Monday, June 30, 2008

MISTERI DI SEBALIK PINTU BERKUNCI

Hari ni betul-betul menguji tahap kesabaran. Aku balik dari umah akak aku kat Gombak lebih kurang pukul 7. Sampai-sampai ke kat umah, pintu bilik aku tak boleh bukak. BERKUNCI!!! Padahal memang aku ingat betul, Sabtu ari tu memang aku tak kunci pun pintu tu. Bodoh la kalau aku kunci, coz pintu tu memang takda anak kunci. Tuan umah mmg tak kasi kunci kat aku. Tapi macam mana pintu bilik aku boleh terkunci? Misteri betul. Tapi sape pulak yang nak kunci bilik tu? Dalam hati terfikir jugak, siapa lagi yang tinggal kat umah tu kalau tidak melainkan "adik si Zura" tu. Tapi buat ape dia nak kunci bilik aku. Tak ke bijak pandai namanya tu.

Dalam keadaan yang cukup bengang, aku turun ke tingkat dua untuk mendapatkan bantuan (tapi sebenarnya nak mengadu nasib, melempiaskan bengkak di dada). Aku berjaya mendapatkan dua batang screwdriver. Berkobar-kobar aku naik semula ke rumah di tingkat empat. Dengan ala-ala McGiver aku mencungkil-cungkil tombol pintu yang tak bersalah tu. Tapi selepas lima minit berusaha, tenyata misi aku GAGAL. Bengkak di hati dah semakin menanah nih!!! Memang kurang siuman betul orang yang membuat angkara ni. Geram!!! Aku nekad tuk menendang saja pintu tu. Roboh pun roboh la. Janji aku dapat masuk ke bilik. Lagipun jam dan menginjak ke angka 8.15. Aku hanya ada 45 minit je untuk bersiap-siap ke pejabat. Dengan perasaan yang bengang aku menendang, menerajang pintu tu. Mintak maaf la tuan umah ye... Bukan sengaja, terpaksa! Bagaikan aksi dalam scene pasukan "Gerak Khas" membuat ambush, aku menendang pintu tu sekuat hati. Akhirnya dengan kudrat aku yang agak "gagah perkasa" sekarang ini, aku berjaya membuka pintu bilik tersebut.

Terpaksa la aku membeli tombol pintu baru nampak gayanya. Setelah misi berjaya aku terus saja bersiap-siap untuk pergi ke pejabat, tanpa memikirkan misteri pintu yang terkunci sendiri itu. Apa yang penting sekarang aku kena ada di pejabat tepat pada masanya. Pasal misteri yang tak misteri sangat tu, balik karang la aku fikirkan. (Tapi aku macam dah tahu je angkara siapa...)

Wednesday, June 25, 2008

HADIAH SASTERA KUMPULAN UTUSAN


Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) telah berlangsung dengan jayanya pada 20hb Jun 2008 yg lepas. Aku yang telah ditugaskan dua tahun berturut-turut menjawat jawatan sebagai Penyambut Tetamu tetap setia dengan "tugas" tsbt. Tapi tahun ini agak sedikit meriah dari tahun-tahun yang lepas. Mungkin disebabkan majlis kali ini dihadiri lebih ramai selebriti. Artis jemputan tahun ini juga agak "da BOMB" sape lagi kalau tak bukan Siti Nurhaliza. Berebut-rebut orang nak bergambar dengan Siti. Tapi aku kalau Siti tak heran sangat. Aku just teringin bergambar dengan hero-hero pojaan aku je. Kiranya idola aku la ni. Apa-apa pun diucapkan TAHNIAH kepada semua pemenang Hadiah Sastera tahun 2007.

Hero pojaan hatiku Tan Sri Jins Shamsudin


Sifu Sasterawan Negara


Hero yang tetap macho



Hero dolu-dolu

Syukur dengan Anugerah Tuhan

Salam...
Hari ni bila tgk Friendster member aku masa sekolah dulu rasa cam jeles lak. Tetiba aku terfikir yang sesetengah orang macam senang je percaturan hidup diorang ni. After abis study get married, then dapat lak husband yg best2 (i mean yang leh menjamin masa depan la), after that dapat lak baby. Hai... bahagia hidup beb. Macam sorang kawan aku ni la, lps habis U dia kawin, then g ikut husband dok kat Australia futher study and skg lak dia tgh pregnant. Wah macam best je bunyinye kan.. Adakah itu perjalanan hidup seorang manusia atau insan yang dikatakan perfect or lucky.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan. Tapi aku happy tgk kawan2 bahagia dengan life diorang. As long they happy ok la kan. Aku pun tumpang gembira sama. Im also happy with my life now. Ada kerjaya, dapat pegang duit hasil titik peluh sendiri dan hidup seadanya. Kenalah bersyukur dengan rezeki yang Allah beri pada kita. Kalau ada rezeki lebih Insya-Allah aku akan futher gak study tuk amik Master walaupun tak dapat futher kat oversea kat sini pun jadilah. Dalam hidup ni kita tak leh nak cepat berpuas hati dengan apa yang kita ada skg. So kena terus improve ourself. Walaupun hidup aku tak bertuah seperti orang lain, tapi aku ttp bangga coz mungkin ada xperience yg aku alami tak dapat dirasai oleh org lain. Syukur je la kan.. Alhamdulillah....

Wednesday, June 11, 2008

HARI BAPA – Sejauh Mana Anda Menghargai Jasa Mereka

Assalamualaikum semua ...

Sudah lama tidak mengemaskini blog ni. Hari ni setelah mendengar lagu nyanyian Sudirman yang bertajuk Ayah dan Ibu, aku terpanggil untuk mencatatkan sesuatu.

Entri kali ini ialah tentang sambutan Hari Bapa. Hari bapa diraikan sempena memperingati dan menghargai pengorbanan dan jasa bapa. Ayah, papa, daddy, pak, bapak, abi atau walid. Tidak kira apa jua sekalipun gelaran yang digunakan untuk memanggil bapa anda, pengorbanan mereka terhadap anak-anak tetap sama. Jika hendak dijelaskan mungkin mustahil kerana terlalu banyak.

Tarikh sambutan Hari Bapa berbeza mengikut negara di seluruh dunia. Di Malaysia sendiri, Hari Bapa disambut pada tarikh 15 Jun setiap tahun. Kepada lelaki yang bergelar bapa, SELAMAT HARI BAPA diucapkan. Anda memang BAPA YANG HEBAT!!!

Walaupun hanya merasai kasih sayang seorang bapa selama 18 tahun sahaja, namun aku tetap menghargai segala jasa dan pengorbanannya. Wajahnya juga sering bermain di mata setiap waktu dan masih terpahat di hati. Terasa sunyi menghadapi hidup tanpa kasih sayang seorang bapa. Terasa terkilan kerana tidak berkesempatan membalas jasa-jasa beliau. Hanya doa yang dapat aku kirimkan untuk bekalannya di “sana”.

Kepada yang masih mempunyai bapa, ingatlah supaya hargai bapa anda sebelum terlambat. Tidak kiralah beliau seorang bapa yang bertanggungjawab atau tidak, tapi kita harus tahu bahawa dia juga seorang manusia biasa. Tidak terlepas dari melakukan kesilapan.

Ibu dan bapa wajib dihormati, mereka telah dikurniakan kepada kita (anak-anak) oleh Ilahi. Jangan sia-siakan anugerah yang telah diberikan kepada kita. Kerana mereka juga kita dapat menghirup udara di dunia ini dan berpeluang melihat bulan dan matahari. Telah sampai masanya kita membalas jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan kepada kita semua. Cukup dengan sekadar mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada bapa anda sudah cukup untuk membuatkan beliau tersenyum. Percayalah ...

Kepada insan yang bergelar bapa pula perlulah diingatkan supaya menjalankan tanggungjawab anda yang telah diamanahkan. Lengkapkan diri anda dengan ilmu untuk membimbing anak-anak. Diharapkan semoga para bapa sekalian dapat menjadi seorang ketua atau superhero keluarga yang dapat dibanggakan. SELAMAT HARI BAPA!

Wednesday, June 4, 2008

Malang Tidak Berbau

Pada tanggal 23hb Mei 2008, aku dilanda satu musibah yg membuatkan aku agak fobia untuk menaiki kenderaan hingga hari ini. Disebabkan musibah itu, "boyfriend" kesayangan aku (once) cedera parah. Rindunya kat dia.

Ni la BF yang aku maksudkan. Sian dia... huhuhu...


Tiap kali tgk gambar ni rasa cam nak menitiskan air mata lak...
*** Hopefully bf i ni cpt sembuh ek.. rindu la..

Thursday, April 17, 2008

TRIP TO KAPAS ISLAND


Pakej percutian menarik ke Pulau Kapas Terengganu.
Tarikh: 17-19 Mei 2008

Bayaran Pakej: RM 335 seorang

Pakej termasuk

A. Pengangkutan:
Bas dari KL ke Terengganu (Pergi dan Balik)
Bot dari jeti ke Pulau Kapas (Pergi dan Balik)

B. Makan:
2 x sarapan
2 x makan tengahari
1 x makan malam
1 x BBQ

C. Aktiviti:
Snorkling
Jungle Treking
Berkano

Jika Berminat, Sila Hubungi: CIK DIANA: 012 3998840 atau EN HISYAM: 016 2179155







Wednesday, April 16, 2008

KURUS: Kuatkan Iman, Tekadkan Azam

Hari ni bermulalah episod aku untuk diet. Kali ini aku betul-betul serius. Bukan sekadar omong-omong kosong lagi. Bos aku telah menjadi inspirasi untuk aku memulakan misi crash diet. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, bos aku telah dapat mengurangkan 1.5 kg dalam masa satu minggu sahaja. Ada betulnya juga, hari ini saja dia dah melaram pakai kebaya ketat. Tercabar pula rasanya. Heheh. Sebagai langkah pertama, aku hanya akan mengambil salad sahaja untuk makan tengahari juga malam. Di samping itu aku akan mengambil buah-buahan kalau terasa lapar. Walaupun ada suara-suara sumbang yang menggoda aku untuk makan, tetapi aku akan kuatkan iman dan bertekad untuk tidak terpedaya dengan godaan mereka untuk aku menjamah nasi. Semoga rancangan aku berjalan dengan lancar.
p/s: Seksa tau tengok orang sedap je makan nasi. Tapi takpe la, nak kurus kena la seksa sikit.

Monday, April 14, 2008

A Song For Mama - Sorry Mak...

You taught me everything
And everything youve given me
I always keep it inside
Youre the driving force in my life
There isnt anything
Or anyone I can be
And it just wouldnt feel right
If I didnt have you by my side
You were there for me to love and care for me
When skies were grey
Whenever I was down
You were always there to comfort me
And no one else can be what you have been to me
Youll always be you always will be the girl
In my life for all times


Mama, mama you know I love you
Oh you know I love you
Mama, mama youre the queen of my heart
Your love is likeTears from the stars
Mama, I just want you to know
Lovin you is like food to my soul


Youre always down for me
Have always been around for me even when I was bad
You showed me right from my wrong
Yes you didAnd you took up for me
When everyone was downin me
You always did understand
You gave me strength to go on
There was so many times
Looking back when I was so afraid
And then you come to me
And say to me I can face anything
And no one else can do
What you have done for me
Youll always be
You will always be the girl in my life

Lovely Weekend...

Lumut Waterfront
Last weekend aku sempat pegi jalan2 makan angin. Agak kembung jugaklah perut. Aku dengan adik dan sorang kawan aku pegi lepak kat Teluk Batik dan Lumut Waterfront. Setelah sekian lama tak menjejakkan kaki ke Teluk Batik, semalam sampai gak aku kat sana. Orang ramai macam biasalah, memang sesak. Dari hujung ke hujung, Teluk Batik dipenuhi orang ramai yang mengambil kesempatan berkelah bersama keluarga sempena hujung minggu.

Kat sini aku ada attachkan beberapa gambar yang sempat aku amik masa gi jalan-jalan ari tu.

Dolphin ni mesti derhaka kat mak dia. Tu sebab kena sumpah jadi batu. Hehe

Aksi yang agak merbahaya dari dua orang stuntwomen. DUN TRY THIS AT HOME!! Kekeke

Aksi agak terlampau. Gila punya orang!!



Tuesday, April 8, 2008

Antara CINTA dan SAHABAT: Mana Lebih Penting?

Hari ni aku dikejutkan dengan satu email yang dah lama aku tunggu balasannya. Dari seorang sahabat yang memang dah lama aku jejaki. Koordinat terakhir dia yang aku tahu ialah di Brazil. Katanya dia mengikut teman lelakinya yang berbangsa Nigeria ke sana dengan tujuan yang aku sendiri tak pasti.

Kami memang dah berkawan sejak di bangku sekolah lagi. Memang dia seorang kawan yang cukup baik dan cukup rapat dengan aku. Tapi nasib kurang menyebelahinya, itupun mungkin disebabkan sifatnya yang kurang pertimbangan apabila membuat sesuatu keputusan. Bak kata pepatah, ikut hati mati, ikut rasa binasa. Dia sendiri mengakuinya bahawa "she's blind because of love". Dan sekarang dia menyesal atas apa yang telah terjadi.

Ada apa dengan CINTA. Cinta semata tak menjanjikan apa-apa. Bolehkah cinta itu beri kita makan, pakai dan segalanya. Bahagiakah hidup dengan hanya bercinta? Apa yang mereka kejarkan sangat untuk bercinta? Bukan sebab aku tak percayakan cinta. Tapi disebabkan cinta jugaklah dah berapa ramai wanita terpedaya dan akhirnya tak tau nak jadi apa. Butakah mata hati apabila bercinta? Hilang semua pertimbangan. Lupa keluarga, lupa sahabat, lupa tanggungjawab, lupa segalanya? Itukah yang dikatakan nikmat bercinta?

Bagi aku CINTA aku hanyalah untuk Mak aku yang ada kat kampung tu. Tu baru CINTA sejati namanya. CINTA yang tak boleh dibelah bagi. Dedikasi CINTA aku hanya untuk dia (Mak). CINTA kepada adik beradik aku. CINTA pada kerja aku. CINTA kepada diri aku sendiri.

Aku tak dapat info lebih lanjut tentang apa yang terjadi sebenarnya kepada sahabat aku ni. Walau apa pun yang berlaku pada dia, aku tetap setia jadi sahabat yang sejati. Aku tak mahu tengok kawan-kawan aku GAGAL dalam hidup. Bagi aku tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan. Yang penting di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Monday, April 7, 2008

KL International Bookfair Memang PANASSS!!!

Semalam 6 April, aku ditugaskan menjaga booth UP&D sempena KL International Bookfair. Aku sampai sedikit lewat kerana terpaksa beratur panjang untuk mencari parkir. Nasib baik dapat parkir di hentian Putra yang berhadapan dengan PWTC. Kalau tak jenuh juga aku nak mancari parkir kosong. Bayangkan pukul 10 pagi empat dewan utama PWTC sudah dibanjiri ulat-ulat buku. Menjelang tengah hari pengunjung semakin ramai sehingga aku dapat rasakan sukar untuk menyedut oksigen. Dewan yang berhawa dingin juga dirasakan panas kerana terlampau ramai pengunjung yang membanjiri PWTC.


Semalam juga penulis buku "Jahitan Asas Sulaman Riben" iaitu Puan Suzana Mustafa memenuhi jemputan aku untuk membuat satu demonstrasi di booth UP&D. Alhamdulillah, sambutan yang diberikan juga menggalakkan. Terima kasih Puan Ann.


Kaki aku terasa sengal kerana sepanjang hari berdiri. Pelbagai gaya dan gelagat dapat ditonton. Walaupun terasa sedikit penat, namun aku tetap enjoy. My sister bersama anak sulungnya juga tak terkecuali berkunjung ke pesta buku. Dia telah tewas di tangan salah seorang penjual buku dari GROLIER. Melayang duitnya seribu lebih membeli salah satu produk dari GROLIER. Tapi tak mengapalah. Kalau untuk tujuan kebaikan apa salahnya. Semalan juga aku sempat berkunjung ke booth company lama aku. Jumpa pula dengan En Anuar ex-boss di Karisma Publications, tapi tak sempat bersembang lama coz dia pun agak sibuk melayan tetamu.


Punya la lama aku kat sana semalam, tapi tak berkesempatan tuk beli sebarang buku pun. Mungkin hari Jumaat nanti aku akan ronda semua booth di sana. Nak jamu mata dan kalau ada yang berkenan boleh la beli.

Sesi Bertemu Penulis - Masakan Nyonya Melaka



Masyarakat Baba Nyonya yang juga dikenali sebagai kaum Peranakan begitu masyhur dengan pelbagai masakan tradisional yang begitu enak dan menarik serta mempunyai banyak persamaan dengan masakan kaum Melayu. Resepi masakan ini dihasilkan turun-temurun oleh kaum Baba Nyonya Melaka. Masakan ini merupakan resip masakan Baba Nyonya popular yang dihidangkan setiap hari.



Kaum Baba Nyonya amat mementingkan adat resam dan juga cara penyediaan masakan yang asli. Buku ini disediakan oleh Puan Khoo May Hwa dan Puan Judy Tam Shu Mee yang berketurunan Baba Nyonya Melaka. Dengan adanya resepi dati buku ini, generasi muda dapat menikmati masakan nyonya yang asli dengan penyediaan yang betul. Teknik masakan juga diterangkan dengan terperinci dan amat mudah untuk disediakan. Adalah diharapkan juga resepi masakan nyonya tidak lenyap begitu sahaja pada masa akan datang dan generasi muda dapat mewarisinya sebagai sebahagian adat dan budaya kaum Baba Nyonya.



Sesi bertemu penulis buku ini akan diadakan pada Jumaat 11 April di Pesta Buku Antarabangsa, PWTC. Temui mereka di booth KUMPULAN UTUSAN pada jam 1 petang. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Anda juga berpeluang untuk merasai hasil resepi Baba Nyonya yang dihasilkan sendiri oleh penulis. Jemput datang beramai-ramai.