Aksi ini hanya dapat dilakukan kepada pemain teng-teng profesional sahaja.
Perlu mendedahkan permainan tradisi kepada generasi pelapis.
I don't wish to be everything to everyone, but I would like to be something to someone ~Javan~
Aksi ini hanya dapat dilakukan kepada pemain teng-teng profesional sahaja.
Perlu mendedahkan permainan tradisi kepada generasi pelapis.
Ari ni aku nak story skit pasal BENGANG bukan BANGANG ok. Bukanlah bermaksud untuk membuka pekung di dada tapi sekadar berkongsi rahsia. Untuk meluah perasaan pun ada gak. Tengah BENGANG ni!!! (Dengan penuh emosi). Tabiat buruk yang satu ni memang dah lama melekat kat diri aku. Aku memang cepat BENGANG kat orang lain. BENGANG ni kira adik beradik PANAS BARAN la kot. Sebab apa aku aku selalu BENGANG? Sebab bila aku rasa aku ditindas aku akan cepat rasa BENGANG. Dan apabila aku BENGANG aku akan anggap orang yang buat aku jadi BENGANG tu BANGANG! Tak kiralah disebabkan kata-kata, perbuatan atau sebarang bahasa isyarat yang dapat difahami dan diproses oleh serebrum di bahagian depan otak aku ni. BENGANG ni slalunya akan buat aku rasa tak best jerk sepanjang hari. Kadang-kadang boleh membawa ke beberapa hari gak. Dan aku akan pandang "orang tu" kecik je. Cam rasa nak tonjol-tonjol kepale dan hentak-hentak tulang rusuk sebelah kiri dia. Tapi disebabkan aku masih mampu berfikiran waras buat masa ini ku tahankan jugak Jebat. Aku takmau disamakan dengan orang yang BANGANG walaupun aku memang tengah BENGANG. Tapi satu kelemahan aku, bila aku BENGANG aku akan lepaskan pada orang lain (kira tindakan yang agak BANGANG jugak la kan). Sian la sesiapa yang jadi mangsa aku tu. Walau macam mana sekalipun aku akan cuba sedaya upaya tuk atasi kelemahan aku ni. Bak kata orang, takde sape yang SEMPURNA dalam dunia ni. Setiap kelemahan datangnya dari kita sendiri. So u all piki la sendiri apa tebiat u all yang kurang bemoral tu k. Boleh gak sama-sama bermuhasabah diri. Pertemuan antara dua bloggers Pok Li dan Cinta
Begitu teruja - Pertama kali ke Negeri Terengganu
Semasa check out di Primula aku ternampak superbike ni. Mungkin juga empunya superbike sedang "berkembara jalanan". Hehehehe

Sempat jgk la possing masa break 1st half.
Barisan pelakon serta kru produksi Sinbad.
Ni la "lembu-lembu" yg aku maksudkan. Kekekeke
Cute tak "lembu-lembu" ni?
"Lembu-lembu" yg beraksi agak over..
p/s: Kepada semua umat Islam selamat menyambut HARI RAYA KORBAN dan SELAMAT BERCUTI. Semoga kita memahami sepenuhnya erti sebuah pengorbanan. Salam...
Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari semasa ke semasa.Pasangan mempelai: Dari kiri pasangan Syukur dan Aziah dan pasangan Azimah dan Faizal
Adik beradik serta sepupu sepapat tak melepaskan peluang berposing atas pelamin.
Tiga dara pingitan atas pelamin.
*Belive it or not ...

Buah mulberi yang sudah cukup matang.
Pokok mulberi.
Filem "BUDAK KELANTAN" akan ditayangkan di pawagam pada 30 Okt 08. Walaupun aku secara peribadinya tidak mengiktiraf diri aku ni sebagai budak KELANTAN, tetapi secara officiallynya aku memang budak Kelantan. (Tak caya meh tgk ic aku). Walaupun ic aku "03" tapi aku tak reti pun kecek Klate. Start kawan ngan budak2 Kelantan pun masa aku masuk matrikulasi thn 2001 dulu. Walau apa pun aku tetap bangga dengan negeri kelahiran aku ni. Aku memang bercadang nak pi tgk cite ni. Tapi kena bawak gewe Klate gak la kot tuk jadi translator. Kang tak paham lak ape dorang dok cakap. Ada sesape nakFOLLOW aku tgk cite ni???
Kau membuat, ku berantakan
Dah petang baru dapat pakai baju raya. Apa taknye, dari pagi sampai petang keje aku basuh pinggan kat dapur. Nasib badan...
Lebih kurang 6 hari lagi seluruh rakyat Malaysia akan menyambut kedatangan Syawal. Bagi aku segala persiapan individu dah 95% siap. Kiranya top to toe la serba baru. Kalah budak-budak aku ni. Tapi langsir yang mak aku suruh jahit tu tak tau la boleh siap ke tak. Ni sume gara-gara mesin jahit mak aku yang kononnya canggih gile tu rosak. Nama je canggih tapi takle pakai. Buat rugi duit je beli.
Aku akan balik ke kampung on 27th pagi. Konvoi ngan 3 orang adik and kakak2 aku. While my brother lak dah cakap awal2 yang dia akan balik malam raya. Tahun ni mesti happening la umah aku coz sume adik beradik ada. Walaupun kitorang adik beradik ni ada 5 kerat jer, tapi kalau salah sorang takde rasa cam tak best je. Tak cukup korum. So umah mak aku akan dipenuhi dengan 12 orang termasuk anak-anak dan cucu-cucunya. Walaupun cucu-cucu mak aku baru ada 5 orang, tapi boleh tonggang terbalik umah mak aku tu dorang buat.

Sehari selepas menyambut hari kemerdekaan insya-Allah, semua umat Islam khususnya di Malaysia dan umumnya di seluruh dunia akan menyambut satu Ramadhan. Diucapkan kepada semua, semoga dilimpahi rahmat di bulan yang penuh keberkatan ini. Sama-samalah kita memenuhi bulan Ramadhan ini dengan amalan-amalan yang mulia, semoga kita semua mendapat keberkatan dari-Nya. Insya-Allah. Salam Ramadhan al-Mubarak dan salam keberkatan kepada semua.
Tarikh 31 Julai datang lagi. Ini bermakna bertambah lagi setahun umur aku. Alhamdulillah, aku bersyukur dengan apa yang telah aku perolehi sekarang. Tapi kalau boleh aku nak lebih lagi, nak cari duit lebih, nak harta lebih, nak berjaya lebih, pendek kata sume nak lebih la. Tapi satu je taknak lebih, aku taknak LEMAK kat badan aku ni lebih-lebih sangat la.Sekarang ni pun dah agak lebih di sana sini. Tapi nak buat camne kan. Maybe one of faktor penuaan (ayat penyedap ati la ni). Disebabkan tahun ni birthday aku jatuh pada working day, so aktiviti sambutan agak terhad. Yang sempat cume gi dinner kat Kunang-Kunang ngan Angah (Aku paksa dia blanje. Hehehe..jahat kan). Ingat lepas dinner nak gi Mid Valley nak beli adiah tuk diri sendiri, tapi rasa-rasa cam tak sempat. So last minute tukar plan. Aku call my housemate ajak dia g karaoke. Apa lagi, melalak la kitorang sampai sakit-sakit tekak dibuatnya. Kalau mak aku tau, mesti dia bising. Tapi takpela. I know she's very sporting mom. Kalau dia tau pun mesti dia tak kesah punye (agaknye la kot? heheh). Sebut pasal my mom, as ussual la, mesti dia tak ingat punye tarikh bufday anak-anak dia. Pagi ni baru aku dapat call from my mom. Baru nak wish, atas alasan "mak ni kan bz, bisness la katakan". Hai mak, mak, tak kesahlah kan asalkan my mom happy dengan apa yang dia buat. Tapi tahun ni my bufday tak dapat kek pon. Sedey gak la.. Huhuhu..
Hari ni betul-betul menguji tahap kesabaran. Aku balik dari umah akak aku kat Gombak lebih kurang pukul 7. Sampai-sampai ke kat umah, pintu bilik aku tak boleh bukak. BERKUNCI!!! Padahal memang aku ingat betul, Sabtu ari tu memang aku tak kunci pun pintu tu. Bodoh la kalau aku kunci, coz pintu tu memang takda anak kunci. Tuan umah mmg tak kasi kunci kat aku. Tapi macam mana pintu bilik aku boleh terkunci? Misteri betul. Tapi sape pulak yang nak kunci bilik tu? Dalam hati terfikir jugak, siapa lagi yang tinggal kat umah tu kalau tidak melainkan "adik si Zura" tu. Tapi buat ape dia nak kunci bilik aku. Tak ke bijak pandai namanya tu.Hero pojaan hatiku Tan Sri Jins Shamsudin
Sifu Sasterawan Negara
Hero yang tetap macho
Hero dolu-dolu

Jika Berminat, Sila Hubungi: CIK DIANA: 012 3998840 atau EN HISYAM: 016 2179155
Hari ni bermulalah episod aku untuk diet. Kali ini aku betul-betul serius. Bukan sekadar omong-omong kosong lagi. Bos aku telah menjadi inspirasi untuk aku memulakan misi crash diet. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, bos aku telah dapat mengurangkan 1.5 kg dalam masa satu minggu sahaja. Ada betulnya juga, hari ini saja dia dah melaram pakai kebaya ketat. Tercabar pula rasanya. Heheh. Sebagai langkah pertama, aku hanya akan mengambil salad sahaja untuk makan tengahari juga malam. Di samping itu aku akan mengambil buah-buahan kalau terasa lapar. Walaupun ada suara-suara sumbang yang menggoda aku untuk makan, tetapi aku akan kuatkan iman dan bertekad untuk tidak terpedaya dengan godaan mereka untuk aku menjamah nasi. Semoga rancangan aku berjalan dengan lancar. Dolphin ni mesti derhaka kat mak dia. Tu sebab kena sumpah jadi batu. Hehe
Aksi yang agak merbahaya dari dua orang stuntwomen. DUN TRY THIS AT HOME!! Kekeke
Aksi agak terlampau. Gila punya orang!!