Pada tanggal 23hb Mei 2008, aku dilanda satu musibah yg membuatkan aku agak fobia untuk menaiki kenderaan hingga hari ini. Disebabkan musibah itu, "boyfriend" kesayangan aku (once) cedera parah. Rindunya kat dia.

Ni la BF yang aku maksudkan. Sian dia... huhuhu...


Tiap kali tgk gambar ni rasa cam nak menitiskan air mata lak...
*** Hopefully bf i ni cpt sembuh ek.. rindu la..

Thursday, April 17, 2008

TRIP TO KAPAS ISLAND


Pakej percutian menarik ke Pulau Kapas Terengganu.
Tarikh: 17-19 Mei 2008

Bayaran Pakej: RM 335 seorang

Pakej termasuk

A. Pengangkutan:
Bas dari KL ke Terengganu (Pergi dan Balik)
Bot dari jeti ke Pulau Kapas (Pergi dan Balik)

B. Makan:
2 x sarapan
2 x makan tengahari
1 x makan malam
1 x BBQ

C. Aktiviti:
Snorkling
Jungle Treking
Berkano

Jika Berminat, Sila Hubungi: CIK DIANA: 012 3998840 atau EN HISYAM: 016 2179155







Wednesday, April 16, 2008

KURUS: Kuatkan Iman, Tekadkan Azam

Hari ni bermulalah episod aku untuk diet. Kali ini aku betul-betul serius. Bukan sekadar omong-omong kosong lagi. Bos aku telah menjadi inspirasi untuk aku memulakan misi crash diet. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, bos aku telah dapat mengurangkan 1.5 kg dalam masa satu minggu sahaja. Ada betulnya juga, hari ini saja dia dah melaram pakai kebaya ketat. Tercabar pula rasanya. Heheh. Sebagai langkah pertama, aku hanya akan mengambil salad sahaja untuk makan tengahari juga malam. Di samping itu aku akan mengambil buah-buahan kalau terasa lapar. Walaupun ada suara-suara sumbang yang menggoda aku untuk makan, tetapi aku akan kuatkan iman dan bertekad untuk tidak terpedaya dengan godaan mereka untuk aku menjamah nasi. Semoga rancangan aku berjalan dengan lancar.
p/s: Seksa tau tengok orang sedap je makan nasi. Tapi takpe la, nak kurus kena la seksa sikit.